Sabtu, 8 September 2012

Berkat Doa Ibu

Sekadar berkongsi sedikit kisah yang boleh dijadikan teladan untuk kita semua :)


Gambar: http://stockproject1.deviantart.com/art/Baby-Hand-14918338-195960593

Ada sebuah kisah yang diceritakan oleh al-Hafiz al-Dzahabi dalam Siyar A'lam al-Nubala. Kisah itu berkenaan riwayat hidup Imam Sulaim bin Ayub al-Razi. Beliau seorang ulama besar mazhab al-Syafi'i di Kota Ray. Ketika berusia 10 tahun, Sulaim al-Razi belajar al-Quran daripada seorang guru. Apabila disuruh membaca al-Fatihah, beliau banyak melakukan kesalahan. Meskipun berkali-kali mencuba, beliau tetap tidak dapat membaca dengan betul. Gurunya lalu bertanya: "Ibumu masih hidup?". Sulaim berkata: "Ya". Gurunya berkata lagi: "Minta ibumu berdoa agar kamu dipermudahkan membaca al-Quran dan semua ilmu". Sulaim pulang ke rumah dan melakukan seperti yang diperintahkan gurunya. Beberapa tahun selepas itu , Sulaim al-Razi terkenal sebagai seorang ulama besar. Bahkan, kebesaran namanya masih hidup sehingga ke hari ini.

Sumber : Gen-Q Isu no.11



2 ulasan: