Alhamdulillah, setelah sekian lama menyepi, dengan izinNya kini blog BADAR Intesaber muncul dengan wajah yang terbaru lagi menyegarkan....
Blog ini mengambil masa lebih kurang sebulan untuk menjalani rawatan....atas usaha ana dan rakan-rakan sampai tidak tidur malam untuk menambahbaik blog ini, hasilnya blog ini sudah hidup semula dan dapat berjalan seperti biasa. Semua ini adalah atas pertolongan Allah yang mengizinkan ana untuk menghidupkan semula blog ini yang mana ianya dibuat atas dasar menyebarkan risalah-risalah Allah di atas muka bumi ini...
Kalau antum semua perasan, warna tema blog ini adalah warna hijau. Bukan sengaja ana guna warna hijau ni, tapi ada sebabnya. Antaranya ia adalah warna pakaian di Syurga dan juga warna kegemaran Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam. Warna ini juga merupakan simbol agama Islam yang mana kita dapat lihat pada bendera-bendera negara Islam seperti Arab Saudi, Palestin, Iran, Mesir dan sebagainya. Tidak lupa juga bendera yang terdapat dalam negara kita..... :P
Oleh itu, antum boleh nampak sekarang di SBPISB, terdapat pelajar yang berbaju hijau muda berseluar hitam ber'tie' hitam(lelaki sahaja) dan sungguh kacak lagi menawan. Rupa-rupanya mereka ini adalah badan kepimpinan sekolah yang mana kita dapat lihat pada 'nametag'nya yang bertulis 'BADAN DAKWAH DAN ROHANI'. Sungguh hebat sekali jika dibandingkan dengan pelajar berbaju biru.... :)
9:52 PTG

