Ahad, 3 Mei 2009

Hari Terbuka Asrama 2009

Pada 18 April yang lalu, SBPI Sabak Bernam telah menganjurkan Hari Terbuka Asrama 2009. Pelbagai aktiviti telah dijalankan. Antaranya, senamrobik bersama PDRM, pertunjukan anjing polis (unit K9 PDRM), jualan mengikut rumah, pertandingan futsal (Akh. Haziq Bin Sulaiman telah dinobatkan sebagai 'Most Valuable Player of The Match' (MVP)), pertandingan petanque, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pemeriksaan kesihatan, pertandingan memasak antara guru serta pertandingan keceriaan dorm bagi Villa d'Putera dan Villa d'Puteri. Selain itu, demonstrasi 'Penggunaan Jalan Raya Selamat' juga telah diadakan oleh Pihak Polis Daerah Sabak Bernam.

Gerai jualan dibuka bermula dari jam 8.00 pagi sehinggalah jam 11.00 malam. Sambutan yang menggalakkan telah diberikan oleh semua pengunjung serta para pelajar SBPI Sabak Bernam. Kebanyakan pengunjung yang hadir semasa Hari Terbuka Asrama SBPI Sabak Bernam terdiri daripada ibu bapa dan penjaga pelajar SBPI Sabak Bernam. Bekas pelajar SBPI Sabak Bernam (khususnya pelajar dari Batch 2008 dan Batch 2007) juga tidak ketinggalan Image memeriahkan Hari Terbuka Asrama kali ini.

Wang tunai tidak digunakan dalam urusniaga jualan pada hari tersebut (segala urusniaga mesti menggunakan kupon) dan Alhamdulillah, semua makanan telah habis dijual dan semua gerai mendapat keuntungan yang besar.

Sesi malam telah menyaksikan penganjuran sebuah forum ala-ala 'Forum Perdana Hal Ehwal Islam' di Surau As-syakirin oleh pihak BADAR. Dengan moderator dan ahli panel yang hebat-hebat belaka, forum pada malam ini telah menghasilkan satu 'aura' yang berbeza berbanding forum-forum yang dianjurkan sebelum ini (untuk pengetahuan, ahli panel yang ketiga merupakan bekas pelajar Intesaber SPM 2005).


Sesi forum ini turut diserikan lagi dengan persembahan nasyid oleh kumpulan az-Zhaffran (Johan Festival Nasyid Daerah Sabak Bernam) yang 'mantop'.

Maklumat tambahan: Hari Terbuka Asrama 2009 juga telah menyaksikan dorm Omar al- Khattab (Helium, rumah merah) menjuarai Pertandingan Keceriaan Asrama 2009 (kategori Villa d'Putra) dan dorm Siti Khadijah (Kripton, rumah kuning) bagi kategori Villa d'Putri. Dorm tersebut telah menerima sebuah basikal bernilai RM 250 sumbangan Pengusaha Kafe d' Ria Intesaber, wang tunai bernilai RM 200 dan pakej pelancongan ke sebuah destinasi di utara tanah air. Tahniah buat semua ahli dorm Omar al- Khattab dan ahli dorm Siti Khadijah!

3 ulasan:

  1. salam ....asal dorm aspuri x de...

    BalasPadam
  2. maaflah...saya terlupa dorm mana yg menang utk villa d' putri

    BalasPadam
  3. salam..
    ana dah edit keputusan utk kceriaan dorm kategori villa d' putri..
    harap maklum..

    BalasPadam