Ahad, 31 Julai 2011

Ramadan tiba lagi:)

 RAMADAN al-Mubarak menggamit lagi. Bulan yang penuh dengan keberkatan, kelebihan, keampunan dan juga keistimewaannya amatlah patut dan munasabah untuk kita memahami dan mengetahui berkenaan kelebihan puasa dan orang yang berpuasa di bulan Ramadan.
Puasa pada bahasa iaitu menahan dan pada istilahnya pula menahan daripada makan, minum dan jimak daripada subuh hingga ke maghrib beserta dengan niat. (Qamus Al-Fiqhi oleh Sa’di Abu Jaib Hal 218).
Dalam Feqh Manhajji menyebut puasa dari segi syarak pula ialah menahan diri daripada sebarang perkara yang membatalkannya, bermula dari terbit fajar sehingga matahari terbenam dengan niat.
Puasa Ramadan mula difardukan pada bulan Syaaban pada tahun kedua Hijrah. Sebelum itu, amalan puasa telah biasa dilakukan biasa di kalangan umat terdahulu dan ahli kitab yang sezaman dengan Nabi Muhammad s.a.w.
Akan tetapi kewajipan puasa pada bulan Ramadan belum disyariatkan lagi ketika itu. Persamaan antara mereka dengan umat terdahulu adalah dari segi pensyariataan puasa itu sahaja. Kemudian umat Nabi Muhammad secara khusus difardukan puasa pada bulan Ramadan.
Ia merupakan satu rukun daripada Islam yang lima dan diketahui oleh umum. Oleh itu sesiapa yang mengingkari kewajipannya ia boleh menjadi kafir dan hendaklah disuruh bertaubat sebagaimana orang murtad. Jika terus ingkar dan enggan bertaubat dia hendaklah dijatuhi hukuman sebagai orang yang murtad.
Hal yang demikian sekiranya dia bukan baru memeluk agama Islam dan tidak tinggal berjauhan daripada ulama. Mereka yang tidak berpuasa tanpa mengingkari wajibnya ibadat tersebut dia hanya jadi fasik. Pemerintah wajib memenjarakannya dan menghalangnya daripada makan dan minum pada waktu siang supaya ia berpuasa sekali pun zahirnya sahaja mengikut apa yang dinyatakan di dalam kitab al-Feqh al-Manhaji.Berkenaan dengan rukun puasa pula iaitu menahan daripada dua syahwat, perut dan faraj. Atau menahan daripada segala perkara yang membatalkan puasa. Malikiyah dan Syafiiyah menambah dengan satu rukun yang lain iaitu niat pada waktu malam. (Al-Fiqhu Al-Islami Wa Adillatuhu 3/1616).
Seterusnya dibincangkan fadilat dan kelebihan puasa dan orang yang berpuasa :
  • Imam Ahmad dan Muhammad bin Nasar al- Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah sabda Nabi s.a.w,Dikurniakan kepada umatku pada bulan Ramadan lima kelebihan yang tidak dikurniakan mana-mana umat sebelum mereka : bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi, malaikat berdoa diampunkan mereka sehingga berbuka, Allah hiasi setiap hari syurganya, kemudian berfirman hampir-hampirlah hamba-Ku yang soleh yang merasai kesukaran tetapi terus menuju kepadamu, diikat padanya syaitan dan diampun bagi mereka pada akhir malam
  • Imam Bukhari, Muslim dan Ahmad meriwayatkan hadis daripada Sahal bin Saad. Sabda Rasulullah s.a.w:Sesunggunya dalam syurga terdapat satu pintu yang dikenali dengan ar-Raiyyan di mana yang berhak memasukinya hanya orang yang berpuasa. Apabila selesai masuk nescaya ditutupnya.
  • Mengikut riwayat an-Nasai sama seperti di atas kecuali ditambah sabda Nabi: Sesiapa yang masuk di dalamnya nescaya dapat meminum siapa yang minum nescaya tidak dahaga selama-lamanya.
  • Mengikut riwayat Imam Ahmad dan an-Nasai daripada Abi Hurairah r.a sabda Rasulullah s.a.w: Puasa merupakan perisai. Dan daripada Usman bin Abi al-As, Puasa merupakan perisai daripada neraka seperti perisai seseorang daripada kamu pada masa peperangan selama mana ia tidak mengoyaknya dengan berdusta atau mengumpat.
  • Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Usman bin Abi al-As, puasa merupakan perisai daripada azab Allah .Ibn Majah meriwayatkan daripada Ibn  Jabir, Ahmad, at-Tabarani dan al- Baihaqi daripada Abi Umamah bahawa Nabi bersabda:Sesungguhnya bagi Allah ketika berbuka puasa mempunyai mereka yang dibebaskan daripada neraka yang demikian itu pada setiap malam.
  • Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah bahawa Nabi s.a.w bersabda: Puasa merupakan separuh kesabaran dan atas tiap sesuatu mempunyai zakat dan zakat bagi tubuh badan adalah puasa.
  • Imam Ahmad, al-Tirmidzi dan al-Baihaqi meriwayatkan daripada Ummi Imarah:Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan sentiasalah malaikat berselawat keatasnya sehingga selesai makanannya.
  • Sebenarnya banyak lagi kelebihan puasa dan Ramadan seperti mendapat syafaat dan dijauhkan daripada neraka. Justeru marilah sama-sama kita mengambil kesempatan dengan kunjungan Ramadan al-Mubarak dengan berpuasa dan beramal.



                                                   SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA:)

    Sabtu, 16 Julai 2011

    Nisfu Syaaban datang lagi..

    Assalamualaikum w.b.t...

    Untuk makluman semua.... 
    Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama
    setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.
    Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik
    sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik
    sahaja masuk maghrib)

    Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
    1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban)
    Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
    Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
    Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x
    2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban)
    i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada
    Allah
    i) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada
    Allah
    iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam , mati di
    dalam iman, pohonlah segala yang baik...
    Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x
    Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)
    3. Baca surah ikhlas 1000x
    4. Berpuasa pada siangnya


    Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 12.
    Antaranya yg termasyhur adalah:
    1. Malam Dimustajabkan Doa
    2. Malam Pembahagian Takdir
    3. Malam Rahmat
    4. Malam Berkat
    5. Malam Pengampunan (Taubat)
    6. Malam Penebusan
    7. Malam Syafaat
    8. Malam Penulisan
    9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
    10. Malam Rezeki
    11. Malam Hari Raya Para Malaikat
    12. Malam Penghidupan

    Antara kelebihan bulan Sya'aban:
    1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan
    tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof
    didalam syurga.
    2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam
    nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia
    lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan
    permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah
    orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang
    mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang
    berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

    Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum harinisfu sya'aban kerana
    amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita
    derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.
    Wallahua'alam

    JADI MARILAH KITA BERSAMA2 MEMERIAHKAN LAGI BULAN SYA'ABAN INI DENGAN AMAL
    IBADAT YANG LEBIH DAN JANGAN LUPA KAWAN2 SEMUA AMBILLAH KESEMPATAN UNTUK
    BERPUASA PADA 15 SYAABAN INI KERANA
    KITA TIDAK TAHU SAMADA KITA BERKESEMPATAN LAGI UNTUK BERTEMU DENGANNYA
    TAHUN HADAPAN... NAUZUBILLAMINZALIK...