Jumaat, 11 Disember 2009

Peringatan....

Coretan ini ditulis khas untuk semua pelajar tingkatan lima SBPI Sabak Bernam. Tamatnya SPM bermakna tamatlah tugas anda sebagai pelajar tingkatan lima SBPI Sabak Bernam tahun 2009. Akan tetapi mereka semua telah 'dinaikkan pangkat' mereka kepada 'bekas pelajar SBPI Sabak Bernam'. Namun ingatlah bahawa ke mana saja anda pergi, anda membawa imej sebagai 'produk' SBPI Sabak Bernam. Perbanyakkanlah memohon daripada Yang Maha Esa untuk memperoleh kejayaan di dunia mahupun di akhirat dan dalam peperiksaan SPM khususnya.
Tidak semestinya sesi persekolahan anda telah tamat anda bebas melakukan apa - apa sahaja mengikut kemahuan diri anda. Anda masih berada dalam sebuah negara yang mempunyai undang - undang yang mesti dipatuhi. Maka lakukan apa - apa yang patut anda lakukan di luar sana dan jangan dekati apa - apa yang tidak patut dilakukan. Jika anda masih berdegil, pasti ada padahnya suatu hari nanti. Ingatlah, setiap perkara yang anda lakukan sama ada buruk atau baik, pasti ada balasan yang sedanag menanti anda.
Seterusnya coretan buat pelajar - pelajar tingkatan 4 SBPI Sabak Bernam tahun 2009 yang akan melangkah ke sesi 'latihan pertempuran' iaitu sesi persediaan untuk menghadapi 'musuh' yang hanya muncul sekali sahaja seumur hidup kita. Maka persiapkanlah diri anda dengan 'senjata - senjata dan kemahiran - kemahiran' yang perlu. 'Berlatihlah' bersungguh - sungguh bagi 'menumpaskan musuh ketat' anda. Apa yang dimaksudkan di sini ialah belajarlah bersungguh - sungguh bagi memperoleh kejayaan dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2010 sekali gus menobatkan sekolah kita yang tercinta SBPI Sabak Bernam sebagai sekolah yang terbaik di Selangor dan salah sebuah sekolah yang terbaik di Malaysia.

2 ulasan:

  1. heeheh...selamat kpd semua pljr..chaiyok ah fakha!!

    BalasPadam
  2. terima kasih kpd yg menulis artikel ini
    inshaallah,saya akn cuba yg tbaik kt lua ni

    BalasPadam