Khamis, 26 November 2009

Lambaian Kaabah dan Kicauan Merpati

Alhamdulillah, setelah hampir-hampir dua bulan blog ini 'ditinggalkan', akhirnya saya dan krew2 penerbitan BADAR SBPI Sabak Bernam diberi juga peluang untuk mengemaskini blog yang hampir-hampir 'terlupakan' ini. Maklumlah, sekolah di kawasan pedalaman, amat sukar untuk mendapatkan kemudahan ICT! Dan ditambah pula dengan pelbagai program pasca-peperiksaan yang dianjurkan pihak sekolah, mana tidaknya blog ini hampir-hampir ditinggalkan~.
Tapi, rasa2nye semua tu macam alasan je....zzz...

"Cukuplah mukadimah-nya tu.. sekarang kita teruskan..."


1. Menyambut Lambaian Replika Kaabah

Pada 6 dan 7 November 2009 yang lalu, pihak BADAR dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam SBPI Sabak Bernam telah menganjurkan program Amali Haji khusus untuk para pelajar tingkatan lima SPM 2009. Program dimulai pada petang 6 November dengan sebuah ceramah berkaitan "Haji dan Umrah" oleh al-fadhil Ustaz Haji Amir bin Berau. Ceramah pada petang itu lebih kepada satu sesi 'recall' memandangkan para pelajar telah pun didedahkan berkenaan ibadat Haji dalam matapelajaran Pendidikan Islam bagi pelajar Aliran Sains Tulen dan Teknikal; serta Pendidikan Syariah Islamiah bagi pelajar Aliran Sains Agama.

7 November 2009- Tepat jam 8 pagi, para pelajar telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz (Surau as-Syakirin). Ketibaan mereka telah disambut oleh Duta Malaysia ke Arab Saudi, al-Fadhil Ustaz Zaki bin Haji Amat Kamari dan Ketua Pegawai Operasi Amali Haji 1430 Hijrah, Sdr Ibrahim Bin Murad.



Ustaz Zaki dalam ucapannya telah menasihati para jemaah supaya sentiasa merujuk kepada arahan pihak berkuasa dan menjaga kesihatan diri sepanjang berlangsungnya program.

"Contohnya, apabila jemaah diminta untuk keluar awal daripada tempat penginapan (hostel), maka ikutlah arahan itu. Jangan sampai kita susahkan orang lain," katanya.

Seusai mendengar ucapan daripada Ustaz Zaki, para jemaah telah dibawa ke kompleks replika Kaabah bagi menunaikan amali tawaf qudum. Kemudiannya, para jemaah telah bermiqat di Dewan Ibnu Khaldun. Di sini, para jemaah telah diingatkan semula oleh mutawif yang bertugas berkenaan (amali) ibadat haji yang akan dikerjakan pada hari itu.

Sebaik sahaja para jemaah meninggalkan perkarangan Dewan Ibnu Khaldun, maka bermulalah secara rasminya (amali) ibadah haji bagi tahun 1430 Hijrah. Berikut ialah gambar-gambar sepanjang berlangsungnya (amali) ibadah haji tahun ini.

2. Disertakan juga gambar amali sembelihan yang turut berlangsung pada 7 November 2009 yang lalu.




Wallahua'lam.

6 ulasan:

  1. erm...bestnyer..tapi aq xde r...g interview DQ..:(

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum...wah msg2 dah jd 'haji' dan 'hajah' ye.

    Kalau aktiviti BADAR boleh ditakwimkan,masakan aktiviti update blog tak boleh dijadualkan,betul tak?Sekadar mencadang

    BalasPadam
  4. salam..
    waa..sronok antum..
    wat amali..
    beza klau nk compare ngn last year..

    oh.. ad yg g i.view dq this year??
    bgus2.. senior last year xd rezki,tlpas isi borang..
    tp,nk advise skit..
    jgn skadar msuk utk m'cube2 o isi mase..
    btulkan niat..

    >>ex badar 0708

    BalasPadam
  5. rasa macam lama tak interupt..
    insya'Allah lepas spm nnt boleh la giatkan balik..

    BalasPadam