Salah seorang sahabat kita, Saudara Luqman Hakim bin Zamalolaily (5 Rahmah; SPM 2009) yang juga merupakan ahli BADAR SBPISB 2008/09 telah mengalami kemalangan pada petang semalam (20 Jan 2010 - Rabu) dan sedang koma di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
Hingga ke saat ini beliau masih dalam keadaan kritikal. Mohon doa kalian moga saudara kita kembali dalam keadaan stabil dan cepat sembuh..
“ Kewajipan seorang muslim terhadap saudaranya sesama muslim ada enam perkara, sesiapa yang meninggalkan satu bererti meninggalkan satu kewajipan; jika diundang harus datang, jika sakit harus dijenguk (ziarah), jika mati harus dihantar jenazahnya (menghadirkan diri), jika berjumpa harus memberi salam, jika minta nasihat harus dinasihati dan jika bersin harus didoakan.” (kitab tanbihul Ghafilin)
Berita terkini (setakat jam 11.50 pagi):
Innalillahi wa inna ilahi raji'un...
Sahabat kita, Saudara Mohd Luqman Hakim bin Zamalolaily telah kembali ke rahmatullah pada jam 10.50 pagi tadi. Dimaklumkan kepada penulis bahawa Saudara Luqman akan disembahyangkan dan dikebumikan selepas solat Asar hari ini.
Oleh itu, penulis ingin menyeru kepada saudara-mara, rakan-rakan, kenalan dan jiran tetangga Saudara Luqman untuk sama-sama menunaikan solat sunat jenazah sebagai penghormatan terakhir kita kepada Saudara Luqman Hakim Bin Zamalolaily.
(bagi yang tidak mampu... tunaikanlah solat jenazah ghaib. Wallahua'lam...)
Moga Allah menempatkan Saudara Luqman dalam kalangan orang yang beriman.
Al-Fatihah.
Berita terkini (jam 10 malam) :
Pihak polis menjalankan post mortem ke atas jenazah arwah sekitar jam 1 petang hingga 4 petang. Pada mulanya pihak polis menyatakan tidak perlu post mortem dan sepatutnya jenazah arwah dikebumikan selepas asar. Tetapi urusan jenazah terpaksa ditangguh atas hal-hal tertentu. Alhamdulillah jenazah selesai dimandikan dan dikapankan pada jam 6.30 petang. Penulis sempat melihat wajah arwah buat kali terakhir. Wajah yang selalu menceriakan sahabat-sahabat di sekelilingnya. Nyata Allah lebih menyayanginya. Jenazah disembahyangkan selepas solat maghrib di teratak keluarga arwah di Meru. Jenazah selamat dikebumikan pada jam 9 malam.Alhamdulillah ramai sahabat-sahabat arwah yang sanggup menunggu berjam-jam lamanya di hospital sebelum mengikut jenazah dibawa pulang ke rumah. Ramai juga tetamu yang datang memberi penghormatan terakhir buat arwah.
Apa pun, mohon doa kalian moga Allah tempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang soleh.
Al-Fatihah.
yang tinggal di bukut beruntung ke?
BalasPadamaaa... bkn rasanya...
BalasPadamluqman hakim ni tinggal di Klang... sekolah lama: SK Sg Binjai... SBPI Sabak Bernam...
Wallahua'lam (kalau salah... tolong betulkan...)
Salam..
BalasPadamKalau boleh, minta tolong edit post ni supaya upload gmbar arwah Luqman Z ni..
bukan nye ape..mungkin ada abg2 n akk2 yg dah lama tinggalkn sekolah ni kadang-kadang ingat2 lupa dengan wajahnya. terima kasih.
insyaAllah, sama2 kita sedekahkan alfatihah untuk arwah dan berdoa agar rohnya dirahmati Allah.
Innalillahiwainnailahirajiuun..
Hafizuddin Syafiq
SPM'06
Kepada Sdr Hafizuddin Syafiq:
BalasPadamGambar Allahyarham telah di-upload. Maaf atas segala kesulitan. Kami mengalami masalah dengan sumber kami yang terhad.
Wallahua'lam
innalillah wa innailaihi rajiun...
BalasPadaminnalillah wa innailaihi rajiun...
BalasPadam