Memaparkan catatan dengan label Umum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Umum. Papar semua catatan

Selasa, 8 Februari 2011

Mengenali Insan bernama Hosni Mubarak

Siapa dia Hosni

Mubarak?



Namanya tiba-tiba sahaja meningkat naik semasa revolusi Mesir berlangsung. Jika sebelum ini rakyat 1Malaysia dan 1Dunia langsung tidak mengambil peduli dengan kisah suka duka rakyat Mesir di bawah pemerintahan rejim kukubesi Hosni Mubarak, sekarang, barulah rakyat 1dunia mengambil peduli.

Jumaat, 24 Disember 2010

MUTIARA KHUTBAH

MUTIARA KHUTBAH

3 sasaran orang yahudi untuk melemahkan umat islam:-

-- al quran nul karim

--unversiti al-azhar

--sayyidul ayyam iaitu hari jumaat


Jumaat, 3 Disember 2010

Temuduga

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN



KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

Ahad, 24 Oktober 2010

Festival Fesyen 'Islam' Apa Ni??



"4. The IFF main mission is to capitalise on fashion as a platform to bring together designers and fashion enthusiasts of different cultures, religious backgrounds and race. It is also aimed at making Muslims to accept Islamic wear with a varied choice of styles. "


Petikan di atas diambil daripada teks ucapan penaung IFF ini di Monaco baru-baru ini.
Menurut beliau, IFF diadakan supaya orang Islam boleh menerima pakaian Islam yang beraneka style. Style Islam apkah ini?

Tengok gambar di bawah:








Umat Islam khususnya di Malaysia mestilah berhati-hati dengan penganjuran Festival Fesyen 'Islam' ini. Marilah kita bersama-sama membantah penganjuran Festival Fesyen 'Islam'!

Untuk info : http://www.malaysiakini.com/news/145956 . Juga sertai fanpage ini : http://www.facebook.com/pages/Rosmah-Mansur-sila-minta-maaf-pada-umat-islam/163629210328599

Sabtu, 12 Jun 2010

Masjid Al-Aqsa: Jangan Tertipu


Masjid Al-Sakhrah

Masjid Al-Aqsa

Wahai umat Islam! Sedarlah bahawa kita selama ini telah ditipu. Setiap kali diceritakan tentang Masjidil Aqsa tidak kira di surat khabar, buku-buku agama, dan televisyen pasti gambar Masjid As-Sakhrah yang ditunjukkan. Sedarlah bahawa ini merupakan satu rancangan licik pihak Israel untuk mengelirukan umat Islam.

Ingat! Masjid kita sedang cuba diruntuhkan oleh pihak Israel. Apakah tindakan kita selaku umat Islam! Sebarkanlah berita ini kepada semua. SELAMATKAN AL-AQSA!

Isnin, 7 Jun 2010

PENDEDAHAN PERISTIWA SEBENAR DI MAVI MARMARA

Lihatlah video ini:



Video yang dipaparkan di Youtube di atas ini merupakan rakaman yang dirakam oleh lanun Israel yang memaparkan kisah berat sebelah yang menunjukkan mereka diserang dahulu oleh aktivis pro-Palestin yang menyebabkan mereka terpaksa melepaskan tembakan ke arah mereka. Hakikatnya, video tersebut tidak mendedahkan perkara sebenar di sebalik tragedi kejam pembunuhan sembilan orang aktivis dan kecederaan lebih 50 aktivis lain.

Semalam saya berkesempatan menonton satu program bual bicara bersama 12 orang aktivis Malaysia yang berada di atas Mavi Marmara di RTM 1. Para aktivis telah mendedahkan peristiwa sebenar apa yang berlaku di atas Mavi Marmara tersebut. Pelbagai kekejaman dan keganasan teroris Israel telah didedahkan oleh mereka.

Dalam rancangan sama, mereka telah ditanya tentang video di atas dan mereka telah mengakui video di atas memang betul tetapi tidak menunjukkan peristiwa sebenar di sebalik apa yang berlaku. Jika kita tengok video di atas memang kita juga mungkin menyangka yang kenyataan teroris Israel yang mengatakan mereka menembak untuk mempertahankan diri adalah munasabah tetapi jika mengetahui perkara di sebalik kejadian itu nescaya kita akan mula merasa jijik dengan sikap Israel laknatullah itu.

Menurut salah seorang aktivis semalam, kejadian memukul teroris Israel dengan batang besi dan sebagainya hanya bermula selepas teroris tersebut melepaskan tembakan menggunakan peluru hidup sehingga ada yang syahid. Secara ringkasnya perbuatan aktivis itulah yang benar dikatakan sebagai mempertahankan diri. Bayangkan mereka hanya bersenjatakan batang besi yang dikatakan dipotong daripada beberapa bahagian kapal menentang teroris Israel yang lengkap bersenjatakan senapang dan sebagainya. Siapa yang salah sebenarnya?

Di samping itu, semalam juga didedahkan kronologi dan cerita sebenar yang sangat menarik untuk dikongsikan. Secara ringkasnya, teroris Israel telah memulakan serangan dengan menembak peluru getah ke arah kapal dan juga ada antara tembakan tersebut telah mengena para aktivis yang berada di atas dek. Sebelum itu, para aktivis telah diingatkan oleh pihak penganjur supaya JANGAN MEMBUNUH dalam apa jua keadaan dan perkara ini telah difahami oleh semua.

Selepas kejadian tembak-menembak peluru getah itu, muncul pula sebuah helikopter Israel dan cuba menurunkan beberapa orang teroris ke atas dek. Para teroris tersebut telah 'disambut' oleh beberapa orang aktivis yang telah dengan pantas menarik para teroris dan telah bertindak merampas senapang mereka dan dibuang. Boleh sahaja jika para aktivis menggunakan senapang tersebut untuk menembak tetapi apa yang dibuat ialah senapang tersebut dibuang. Kemudian para teroris yang ditawan telah diikat dan semua kelengkapan ketenteraannya telah dibuang bagi mengelak perkara yang tidak diingini.

Sementara itu, helikopter pertama tadi telah hilang sejurus selepas mereka disuluh oleh lampu spotlight yang dihalakan oleh para aktivis. Teroris TAKUT dan menyangka bahawa mereka akan diserang. Setelah itu, muncul pula helikopter kedua dan lantas melepaskan tembakan rambang dari atas helikopter yang telah membunuh 9 orang aktivis sebelum menurunkan beberapa lagi teroris Israel. Peristiwa inilah yang telah menyebabkan para aktivis bertindak spontan memukul para teroris yang turun dengan batang-batang besi hanya semata-mata untuk mempertahankan diri. Bendera putih juga dikibarkan tetapi tembakan tetap diteruskan. Untuk pengetahuan, tembakan yang dilepaskan tadi juga telah terkena seorang teroris Israel dan betapa mulianya hati para aktivis apabila dia telah diberikan rawatan oleh seorang doktor dari Malaysia!

Setelah itu, kerana bimbang berlakunya lebih banyak kematian, kapten kapal Mavi Marmara telah mengarahkan semua aktivis untuk menyerah diri, duduk, membaca Al-Quran, dan berdoa. Arahan ini telah dipatuhi oleh semua aktivis. Setelah menyerah diri semua aktivis telah diperlakukan dengan kejam. Mereka telah diikat dan semua barang elektronik mereka telah dirampas. Kemudian banyak lagi perbuatan kejam terhadap mereka telah dilakukan oleh teroris Israel sehinggalah mereka dipenjarakan dan akhirnya dibebaskan setelah pihak Israel mendapat ancaman daripada Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan yang mengugut akan memulakan serangan terhadap Israel jika para tahanan diapa-apakan. Betapa pengecutnya pihak teroris Israel ini.

Sekian sahaja. Ikuti video di bawah ini pula untuk mengetahui perkara sebenar dengan lebih lanjut!





Beristiqamahlah kita dalam menyokong perjuangan orang Islam Palestin dan saya menyeru kepada semua agar kita sama-sama berazam untuk membantu mereka tidak kira dalam apa jua keadaan mengikut kemampuan kita sehinggalah kita mencapai syahid. Insya-Allah


YA ALLAH HANCURKANLAH REJIM ZIONIS. YA ALLAH BANTULAH UMAT ISLAM DAN PARA MUJAHIDIN DI IRAQ, AFGHANISTAN, PALESTIN DAN SELURUH DUNIA.

Ahad, 16 Mei 2010


BADAN DAKWAH DAN ROHANI SBP INTEGRASI SABAK BERNAM MENGUCAPKAN

SELAMAT HARI GURU DAN SELAMAT HARI PEKERJA

KEPADA SEMUA GURU DAN STAF SBP INTEGRASI SABAK BERNAM
"JAZAKUMULLAH KHAIRAN KATHIRA"

Jumaat, 12 Mac 2010

Syeikhul Azhar, Syeikh Tantawi kembali ke rahmatullah



Syeikhul Azhar, Dr Muhammad Sayyid Tantawi rahimahullah menghembuskan nafasnya yg terakhir di Riyadh, Arab Saudi ketika usianya 82 tahun. Beliau meninggal dunia pada pagi hari ini (Rabu) 10 Mac 2010 akibat serangan jantung sebagaimana yg dilaporkan akhbar-akhbar. Tujuan beliau ke Riyadh ialah untuk menghadiri majlis Anugerah Al-Malik Faisal. Ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Al-Malik Khalid, Riyadh, beliau diserang sakit jantung secara tiba-tiba sedangkan sebelum itu beliau berada dalam keadaan sihat. Ketika itu, beliau dalam perjalanan pulang ke Kaherah. Beliau kemudiannya dibawa ke hospital dan menghembuskan nafasnya yg terakhir di sana.

Anak lelakinya, Amru Muhammad Sayyid Tantawi berkata, persetujuan telah dicapai bahawa ayahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Baqi' di Madinah Al-Munawwarah.

Latar belakang ringkas Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi rahimahullah:

-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi dilahirkan pada bulan Oktober tahun 1928 di Kampung Salim As-Syarqiyyah di Muhafazah Sohaj di So'id Misr.

-Beliau menghafaz Al-Quran dan belajar di Iskandariah/Alexandaria, Mesir.

-Memperoleh PhD dalam bidang Hadith dan Tafsir pada tahun 1966 dengan pangkat Mumtaz (cemerlang)

-Berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Kuliah Usuluddin, kemudian beliau mengajar di Libya selama 4 tahun dan di Madinah Al-Munawwarah pula sebagai Dekan Kuliyyah Ad-Dirasat Al-'Ulya di Universiti Islam Madinah. Kemudian, beliau pulang semula ke Kaherah.

-Pada 28 Oktober 1986, beliau dilantik menjadi Mufti Kerajaan Negara Mesir.

-Pada tahun 1996, beliau dilantik menjadi Syeikhul Azhar.

-Beliau merupakan salah seorang di kalangan ulama terbilang di Al-Azhar yg mahir dalam bidang Tafsir dan mempunyai karya-karya penulisan yg bermutu.

-Antara karya-karyanya ialah: Bani Israel fi Al-Quran wa As-Sunnah (1969), At-Tafsir Al-Wasit li Al-Quran Al-Karim (1972), Al-Qissah fi Al-Quran Al-Karim (1990), Muamalat Al-Bunuk wa Ahkamuha As-Syar'iyyah (1991)

Sumber:

http://www.islamonline.net/

http://arabic.cnn.com/
http://www.alarabiya.net/
http://www.bbc.co.uk/arabic/


Semoga Allah menempatkan Syeikh Tantawi bersama para anbiya dan solihin. Aminnn... Al-Fatihah!

Perhatian! Memang tidak dinafikan Syeikh Tantawi rahimahullah pernah mengeluarkan fatwa yg kelihatan kontroversi tetapi mungkin fatwa itu dikeluarkan atas faktor-faktor tertentu yg tidak kita ketahui. Maka, lebih selamat jika kita serahkan urusan-urusan sebegini kepada mereka yg layak dan tahanlah lidah kita daripada mengecam serta mencerca para ulama. Sesungguhnya daging para ulama itu beracun.

Daripada Ibnu Umar radiyallahuanhuma, sabda Rasulullah Sollallahualaihiwasallam,

"Sebutlah kebaikan-kebaikan orang-orang yg mati di kalangan kamu dan tahanlah (diri kamu) daripada menyebut kesalahan-kesalahan mereka."

Hadith diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Hibban, At-Tabrani, Al-Hakim, Al-Baihaqi, Al-Baghawi.

Rabu, 17 Februari 2010

ImHalal.com-Enjin carian 'halal' dapat sambutan hangat


KAHERAH: Enjin carian internet baru 'ImHalal' mula memenangi hati pengguna internet di Mesir walaupun baru beberapa hari diperkenalkan.

"Enjin carian baru ini bagus," kata Marwa Adeeb, seorang kerani bank Mesir kepada web Islam Online.

"Seorang rakan sekerja saya memberitahu mengenainya. Saya tidak pernah berhenti menggunakannya sejak itu."

Enjin carian berdasarkan nilai Islam itu dilancarkan minggu lalu di mana ia menapis kandungan internet yang disifatkan penciptanya sebagai hanya mengandungi halaman web bersih yang tidak mempunyai bahan lucah.

Ia memberi peluang kepada umat Islam seluruh dunia untuk membuat carian di internet dengan selamat tanpa berhadapan dengan kandungan yang berunsur lucah atau salah.

Sebaik saja pengguna menatap kandungan yang dikategorikan 'salah', enjin carian akan bertukar kepada satu nasihat.

Apabila pengguna mencari perkataan seperti 'seks' atau 'bogel', misalnya, enjin carian akan terus memberitahu pengguna bahawa keputusan pencarian itu mengandungi bahan yang haram atau bersifat tidak Islam.

Enjin carian Islam pertama di dunia itu boleh diperoleh dalam 15 bahasa termasuk Arab, China, Parsi, Turki dan Bahasa Inggeris.

Di Mesir, lebih 90 peratus daripada 80 juta penduduknya beragama Islam dan sekitar 12 peratus yang menggunakan enjin carian baru ini dianggap memberikan mereka apa sebenarnya yang dicari.

Pengasasnya, Reza Sardeha, 20, pelajar Iran-Kuwait yang tinggal di Belanda berharap enjin carian baru itu akan menjadi halaman pencarian nombor satu di kalangan pengguna Islam.

Paling mengejutkan, 'ImHalal' juga mendapat sambutan daripada penduduk minoriti Kristian di negara itu. – Agensi

Isnin, 25 Januari 2010

Belasungkawa.

Krew penulisan blog Badar mengucapkan takziah kepada kerabat di-Raja Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, yang mangkat pada pukul 7.15 malam, 23 Januari 2010 yang lalu di Hospital Pakar Puteri Johor selepas dimasukkan ke hospital itu kerana gering.



Jenazah Almarhum Sultan Iskandar dibawa masuk ke
kenderaan di Hospital Pakar Puteri untuk dibawa ke Istana Besar,
Johor Bahru, sambil diperhatikan oleh kaum kerabat dan petugas istana,
malam tadi. – utusan/Raja Jaafar Raja Ali
______________________________________________________________


Seterusnya, kami juga ingin mengucapkan takziah buat keluarga Tun Muhd Ghazali Shafie yang meninggal dunia di kediamannya di Subang Jaya, kelmarin. Buat pengetahuan pembaca, Tun Muhd Ghazali Shafie adalah bekas Menteri Dalam Negeri Malaysia dan pernah berkhidmat untuk kerajaan untuk suatu tempoh masa yang lama. Bermula dengan Tunku Abdul Rahman sehinggalah ke zaman Tun Mahathir Mohd.


KUALA LUMPUR, 24 Jan -- Gambar fail Tun Muhammad Ghazali Shafie, 87, yang juga merupakan bekas Menteri Dalam Negeri meninggal dunia di kediamannya di Subang Jaya di sini, pada 7.45 malam ini. Ghazali dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang meninggalkan dua orang anak lelaki iaitu Bachtiaer dan Sheriffudin. Isteri beliau Toh Puan Khatijah Abdul Majid meninggal dunia pada April 2008.
-- foto BERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA
_____________________________________________

Akhir sekali, buat sesiapa yang tidak mengenali Allahyarham Luqman Hakim Zamalolaily, berikut adalah sebuah video pendek yang memaparkan gambar-gambar Allahyarham bersama-sama rakannya. Wallahua'lam



Al-Fatihah.

Khamis, 21 Januari 2010

Mohon Doa



Salah seorang sahabat kita, Saudara Luqman Hakim bin Zamalolaily (5 Rahmah; SPM 2009) yang juga merupakan ahli BADAR SBPISB 2008/09 telah mengalami kemalangan pada petang semalam (20 Jan 2010 - Rabu) dan sedang koma di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Hingga ke saat ini beliau masih dalam keadaan kritikal. Mohon doa kalian moga saudara kita kembali dalam keadaan stabil dan cepat sembuh..

“ Kewajipan seorang muslim terhadap saudaranya sesama muslim ada enam perkara, sesiapa yang meninggalkan satu bererti meninggalkan satu kewajipan; jika diundang harus datang, jika sakit harus dijenguk (ziarah), jika mati harus dihantar jenazahnya (menghadirkan diri), jika berjumpa harus memberi salam, jika minta nasihat harus dinasihati dan jika bersin harus didoakan.” (kitab tanbihul Ghafilin)



Berita terkini (setakat jam 11.50 pagi):

Innalillahi wa inna ilahi raji'un...

Sahabat kita, Saudara Mohd Luqman Hakim bin Zamalolaily telah kembali ke rahmatullah pada jam 10.50 pagi tadi. Dimaklumkan kepada penulis bahawa Saudara Luqman akan disembahyangkan dan dikebumikan selepas solat Asar hari ini.

Oleh itu, penulis ingin menyeru kepada saudara-mara, rakan-rakan, kenalan dan jiran tetangga Saudara Luqman untuk sama-sama menunaikan solat sunat jenazah sebagai penghormatan terakhir kita kepada Saudara Luqman Hakim Bin Zamalolaily.
(bagi yang tidak mampu... tunaikanlah solat jenazah ghaib. Wallahua'lam...)

Moga Allah menempatkan Saudara Luqman dalam kalangan orang yang beriman.


Al-Fatihah.



Berita terkini (jam 10 malam) :
Pihak polis menjalankan post mortem ke atas jenazah arwah sekitar jam 1 petang hingga 4 petang. Pada mulanya pihak polis menyatakan tidak perlu post mortem dan sepatutnya jenazah arwah dikebumikan selepas asar. Tetapi urusan jenazah terpaksa ditangguh atas hal-hal tertentu. Alhamdulillah jenazah selesai dimandikan dan dikapankan pada jam 6.30 petang. Penulis sempat melihat wajah arwah buat kali terakhir. Wajah yang selalu menceriakan sahabat-sahabat di sekelilingnya. Nyata Allah lebih menyayanginya. Jenazah disembahyangkan selepas solat maghrib di teratak keluarga arwah di Meru. Jenazah selamat dikebumikan pada jam 9 malam.
Alhamdulillah ramai sahabat-sahabat arwah yang sanggup menunggu berjam-jam lamanya di hospital sebelum mengikut jenazah dibawa pulang ke rumah. Ramai juga tetamu yang datang memberi penghormatan terakhir buat arwah.

Apa pun, mohon doa kalian moga Allah tempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang soleh.

Al-Fatihah.

Khamis, 24 Disember 2009

Keputusan PMR SBPI Sabak Bernam

Setinggi-tinggi ucapan tahniah buat semua calon yang berjaya dengan cemerlang dalam PMR yang lepas. Khusus buat 49 orang calon SBPI Sabak Bernam yang mendapat 9A dan 28 orang calon yang mendapat 8A. (Jumlah calon : 88 orang) Alhamdulillah Dia telah menganugerahkan yang terbaik buat kalian. Bersyukur atas segala nikmat kurniaan-Nya.

Kepada yang kurang berjaya, yakinlah Allah telah berikan yang terbaik buat kalian. Sangka baiklah dengan-Nya. Insya'Allah, kejayaan milik kalian pada waktu mendatang. Allah tidak hanya melihat pada keputusan di hujungnya tetapi Allah menilai sejauh mana usaha gigih yang telah kalian lakukan selama ini.

Kita sering kali bertanya, "Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?"
Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu. Boleh jadi kamu menyayangi sesuatu padahal ia buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
Surah al-Baqarah, ayat 216

Moga usaha yang lebih gigih dapat diteruskan untuk SPM 2011 akan datang.

Doakan pula kejayaan kami (pelajar SPM 2009) supaya beroleh kejayaan yang cemerlang dalam SPM 2009!

Berita lanjut di sini.

Jumaat, 25 September 2009

SALAM AIDILFITRI

Tak terlewat rasanya buat kami mengucapkan...

Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir Batin dan Taqabbalallahu minna wa minkum buat semua warga Intersaber,follower & pengunjung blog ini

Buat Tetamu,malaikat mahupun syaitan,terimalah Ayat-Ayat Cinta Allah ni...

Ahad, 31 Mei 2009

Selamat Bercuti!

Cuti sekolah telah tiba lagi!!!

Di kesempatan ini, pihak Blog BADAR INTESABER ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga pendidikan (pelajar, guru, dsb). Cuma sedikit peringatan daripada kami, pastikan masa cuti sekolah anda tidak disiakan-siakan begitu sahaja. Ingatlah, sesungguhnya masa lapang itu adalah satu nikmat yang selalu dilupakan manusia. Elakkan diri kita daripada tergolong dalam golongan yang rugi. "Anda mampu mengubahnya!".





Pada kesempatan ini, kami juga ingin mengucapkan selamat mengerjakan ibadat umrah kepada Muhd. Fakhruddin B. Hj. Safian Shuri, mantan Ketua Badar Sesi 07/08. Semoga beliau selamat pergi dan selamat pulang, InsyaAllah. (moga2 dapat umrah mabrurah (?) hehe....)

Sabtu, 2 Mei 2009

Hujung Dunia

Bingkisan saudara Muhammad Fakhruddin yang dipetik dari sini.

5 tahun.

Jangka masa yang cukup membosankan bagi sesetengah orang,namun itulah yang saya tempuhi di tempat yang bernama 'Hujung Dunia' itu.Itulah Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam(SBPISB).

Terkenal Kejauhannya
Walaupun berstatus S.B.P,namun sekolah ini tidaklah segah mahupun terkenal seantero negeri dan negara.Cuma satu,terkenal dengan jaraknya yang jauh dari pekan apatah lagi ibu kota Kuala Lumpur.Bukanlah aspek fizikalnya yang hendak ditonjolkan.Cuma masih terkesan dengan sentuhan guru-gurunya,apatah lagi pengalaman yang ditimba di sana.
Ilmu,Iman,Istiqamah

Ungkapan inilah yang diangkat menjadi moto sekolah oleh Puan Hajah Nahyah Bt. Atok, pengetua pertama SBPISB. Sekali imbas bunyinya seperti moto sekolah-sekolah yang biasa, namun 5 tahun di sana mengajar saya betapa besarnya erti moto tersebut.

Apa yang paling mengesankan ialah sentuhan para ustaz ustazah di sana,begitu rapat dengan para pelajar,baik yang bergelar mahupun sekadar memberi tazkirah di surau As-Syakirin.Sebut sahaja,ustaz Ahmadi Penolong Kanan H.E.M paling berdedikasi,ustaz Amir ustaz prihatin,ustaz Anuar penasihat Badan Dakwah sekolah(BADAR),dan para ustaz serta ustazah yang tak jemu-jemu menerap dan memelihara nilai-nilai Islam dalam jiwa pelajar.(maaflah ustaz ustazah, boleh sahaja penuh entri ini dengan namamu beserta jasamu yang terhitung itu ^_^)

Erti Sebuah Jawatan

Setahun demi setahun,tibalah saatnya penulis jua ditaklif memegang kepimpinan pelajar.Namun saya tidak pernah menyangka bakal menggalas amanah itu.
Layakkah aku memimpin BADAR?


Rupanya ada buah-buah hikmah di balik amanah itu.Jawatan mengajar saya susah-payah para guru,khasnya warden yang dikepalai Ustaz Ahmadi membentuk sahsiah pelajar,apatah lagi menyediakan suasana yang terbaik buat para pelajar.

Jawatan yang mengajar saya pelbagai ragam dan kerenah rakan-rakan yang perlu difahami.

Jawatan jua mengajar saya kekurangan skil empunya diri.

Jangan salah sangka,saya bukan menulis skrip-skrip indah hidup di bumi SBPISB,jauh sekali mahu mendabik dada atas jawatan yang pernah disandang di zaman sekolah.Memang diakui pihak sekolah menerusi Badan Dakwah dan Rohani(BADAR) senantiasa proaktif menghidupkan aktiviti kerohanian, misalnya sesi tazkirah mingguan,bacaan Ma'turat dan Surah Al-Mulk secara harian.Namun,masih jua wujud masalah-masalah disiplin dalam kalangan pelajar.

Hmm...coretan kali,biarpun berbaur peribadi,bukan diminta jadi kenangan,bahkan dikongsi buat pengajaran.Tangan-tangan kecil ini rindu mencoret pengalaman...

Rabu, 4 Mac 2009

Keyboard arabic?

بسم الله الرحمن الرحيم
الحــــمد لله رب العالمين والصلاة والســلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصــــحابه أجمــين وأما بعد

Seringkali saya ditanya, bagaimanakah untuk menggunakan papan kekunci arab dalam pengoperasian Vista?

Ada yang beranggapan bahawa untuk mengguna font arab mesti menggunakan Windows XP/ Vista Versi Arabic atau paling tidak menggunakan software atau peralatan keyboard Arabic.

Sebenarnya, tiada langkah-langkah seperti itu yang diperlukan!

Jadi, apa caranya?

Cukup mudah!

Insyaallah, marilah sama-sama kita mempelajari cara-cara untuk menggunakan papan kekunci arab dalam pengoperasian Vista!


  1. Masuk ke Control Panel. Klik pada "Clock, Language, and Region" dan pilih "Change keyboard or other input methods".
  2. Pilih "Change keyboards..." dan tekan "add".
  3. Kembangkan "Arabic (negara anda)" dan pilih "keyboard".
  4. Tandakan (/).
  5. Klik "Ok".
  6. Klik "Ok" sekali lagi untuk menyelesaikan proses pengaplikasian (anda juga boleh mengubah cara untuk mengaktifkan papan kekunci arabic ini).



Alhamdulillah! Kita telah selesai mengaktifkan papan kekunci bahasa arab dalam komputer kita!
Selamat mencuba!!!

Rabu, 31 Disember 2008

2008:A Year To Be Remembered

This year is an important year for all S.PM and P.M.R candidates 2008(they had their results yesterday...me around March).But this year is such a memorable year for myself,and also BADAR S.B.P.I Sabak Bernam.Following the chronology,we were started on 1st June 2008,with the beginnning 3 articles.And now at the end of 2008,we have 78 articles with about 3000 unique visitors to this blog now.I want to thank to all parties,especially my successor,Akhi Muhd. Zayani Syazwan and his friends that contribute a lot in the expand of Blog BADAR S.B.P.I Sabak Bernam's operation.Not to forget all the readers who give us feedback to enhance our quality.

(Maaf ye Cikgu Rizuan,campur dengan B.I.Menyahut seruan pengetua^_^)Cuma satu sahaja pesanan sebelum tahun baharu ini,mantapkan azam,kukuhkan ilmu,gerakkan dakwah,
jalinkan ukhuwah,mari bersama kita bina KHAIRA UMMAH!!!

nota:semoga tahun baharu membuka sinar harapan buat warga S.B.P.I Sabak Bernam.Selamat pulang pada Ustaz Ahmadi dan Tuan Rizuan,bersama dengan haji mabrur hendaknya...