Khamis, 24 Disember 2009

Keputusan PMR SBPI Sabak Bernam

Setinggi-tinggi ucapan tahniah buat semua calon yang berjaya dengan cemerlang dalam PMR yang lepas. Khusus buat 49 orang calon SBPI Sabak Bernam yang mendapat 9A dan 28 orang calon yang mendapat 8A. (Jumlah calon : 88 orang) Alhamdulillah Dia telah menganugerahkan yang terbaik buat kalian. Bersyukur atas segala nikmat kurniaan-Nya.

Kepada yang kurang berjaya, yakinlah Allah telah berikan yang terbaik buat kalian. Sangka baiklah dengan-Nya. Insya'Allah, kejayaan milik kalian pada waktu mendatang. Allah tidak hanya melihat pada keputusan di hujungnya tetapi Allah menilai sejauh mana usaha gigih yang telah kalian lakukan selama ini.

Kita sering kali bertanya, "Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?"
Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu. Boleh jadi kamu menyayangi sesuatu padahal ia buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
Surah al-Baqarah, ayat 216

Moga usaha yang lebih gigih dapat diteruskan untuk SPM 2011 akan datang.

Doakan pula kejayaan kami (pelajar SPM 2009) supaya beroleh kejayaan yang cemerlang dalam SPM 2009!

Berita lanjut di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan