Sabtu, 27 November 2010

Ada Hikmahnya

Ada Hikmahnya.

Ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk. Ada yang dikenakan ujian dalam bentuk harta, kehilangan nyawa insan yang tersayang, sakit, gempa bumi, dan macam-macam lagi. Walau bagaimanapun  bilamana ujian menimpa kita, itu maknanya Allah masih sayangkan kita. Ingatlah bahawa,

"Sesungguhnya kasih sayang Allah mendahului kemurkaanNya"

Di sini saya ingin menukilkan pengalaman saya berada di wad selama 3 hari 2 malam suatu masa dahulu.

Saya dimasukkan ke wad kerana saya akan menjalani pembedahan di lutut saya. Perasaan takut itu memang ada, macam-macam saya fikir.


“Kenapalah aku yang kena? Apa salah aku sehingga diuji sebegini rupa??"

Astaghfirullahala’dzim.

Tiba-tiba teringatkan ceramah Ustaz Azhar Idrus. Kata beliau, kalau seseorang itu ditimpa ujian atau musibah di dunia; mungkin Allah mahu dosanya dihapuskan di dunia. Dan apabila di hari kebangkitan nanti, hamba itu akan menghadap Allah dalam keadaan suci drpd dosa yang telah dilakukan!

Kalau kita sedar, Allah amat menyayangi kita. Allah amat menyayangi ummat Nabi Muhammad. Tetapi realitinya,  ummat yg Allah paling sayang adalah ummat yg paling kuat melawan hukum Allah!!

Nauzubillah...

Semasa saya di wad, saya ditempatkan di hadapan katil seorang remaja berusia 14 thn yg mengalami kemalangan teruk akibat kemalangan motosikal. Di katil sebelahnya, seorang cina tua. Jujur saya katakan, saya amat mengagumi pak cik cina tua tersebut. Masanya penuh diisi dengan aktiviti membaca buku. Terasa aman melihatnya dengan aktivitnya itu.

Lain pula ceritanya si remaja tadi; biadap dan langsung tidak ada perasaaan hormat. Ibunya, kakaknya, doktor, jururawat; semua diherdiknya.

Dalam hati saya terdetik, "Budak ni tak ada perasaan malu ke? Cubalah bawak bersabar sikit."

Saya tahu apa yang dia rasa; tak selesa, rimas, sakit. Biasalah lumrahnya seorang pesakit, mestilah sakit. Setiap malam remaja itu akan menjerit tak tentu hala. Kalau ada yang tidak kena sikit, habis ditengking kakaknya.

Ramai yg menegur tingkah lakunya. Hinggakan pada suatu hari, cina tua yang ulat buku tadi pun saya kira sudah bosan dgn sikapnya.

"Eh adik, lu marah kakak lu apa guna??, Dia sudah jaga sama lu, lu patut terima kasih la!"

Kesimpulannya, setiap ujian dari Allah yang menimpa kita ada hikmahnya. Allah sentiasa merancang yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Terimalah dengan redha dan hati yg terbuka. InsyaAllah suatu hari nanti kita akan dtunjukkan oleh Allah hikmahnya. Sama2 lah kita doakan kesihatan adik tadi. Moga2 Allah membuka pintu hatinya!

Ameen.

2 ulasan:

  1. Tazkirah yang amat berguna. Tetapi kalau perkataan "allah" tu elok besarkan jadi "Allah" Sebab menunjukkan satu penghormatan dan kata tu juga ialah Kata Nama Khas.

    Maka jika kita ditimpa sesuatu ujian, janganlah kita berkata atau bertanya sedemikian kerana itu bukan hak kita untuk bertanya sebab ilmu itu bukan dalam pengetahuan kita.

    Insya Allah, makhluk Allah 16 tahun itu, mendapat petunjuk drpd Allah. Malahan itu satu peringatan manusia bahawa nafsu amarah itu membawa kepada keburukan.

    Wallahu a'lam

    BalasPadam
  2. syukran atas teguran...
    saya ni amaetur dlm menulis blog ni...hehe...
    insyaAllah segala kelemahan akan diperbaiki...

    BalasPadam