Selasa, 12 Januari 2010

Allah milik semua?! (edited by writer...)

1. Tajuknya cukup kontroversi. Membawa konotasi yang negatif. "Allah Milik Semua?!"!

Nampaknya, kempen 1Malaysia selepas 50 tahun lebih negara kita merdeka, rakyat makin saling memahami antara satu sama lain (diedit untuk keselesaan pengunjung..... ^^). Hubungan antara kaum dan hubungan antara agama bertambah erat. Sehinggakan, rumah-rumah ibadat turut dijadikan sasaran perasaan kasih sayang mereka! Klik sini untuk berita.




2. Pelik juga ye....
Masing-masing tampil mengeluarkan ijtihad sendiri. Daripada golongan-golongan Ulama' di Malaysia ..... hatta pak cik2 tua yang duduk melepak di kedai2 kopi... masing-masing berijtihad. Hmmm, ijtihad saya? Hehe.... Saya rasa lebih baik saya diam~. (Apa kata SaifulIslam?)

3. Hmmm...
Hamba tidak ingin menyuarakan pendapat berhubung isu kalimah Allah ini.... Cukuplah ustaz-ustaz kita sahaja yang berbincang berkenaan isu ini.

Walaubagaimanapun, eloklah kiranya saya menyediakan pendapat2 para Ustaz kita berkenaan isu ini. Serahkan pada yang pakar.... (mengambil kata2 senior saya... hehe)

* Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas
* Ustaz Farid Rashidi
* Ustaz Zaharuddin


4. Dahlah....
Akhir sekali daripada saya, udah-udahlah tu.... Janganlah kita golongan yang kurang berilmu ni lebih lantang bersuara daripada guru-guru kita. Janganlah sampai nak berpecah belah atas isu ini (Penggunaan kalimah Allah ni termasuk dalam hukum2 Dzonni). Siapa tahu isu ni mungkin helah untuk memecah-belahkan kita semata-mata.

Siapa tahu.... mungkin dikala kita sedang berdebat dengan penuh emosi ni... ada pihak yang sedang gembira sakan atas 'ketewasan' kita....

Siapa tahu???

(p/s: Allah jualah yang lebih mengetahui....)

Wallahua'lam

2 ulasan:

  1. Betul2!
    Tah2 ni mmg rancangan puak kuffar nak memcah belahkn kite org Islam.

    Well, who knows? ^^

    BalasPadam
  2. saya berpendapat bahawa kurangnya kesepakatan antara kita, lemahnya pendirian akibat hasutan dan lalainya kita untuk menjaga rakan-rakan lain punca paling besar. Orang tidak akan ambil kesempatan sekiranya kita tidak wujudkan peluang itu untuk mereka

    BalasPadam