Jumaat, 24 Disember 2010

MUTIARA KHUTBAH

MUTIARA KHUTBAH

3 sasaran orang yahudi untuk melemahkan umat islam:-

-- al quran nul karim

--unversiti al-azhar

--sayyidul ayyam iaitu hari jumaat


Khamis, 23 Disember 2010

Tiga Aku

Tiga Aku

Aku satu.

Aku dulu waktu sekolah menengah adalah orang yang hebat.Pengawas la katakana.Kalau nak dikatakan aku lah yang paling Alim..Tiap hari,aku pergi Masjid,sampai masjid jer terus solat sunat,lepas tu baca al Quran.Kadang-kadang,kalau ada masa,aku Qiam..Ajak member-member sekali.Waktu tu kalau orang sebut jer nama aku,memang dah tau la yang aku budak baik,orang pun tak pandang serong kalau aku buat sesuatu.Aku pun ahli pencegah maksiat sekolah. Wow,hebat juga aku ni..

Selasa, 21 Disember 2010

Hukum Bulu Kucing

Menurut mazhab Syafi'ie dan Hanbali,bulu kucing yang tertanggal dari tubuh badannya adalah najis.Bukan setakat kucing,tetapi bulu binatang yang tidak halal dimakan akan menjadi najis apabila tertanggal daripada tubuh badannya,sama ada semasa hidup atau selepas mati.




Binatang yang Tidak Halal Dimakan Dagingnya

Jika bulu binatang yang tidak halal dimakan seperti kucing,monyet,musang dan sebagainya terpisah daripada badannya ketika masih hidup,maka bulu tersebut adalah najis apatah lagi sesudah binatang itu mati.Demikianlah juga anggota-anggotanya yang lain jika bercerai daripada binatang itu adalah dikira bangkai.

Hubungannya Dengan Solat

Menurut hukum syarak,syarat sah mengerjakan solat itu hendaklah bersih daripada segala najis baik pada pakaian,tubuh badan dan tempat sembahyang.

Oleh sebab itu,jika terdapat bulu binatang yang dihukumkan najis pada pakaian atau badan maka sembahyang itu tidak sah kerana menanggung sesuatu yang najis.Kecuali jika bulu najis itu sedikit,seperti sehelai atau dua helai,kerana ia dimaafkan.Melainkan bulu anjing atau babi kerana ia tetap najis walaupun hanya sedikit.

Ahad, 12 Disember 2010

Rintihan Sejadah Usang

Rintihan Sejadah Usang
.


Satu hari aku terdengar
Esak tangis sungguh terdengar
Mungkinkah hantu mungkinkah pontianak
Atau pun orang tengah buang anak

Rupanya datang dari bawah meja
Sejadah merah empunya suara
Aku pun mula la naik takut
Memang seram, memang kecut

Heran pulak camne sejadah boleh menangis
Pikir pikir ikhtiar aku dah habis
Aku pun mula la dapat satu idea
Kalau sejadah erti nangis,
mesti dia pandai berkata2

Ku tanya sejadah apakah gerangan
Hingga menangis cam tak ingat Tuhan
Teresak-esak sejadah pun menjawab
Sungguh tak sangka dia pandai bercakap

"Aku sedih pasal nasib diri ku
Dulu aku berguna, sekarang dah jadi macam batu
Hari ni aku kena campak bawah kerusi
Entah esok entah lusa kena buat lap kaki"

"Dulu aku diguna lima kali sehari
Aku masa tu bangga dapat berbakti
Sekarang aku haram tak bersentuh
Zohor Asar Maghrib Isyak....apatah lagi Subuh"

"Apasal tuan ku buat aku macam ni
Sembahyang tidak, asyik melangok depan TV
Bangun pagi terus breakfast gitar
Sampai aku pun tak tau bila dia nak sedar"

"Tuan ku mungkin masih tak sedar diri
Esok lusa belum pasti hidup atau mati
Dia dah dewasa, aku tak boleh buat apa lagi
Pandai2 la dia pikir pasal hidup dia sendiri"

Iskkk... . aku pun mula la sayu
Mendengar kisah sang sejadah yang begitu pilu
Aku pun dah lama sedar pasal benda ni
Cuma aku anggap tu masalah dia orang sendiri
Kadang kala aku heran perangai manusia
Bencana yang datang dianggap bala
Tak pernah terpikir hikmah di sebaliknya
Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa

Kalau hidup kau penuh masalah
Mesti ada something yang kau buat salah
Allah takde nak hukum hamba-Nya macam tu saja
Mestilah kau ada cacat dan cela

Sedar lah kita ni semakin tua
Ajal dan maut bukan kita yang empunya
Telinga dah makin pekak
Kepala makin naik botak
Mata pulak dah makin tak nampak

Arah hidup masih lagi kabur
Esok lusa siapa tau nak ke kubur

Itu ajelah kisah hari ni

Bukan mengutuk sekadar melampias isi hati

Anggaplah ini satu nasihat

Aku pun bukannya perfect sangat

Selasa, 7 Disember 2010

SALAM MAAL HIJRAH 1432

Kelebihan bulan Muharram dan hari Assyura

|Muharram adalah salah satu bulan dalam Islam. Muharram merupakan bulan pertama mengikut kiraan tahun Hijrah. Nama-nama bulan dalam Islam wujud sesudah hijrah Rasulullah s.a.w. ke Madinah, kerana sebelum hijrah kiraan bulan atau nama bulan mengikut nama bulan dan tahun Masihi, yang dikira dari lahirnya Nabi Isa a.s. oleh pengikut-pengikut Yahudi dan Nasrani.


Dalam bulan Muharam terdapat kelebihan yang dimasyhurkan dengan hari Asyura. Asyura bererti hari kesepuluh daripada bulan Muharam, sementara hari kesembilan dikenal dengan hari Tasu'a. Barang siapa yang berpuasa sunat di kedua-kedua hari tersebut, diberi pahala yang banyak oleh Allah s.w.t. di akhirat kelak.

Umat Islam disunatkan membaca doa awal tahun atau membanyakkan bacaan ayat Kursi dan lain-lain doa bagi memohon kepada Allah s.w.t. supaya diampunkan dosa yang lalu, serta jaya cita-cita dan azamnya yang akan datang.
Ulama-ulama salaf as-shufi mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. mengulang-ulang kalimah:
Sebanyak tujuh puluh kali pada hari Asyura. Dan diriwayatkan oleh hadis yang lain mengatakan bahawa barang siapa membanyakkan bacaan hingga akhir ayat, orang itu tidak akan mati melainkan dalam iman.

Di antara kelebihan hari Asyura, Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa barang siapa yang berpuasa pada hari Asyura, Allah akan memberi pahala — 10,000 haji dan umrah dan 10.000 orang syahid.
Sunat pula bagi orang yang berpuasa membanyakkan sedekah kepada anak-anak yatim dan tangannya menyapu kepada anak yatim, nescaya Allah mengangkat darjatnya ke syurga kelak.

Sahabat bertanya:Ya Rasulullah,adakah Allah telah melebihkan hari Asyuraa dari hari lain-lain. 
Jawab Rasulullah:benar!

  • Allah telah menjadikan langit dan bumi pd hari Asyuraa
  • Allah telah menjadikan Adam dan Hawa juga pd hari Asyuraa
  • Allah menenggelamkan firaun pd hari Asyuraa juga
  • menyembuhkan bala Nabi Ayyub pd hari Asyuraa
  • Allah memberi taubat kepada Adam
  • kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman
  • Allah menjadikan malaikat jibril
  • hari berlabuhnya bahtera Nabi Nuh
  • penglihatan Nabi Yakub yang kabur dipulihkan 
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa
  • awal-awal hujan yang turun pada 10 Muharram
  • diangkat Nabi Isa kelangit pada 10 Muharram


MARILAH BERSAMA-SAMA MENGHIDUPKAN BULAN MUHARRAM:)

Jumaat, 3 Disember 2010

Temuduga

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN



KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

Rabu, 1 Disember 2010

Alam Maya VS Alam Realiti

Sedar atau tidak kadang-kadang kita mengabaikan ukhwah, silaturrahim, malah kadang-kadang mengabaikan orang yang terdekat dengan kita akibat terlalu asyik dengan alam maya bahkan alam fantasi.



Sedar atau tidak selalunya kita menghabiskan banyak waktu hanya kerana alam maya sehingga membiarkan orang-orang yang terdekat dengan kita kesunyian.

Sabtu, 27 November 2010

Ada Hikmahnya

Ada Hikmahnya.

Ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk. Ada yang dikenakan ujian dalam bentuk harta, kehilangan nyawa insan yang tersayang, sakit, gempa bumi, dan macam-macam lagi. Walau bagaimanapun  bilamana ujian menimpa kita, itu maknanya Allah masih sayangkan kita. Ingatlah bahawa,

"Sesungguhnya kasih sayang Allah mendahului kemurkaanNya"

Di sini saya ingin menukilkan pengalaman saya berada di wad selama 3 hari 2 malam suatu masa dahulu.

Saya dimasukkan ke wad kerana saya akan menjalani pembedahan di lutut saya. Perasaan takut itu memang ada, macam-macam saya fikir.

Isnin, 15 November 2010

Amerika Ditatang, Islam Ditentang

AMERIKA DITATANG, ISLAM DITENTANG!


Setelah menangguhkan lawatannya sebanyak dua kali, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama akhirnya tiba jua ke Indonesia pada 9 November lepas. Sebelum kedatangannya, Hizbut Tahrir Indonesia (HTI) telah melancarkan kempen besar-besaran untuk menolak kehadiran presiden negara penjajah itu.

Sabtu, 6 November 2010

Peringatan Buat Muslimah



Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…


Renung-renungkan dan selamat beramal!

Jumaat, 5 November 2010

Sedekahkan al-fatihah kepada arwah zia-ul ikmal dan arwah rodhi....


Assalamualaikum....
Masih belum hilang lagi rasa sedih terhadap pemergian arwah rodhi, semalam dikejutkan pula dgn berita tentang pemergian arwah zia-ul ikmal, tingkatan 3 Hidayah...arwah rodhi pergi meninggalkan kita semua pd 16 September 2010,khamis dan arwah zia pula pd 4 november pd hari khamis juga...alhamdulillah mereka pergi pd hari yg baik...permulaan hari jumaat....tidak disangka-sangka ajal akan akan menemui mereka berdua pada usia yg muda...betul lah kata orang,ajal x mengenal usia...kita semua akan menyusul kemudian....pada hari khamis sblm pulang ke rumah untuk cuti deepavali, teacher adiyani ada berpesan....dia kata,"setiap hari malaikat maut akan lalu di hadapan kita 70 kali untuk memastikan adakah itu masanya untuk mencabut nyawa kita....bila dengar itu, rse takut kadang2 menyelubungi diri...kita semua sudah biasa mendengar tafsir sepotong ayat al quran,iaitu:-

"setiap manusia akan merasai kematian..."

Ajal dan maut adalah ketentuan dari Allah S.W.T...janganlah kita senua pandai-pandai membuat andaian sendiri dan kesimpulan yang negatif terhadap apa yang terjadi sekarang ini....bersangka baiklah kepada Allah azza jawajal...mungkin Allah tarik nyawa hamba-hamba-Nya pada usia muda kerana lebih sayangkan mereka ataupun mereka lebih beriman daripada kita semua yang masih hidup...mak saya pesan,kalau Allah mengambil nyawa seseorang pada usia muda,mungkin Allah tahu bahawa seseorang itu akan menyimpang jauh dari-Nya kalau lebih lama hidup di atas muka bumi ini...kita yang masih bernafas ini diberi peluang oleh Allah untuk menyediakan bekalan yg cukup untuk menghadap-Nya suatu hari nanti....di kesempatan ini saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga arwah...banyakkan bersabar dan bersangka baiklah kepada Allah...mungkin ada hikmahnya di situ...ingatlah bahawa Allah tidak akan membebankan ujian kepada hamba-Nya melainkan Allah mengetahui kemampuan seseorang tersebut...yakinlah kita boleh melalui ujian-Nya dengan penuh kesabaran...

kiri:gambar arwah zia dan adiknya...
kanan: arwah faqihyuddin rodhi...

*moga roh kedua-dua sahabatku dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman...
video

Ahad, 24 Oktober 2010

Festival Fesyen 'Islam' Apa Ni??



"4. The IFF main mission is to capitalise on fashion as a platform to bring together designers and fashion enthusiasts of different cultures, religious backgrounds and race. It is also aimed at making Muslims to accept Islamic wear with a varied choice of styles. "


Petikan di atas diambil daripada teks ucapan penaung IFF ini di Monaco baru-baru ini.
Menurut beliau, IFF diadakan supaya orang Islam boleh menerima pakaian Islam yang beraneka style. Style Islam apkah ini?

Tengok gambar di bawah:








Umat Islam khususnya di Malaysia mestilah berhati-hati dengan penganjuran Festival Fesyen 'Islam' ini. Marilah kita bersama-sama membantah penganjuran Festival Fesyen 'Islam'!

Untuk info : http://www.malaysiakini.com/news/145956 . Juga sertai fanpage ini : http://www.facebook.com/pages/Rosmah-Mansur-sila-minta-maaf-pada-umat-islam/163629210328599

Ahad, 10 Oktober 2010

Solatlah Di Mana Sahaja

Solat adalah tiang agama.

Barang siapa yang meninggalkan solat seolah-olah dia telah meruntuhkan agama.

Merupakan sebahagian daripada rukun Islam dan ibadah yang paling penting.

Tidak sempurna solat kita tidak sempurnalah amalan-amalan kita yang lain.

Pada hari kiamat, solatlah yang akan dihisab dahulu. Solat tak lepas, amalan-amalan baik yang lain tidak akan lepas.

Rugi berpuasa setahun, bersedekah sejuta ringgit, buat haji setiap tahun kalau solat lima kali sehari semalam tidak sempurna.

Menurut Dr. Fadzilah Kamsah, lebih 70% rakyat Malaysia tidak sempurna solatnya sehari semalam. Nau'zubillahi min zalik

Ingatlah kasih Allah yang mengurangkan jumlah solat 50 kali sehari kepada hanya 5 kali sehari semalam.

Solat wajib dilakukan tidak kira masa tidak kira di mana sekalipun.






















Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang maksudnya: "Kamu diberikan kelebihan atas manusia dengan 3 perkara: Dijadikan barisan-barisan kamu seperti barisan para malaikat, dijadikan bumi seluruhnya sebagai tempat solat dan dijadikan bagi kamu debunya sebagai penyuci apabila kamu tidak mendapatkan air."

Hadis yang lain: "Telah dijadikan bumi untukku menjadi alat bersuci dan tempat bersujud. Kerana itu hendaklah seseorang di antara kamu solat di mana sahaja ia dapat. Ditambahi lagi oleh Nabi sallallahu-alaihi-wasallam bahawa keseluruhan bumi ini adalah masjid untuk umatnya dengan sabda beliau: Di mana sahaja kamu dapati solat maka kerjakanlah ia. Semua tempat adalah masjid (bagi kamu).

Solat boleh dilakukan tidak kira di mana sekalipun asalkan tempatnya bersih dan suci. Oleh itu umat Islam haruslah sedar akan kepentingan menjaga kebersihan persekitaran.

Hikmah solat boleh ditunaikan di mana sahaja ialah supaya umat Islam mementingkan kebersihan tidak kira kebersihan hati, diri, rumah, dan alam sekitar.

Realiti hari ini tidak banyak negara Islam yang bersih, rata-rata negara Islam kotor, tidak terurus, penuh dengan sampah dan umat Islam dianggap umat yang pengotor jika nak dibandingkan dengan orang kafir yang terkenal dengan sifat pembersihnya dan sukakan kebersihan.

Umat Islam patut menjadi juara dalam kempen-kempen kebersihan yang sekarang ini banyak didominasi oleh orang non-muslim.

KEBERSIHAN ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN

-http://janganlahtengok.blogspot.com-