Memaparkan catatan dengan label Aktiviti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti. Papar semua catatan

Jumaat, 27 Ogos 2010

Al-Imtiyaz Edisi ke-8 Istimewa Ramadhan


Alhamdulillah majalah Al-Imtiyaz edisi ke-8 Istimewa Ramadhan telah diterbitkan dan sebanyak 100 naskhah telah habis dijual. Teruskan menyokong Al-Imtiyaz kerana Allah.

Rabu, 4 Ogos 2010

Program Penghayatan Islam 2010

Pada 23-24 Julai 2010 bersamaan dengan 11-12 Syaaban yang lalu telah diadakan Program Penghayatan Islam 2010 membabitkan pelajar tingkatan lima, empat, dan tiga. Tiga aktiviti telah berlansung serentak iaitu:
  • Amali Haji-tingkatan lima
  • Amali Sembelihan-tingkatan empat
  • Kursus Pengurusan Jenazah-tingkatan tiga

Program Penghayatan Islam 2010
Amali Haji
Amali Sembelihan
Kursus Pengurusan Jenazah

Alhamdulillah kesemua aktiviti telah berlansung dengan jayanya. Jazakumullah Khairan Kathira kepada semua guru yang telah terlibat dalam menjayakan program ini. Mudah-mudahan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi kebaikan hidup di dunia dan di akhirat. Insya-Allah.

Sabtu, 5 Jun 2010

Majalah Al-Imtiyaz Keluaran Ke-7

Alhamdulillah, di sebalik kesibukan menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun, majalah Al-Imtiyaz keluaran ke-7 edisi bulan Mei telah berjaya diterbitkan. Sebanyak 100 naskhah telah berjaya dijual dan ini jelas menunjukkan majalah BADAR ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada para pelajar SBPISB. Walaubagaimanapun, pihak editor akan terus meningkatkan lagi mutu majalah ini dari semasa ke semasa. Kepada para pembaca, terima kasih dan teruskanlah sokongan anda.

Sabtu, 17 April 2010

BADAR KE KONSERT KESENIAN DAN KEBUDAYAAN ISLAM PSIS


saf kepimpinan BADAR Muslimin

Pada hari Ahad 11 april 2010, saf kepimpinan BADAR SBP Integrasi Sabak Bernam telah melakukan kunjungan ke Konsert Kesenian & Kebudayaan Islam Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS). Konsert telah bermula pada jam 9.30 malam dan persembahan pembukaan telah disempurnakan oleh kumpulan nasyid dari PSIS sendiri. Kemudian konsert telah diserikan pula dengan persembahan oleh kumpulan "Saljuk" dari Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Selanjutnya, para muslimin dan muslimat telah disajikan dengan persembahan daripada artis undangan iaitu Sdr. Muadz Dzulkefly yang terkenal dengan lagu-lagu hadis.

saf kepimpinan BADAR muslimat telah turut serta

persembahan daripada kumpulan SALJUK

kumpulan nasyid PSIS tidak kurang hebatnya

penyanyi nasyid hadis-Muadz

Muadz bersemangat menyampaikan lagunya

Pada penghujung konsert, Muadz telah mengingatkan para hadirin akan penderitaan saudara Muslim kita di Palestin. Saudara Muadz telah mengejutkan para hadirin dengan mendedahkan situasi sebenar di Gaza, Palestin di mana beribu-ribu tan bantuan yang telah dihantar oleh seluruh dunia kepada mereka semasa mereka diserang oleh pengganas Zionis hakikatnya tidak dapat masuk ke Gaza kerana dihalang oleh tembok penjara gergasi yang telah dibina oleh pengganas Zionis di sekeliling Gaza mengakibatkan bantuan tidak dapat masuk ke dalam melalui jalan biasa iaitu jalan darat.

tembok gergasi yang mengelilingi Gaza

Oleh kerana itu, menurut beliau pada bulan Mei ini akan dilakukan penghantaran bantuan kedua daripada seluruh dunia kepada penduduk Gaza yang diketuai oleh Perdana Menteri Turki, Reccep Tayyip melalui jalan laut. Jalan laut merupakan satu-satunya laluan untuk menghantar bantuan dan memastikan bantuan tersebut sampai kepada mereka yang memerlukan kerana hanya kawasan laut sahaja tidak dihalang oleh tembok Jahanam Israel.

Untuk makluman,Insya-Allah satu perhimpunan besar-besaran akan diadakan di Stadium Melawati Shah Alam pada 8 MEI 2010 bagi menyokong usaha penghantaran bantuan kedua ini.

Untuk maklumat sila rujuk:http://muadzseekinglight.blogspot.com/

Marilah kita beramai-ramai menyokong usaha murni ini demi saudara seagama kita di Palestin!

Sabtu, 10 April 2010

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN KE-8 SBP INTEGRASI SABAK BERNAM


Alhamdulillah pada 10 April 2010 bertempat di Dewan Ibnu Khaldun (DIK) telah diadakan Hari Anugerah Kecemerlangan Ke-8 SBP Integrasi Sabak Bernam. Majlis ini telah diadakan bagi meraikan pelajar-pelajar yang telah cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun 2009 khususnya bekas calon SPM 2009

.

Majlis telah dimulakan pada jam 9.00 pagi dengan ketibaan para tetamu kehormat. Kemudian, majlis telah diserikan dengan ucapan perasmian oleh Hajah Shamsiah, Pengarah Pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam. Seterusnya, beberapa anugerah telah diberikan antaranya pelajar terbaik mengikut tingkatan, mata pelajaran terbaik, pelajar cemerlang PMR, pelajar terbilang SPM, pelajar gemilang SPM, pelajar cemerlang SPM, pelajar terbaik PMR dan SPM, anugerah kepimpinan pelajar, panatia cemerlang PMR dan SPM, anugerah emas, dan akhir sekali anugerah jasamu dikenang.



Selain itu, majlis telah diselit dengan persembahan 'coral speaking' 3 bahasa iaitu Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, dan Bahasa Jepun dan majlis juga telah disajikan dengan persembahan nasyid yang mantap daripada kumpulan nasyid SBPISB, Az-Zafran.


Majlis telah berakhir pada jam 12.30 tengah hari. Diharapkan majlis sebegini telah mendatangkan manfaat dan motivasi kepada seluruh warga SBPISB supaya meningkatkan usaha supaya berjaya dunia dan akhirat.Insya-Allah

PELAJAR TERBAIK KESELURUHAN

Tingkatan 1: Syasya Alina binti Mohd Sheffie
Tingkatan 2: Ainaa Najihah bt Abdul Rahim
Tingkatan 4: Zalikha Zainuddin

PELAJAR TERBAIK PMR

Nur Ilham Alia binti Ngadnan

PELAJAR TERBAIK SPM

Sains Agama: Muhammad Haziman bin Hamdan
Sains Tulen: Izzati binti Ariffin
Sains Teknikal: Muhammad Ezrin b. Adul Rahim


ANUGERAH EMAS pada tahun ini telah disandang oleh saudara Haniz Iqbal b. Hazaidi. Tahniah diucapkan kepada beliau.

Khamis, 25 Mac 2010

Pagi ke-2 NKI ke-30: Perhimpunan

Alhamdulillah, hari pertama Nadwah Kepemimpinan Islam telah berlalu dan hari kedua pun tiba. Perjalanan program pada pagi ini kurang sempurna kerana kelewatan sebahagian para pelajar lelaki untuk tiba berhimpun di Dataran Integrasi SBPI Sabak Bernam. Pelajar yang sepatutnya mula berhimpun pada jam 7.20 pagi tiba selewat 7.45 pagi, lewat 25 minit daripada jadual asal. Tambah mengecewakan, para tetamu VIP telah pun tiba lebih awal daripada peserta yang lewat tersebut.

Walaubagaimanapun, perhimpunan pada pagi tersebut tetap diteruskan mengikut protokol yamg telah digariskan. Ustaz Kamal yang sempat berucap dalam perhimpunan pada pagi tersebut telah menggambarkan perasaan sedih dan kecewanya atas kelewatan peserta pada pagi tersebut. Beliau turut mengingatkan para peserta tentang kepentingan disiplin diri dalam diri setiap pemimpin dan berharap agar para peserta tidak mengulangi kesilapan yang sama lagi.

Wallahua'lam.

NKI ke-30: Taklimat Peserta, Pemandu dan Fasilitator

Selepas berakhirnya sesi pendaftaran, para peserta mendengar taklimat daripada Ustaz Amir  Bin Berau. Para peserta juga mendengar taklimat disiplin oleh Ustaz Kamal Bin Mamat bagi memastikan setiap peserta mematuhi setiap etika dan peraturan yang telah dinyatakan. Selain itu, para peserta juga telah diperkenalkan dengan lagu rasmi NKI yang menjadi nyanyian wajib bagi setiap NKI yang diadakan.

Taklimat peserta di Dewan Ibnu Khaldun.


Dalam masa yang sama, di bilik gerakan SBPI Sabak Bernam, taklimat untuk para pemandu telah diadakan di bilik gerakan. Taklimat disampaikan oleh Tn Hj Saipul Bahri Bin Mahpoz.Di bilik kuliah pula, taklimat bagi para fasilitator telah disampaikan oleh Tuan Haji Ahmadi Bin Abas.

Taklimat pemandu di bilik gerakan.


Jumaat, 19 Mac 2010

NKI ke-30: Pendaftaran

Sesi pendaftaran bagi peserta NKI ke-30 telah bermula seawal jam 11.00 pagi. Kebanyakan kontijen tiba tepat pada masanya walaupun jarak yang ditempuh untuk tiba ke SBPI Sabak Bernam bukanlah dekat.


"... sekolah ini jauh sangat ke dalam, nasib baik jumpa jalan balik sini..."
-Pemandu bas SABDA, Encik Hamir Bin Kontang-


Ketibaan mereka disambut oleh urus setia NKI ke-30 yang terdiri daripada para guru dan pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 SBPI Sabak Bernam yang berdedikasi. Pendaftaran peserta diadakan di garaj kereta mengikut zon masing-masing [utara, tengah, timur, selatan]. Selepas sesi pendaftaran, para peserta dan guru pengiring dibawa ke Dewan Ibnu Khaldun bagi sesi fotografi dan pengurusan penginapan di asrama.

"Perjalanan jauh kami dari SMS Miri sungguh memenatkan. Alhamdulillah, kami sampai di SBPISB untuk mengikuti program NKI ini."
-Guru Pengiring SMS Miri-


"...besarnya sekolah ini. Ingatkan sesat... tengok ada banyak lembu dekat sekeliling. Bila tengok betul-betul, barulah sedar... ni memang SBPISB."
-Fasilitator X-

"...macam-macam perasaan. Terkejut kali pertama datang ke sini. Tak sangka walaupun hujung ke pedalaman terdapat sekolah yang cantik! Tak ada nyamuk... tak kena gigit pun terutamanya waktu Maghrib. Kalau boleh nak pergi picnic dengan drebar-drebar lain."
-Pak Abu, STAR Ipoh-

NKI ke-30: Galeri Gambar

'Entry' ini akan dikemaskini dari masa ke semasa. Harap maklum.~

NKI ke-30: Pengenalan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan salam sejahtera saya ucapkan dari bumi SBPI Sabak Bernam.

Buat pengetahuan semua, ketika ini di SBPI Sabak Bernam, sebuah program yang dikenali sebagai Nadwah Kepemimpinan Islam Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Kebangsaan ke-30 sedang berlangsung dengan jayanya.

InsyaAllah, krew laman Badar SBPI Sabak Bernam akan membawakan 'siaran tertunda' program ini dari masa ke semasa. Nantikan!


Sabtu, 13 Mac 2010

Majalah Terbitan BADAR SBPISB

Al-Imtiyaz merupakan majalah bulanan rasmi yang diterbitkan oleh Lujnah Penerbitan Badar SBPISB. Bermula bulan September 2009, majalah ini telah diberi nafas baru di mana ia turut memuatkan isu-isu semasa yang berlaku di sekeliling sekolah dan juga isu-isu kontroversi yang berlaku di dunia. Antara tarikan pada majalah ini juga adalah muka depannya yang penuh dengan grafik dan warna yang menonjol. Setakat ini sambutan yang diterima daripada warga SBPISB amat memberansangkan, tidak lupa juga kepada para guru yang turut menunjukkan minat terhadap majalah ini. Terima kasih kepada yang membaca dan teruskan menyokong kami. Insya-Allah

Edisi ke-7
Edisi ke-6
Edisi ke-5
Edisi ke-4
Edisi ke-3
Edisi ke-2
Edisi pertama

Khamis, 26 November 2009

Lambaian Kaabah dan Kicauan Merpati

Alhamdulillah, setelah hampir-hampir dua bulan blog ini 'ditinggalkan', akhirnya saya dan krew2 penerbitan BADAR SBPI Sabak Bernam diberi juga peluang untuk mengemaskini blog yang hampir-hampir 'terlupakan' ini. Maklumlah, sekolah di kawasan pedalaman, amat sukar untuk mendapatkan kemudahan ICT! Dan ditambah pula dengan pelbagai program pasca-peperiksaan yang dianjurkan pihak sekolah, mana tidaknya blog ini hampir-hampir ditinggalkan~.
Tapi, rasa2nye semua tu macam alasan je....zzz...

"Cukuplah mukadimah-nya tu.. sekarang kita teruskan..."


1. Menyambut Lambaian Replika Kaabah

Pada 6 dan 7 November 2009 yang lalu, pihak BADAR dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam SBPI Sabak Bernam telah menganjurkan program Amali Haji khusus untuk para pelajar tingkatan lima SPM 2009. Program dimulai pada petang 6 November dengan sebuah ceramah berkaitan "Haji dan Umrah" oleh al-fadhil Ustaz Haji Amir bin Berau. Ceramah pada petang itu lebih kepada satu sesi 'recall' memandangkan para pelajar telah pun didedahkan berkenaan ibadat Haji dalam matapelajaran Pendidikan Islam bagi pelajar Aliran Sains Tulen dan Teknikal; serta Pendidikan Syariah Islamiah bagi pelajar Aliran Sains Agama.

7 November 2009- Tepat jam 8 pagi, para pelajar telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz (Surau as-Syakirin). Ketibaan mereka telah disambut oleh Duta Malaysia ke Arab Saudi, al-Fadhil Ustaz Zaki bin Haji Amat Kamari dan Ketua Pegawai Operasi Amali Haji 1430 Hijrah, Sdr Ibrahim Bin Murad.



Ustaz Zaki dalam ucapannya telah menasihati para jemaah supaya sentiasa merujuk kepada arahan pihak berkuasa dan menjaga kesihatan diri sepanjang berlangsungnya program.

"Contohnya, apabila jemaah diminta untuk keluar awal daripada tempat penginapan (hostel), maka ikutlah arahan itu. Jangan sampai kita susahkan orang lain," katanya.

Seusai mendengar ucapan daripada Ustaz Zaki, para jemaah telah dibawa ke kompleks replika Kaabah bagi menunaikan amali tawaf qudum. Kemudiannya, para jemaah telah bermiqat di Dewan Ibnu Khaldun. Di sini, para jemaah telah diingatkan semula oleh mutawif yang bertugas berkenaan (amali) ibadat haji yang akan dikerjakan pada hari itu.

Sebaik sahaja para jemaah meninggalkan perkarangan Dewan Ibnu Khaldun, maka bermulalah secara rasminya (amali) ibadah haji bagi tahun 1430 Hijrah. Berikut ialah gambar-gambar sepanjang berlangsungnya (amali) ibadah haji tahun ini.

2. Disertakan juga gambar amali sembelihan yang turut berlangsung pada 7 November 2009 yang lalu.




Wallahua'lam.

Khamis, 17 September 2009

Majlis Penutupan Ihya' Ramadhan 2009

Alhamdulillah, pada tarikh 25 Ramadhan yang lalu, pihak BADAR SBPI Sabak Bernam telah berjaya menganjurkan Majlis Penutupan Program Ihya' Ramadhan tahun 2009. Majlis diadakan di surau as-Syakirin dan telah dihadiri oleh para pelajar, guru-guru dan kakitangan sekolah.

Majlis dimulai dengan acara khatam al-quran dan diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang pertandingan yang dianjurkan sepanjang program ini berlangsung. Penolong kanan kokurikulum, En. Suhami bin Sabran turut berkenan untuk menyampaikan ucapan ringkas sempena penutupan program ini.

Majlis tamat pada jam 6.50 petang. Para pelajar, guru2 dan kakitangan sekolah kemudiannya telah beransur ke Kafe d'Ria untuk menikmati juadah berbuka puasa bersama-sama (Yay, makan nasi briyani + ayam berempah + ketupat Kelsoff... SEDAP~).

Akhir kalam, terimalah sebuah persembahan multimedia daripada kami berkaitan Program Ihya' Ramadhan buat tahun 1430 hijrah ini~



Ahad, 3 Mei 2009

Hari Terbuka Asrama 2009

Pada 18 April yang lalu, SBPI Sabak Bernam telah menganjurkan Hari Terbuka Asrama 2009. Pelbagai aktiviti telah dijalankan. Antaranya, senamrobik bersama PDRM, pertunjukan anjing polis (unit K9 PDRM), jualan mengikut rumah, pertandingan futsal (Akh. Haziq Bin Sulaiman telah dinobatkan sebagai 'Most Valuable Player of The Match' (MVP)), pertandingan petanque, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pemeriksaan kesihatan, pertandingan memasak antara guru serta pertandingan keceriaan dorm bagi Villa d'Putera dan Villa d'Puteri. Selain itu, demonstrasi 'Penggunaan Jalan Raya Selamat' juga telah diadakan oleh Pihak Polis Daerah Sabak Bernam.

Gerai jualan dibuka bermula dari jam 8.00 pagi sehinggalah jam 11.00 malam. Sambutan yang menggalakkan telah diberikan oleh semua pengunjung serta para pelajar SBPI Sabak Bernam. Kebanyakan pengunjung yang hadir semasa Hari Terbuka Asrama SBPI Sabak Bernam terdiri daripada ibu bapa dan penjaga pelajar SBPI Sabak Bernam. Bekas pelajar SBPI Sabak Bernam (khususnya pelajar dari Batch 2008 dan Batch 2007) juga tidak ketinggalan Image memeriahkan Hari Terbuka Asrama kali ini.

Wang tunai tidak digunakan dalam urusniaga jualan pada hari tersebut (segala urusniaga mesti menggunakan kupon) dan Alhamdulillah, semua makanan telah habis dijual dan semua gerai mendapat keuntungan yang besar.

Sesi malam telah menyaksikan penganjuran sebuah forum ala-ala 'Forum Perdana Hal Ehwal Islam' di Surau As-syakirin oleh pihak BADAR. Dengan moderator dan ahli panel yang hebat-hebat belaka, forum pada malam ini telah menghasilkan satu 'aura' yang berbeza berbanding forum-forum yang dianjurkan sebelum ini (untuk pengetahuan, ahli panel yang ketiga merupakan bekas pelajar Intesaber SPM 2005).


Sesi forum ini turut diserikan lagi dengan persembahan nasyid oleh kumpulan az-Zhaffran (Johan Festival Nasyid Daerah Sabak Bernam) yang 'mantop'.

Maklumat tambahan: Hari Terbuka Asrama 2009 juga telah menyaksikan dorm Omar al- Khattab (Helium, rumah merah) menjuarai Pertandingan Keceriaan Asrama 2009 (kategori Villa d'Putra) dan dorm Siti Khadijah (Kripton, rumah kuning) bagi kategori Villa d'Putri. Dorm tersebut telah menerima sebuah basikal bernilai RM 250 sumbangan Pengusaha Kafe d' Ria Intesaber, wang tunai bernilai RM 200 dan pakej pelancongan ke sebuah destinasi di utara tanah air. Tahniah buat semua ahli dorm Omar al- Khattab dan ahli dorm Siti Khadijah!

Rabu, 18 Mac 2009

Ceramah Maulidur Rasul





Pada hari Jumaat,17 Rabiulawal 1430 Hijrah bersamaan 13 Mac 2009 yang lalu, tepat jam 10.11 pagi, satu ceramah Maulidur Rasul telah diadakan di Dewan Ibnu Khaldun.
Penceramah: Al-Fadhil Ustaz Fadhlillah.

Rabu, 11 Mac 2009

Program 2 Hari

Sekali lagi saya menyelit...faham benar adik-adik dari Tingkatan 5 hingga Tingkatan 1 baharu sahaja selesai Ujian Selaras 1(ramai cemerlang PSI ya Ustaz Zaki ^_^).Untuk makluman para pengunjung blog ini,insya Allah saya akan cuba mengemas kini blog ini walaupun tidak bergelar penulis tetap.Banyak aktiviti yang boleh ditulis tapi cukuplah saya mencoret pengalaman 2 hari 'back to school'.Tentu ramai terkejut bukan...

Cerita Tingkatan 5
Habis Ujian Selaras...terus ber'Easy Add Math'.Apa macam,Add Math jadi kacang?...hehehehe

Hal Tingkatan 1 & 2
Bukan buat hal,tetapi ada program M.O.T....(bukan MOTIVASI),Multiple Organisation Techniques.Canggih sungguh nama Cikgu Rashid bagi ni.The first slot is about English...siapa lagi yang jadi penceramah kalau bukan Sir Musa.Tetapi bukan 2 cerita ni sahaja,ada lagi...

Keindahan Bersama Mu(KBM)
Tersebutlah kisah mendaratnya pesawat KRJ 070309 di Lapangan Terbang SBPI Sabak Bernam,menemui adik-adik Kasih & Sayang(nak tahu lebih lanjut tanyalah Tingkatan 3&4).
Penulis ini hanyalah jadi penonton di tepi(pada hal...).Penilaian peribadi penulis,inilah program motivasi kedua yang penulis berani meletak label BEEESSST!

Bermula dari Knowing Me, Knowing You membawa ke Army Yell(penulis pun terlibat dalam acara ini),langsung ke slot In Team dan ber-Zus Tang sesama sendiri selepas slot In Team. Konflik emosi pun pecah...tatkala peserta dibawa Meniti Angin Malam(kesan khas yang boleh diberi Anugerah Kesan Khas Terbaik..hehehe).Maka kami pun dibawa meniti ke slot Hijrah... sebelum tambah berlinang air mata,pabila meluahkan rasa yang terbuku dalam jiwa kepada ibu bapa,mahupun yang sukarela berkongsi cerita tanpa kehadiran ibu bapa.Entah mengapa,tika menulis dan mengimbau pengalaman ini,rasa suka berbaur dengan rasa hiba(ait...penonton pun terkesan juga?...huhuhu).Laporan program ini boleh didapati di sini.

Kunci pada keberkesanan program motivasi pada saya ada 2,pertama meletakkan Allah sebagai tempat sandaran emosi,titik membina kekuatan jiwa.Dan satu lagi ialah kesediaan pesertanya. Niatilah langkah anda sebagai usaha untuk menuntut ilmu,justeru memajukan diri yang akhirnya pengabdian pada Ilahi.Insya Allah...niat yang ikhlas akan diberi ganjaran yang setimpal oleh-Nya.

Program hanyalah alat... maka diri adik-adik Kasih & Sayang(termasuk tingkatan yang lain juga dan diri saya juga) yang dapat menzahirkan keberkesanan sesuatu program.

nota:13/3/2009(hari Jumaat) ada sambutan Maulidur Rasul peringkat SBPI Sabak Bernam. Masa cuti sekolah ni meriahlah blog ni ye ^_^.

Ahad, 21 Disember 2008

Program Jalinan Ukhuwah



"Memang lain dari yang lain,"
getus hati tatkala berkenalan dan mengikuti Program Jalinan Ukhuwah di ILDAS,yang bertemakan 'Kemantapan Ukhuwah Pemangkin Kegemilangan Ummah' (kalau tak silap...).Sangkanya peserta hanya terdiri daripada lepasan SPM 2008,meleset apabila teman sebilik ana yang sedang menuntut di UTP di tahun pertama,manakala peserta termuda program ini(satu kumpulan dengan ana pun) merupakan pelajar tingkatan 2,termasuk beberapa pelajar tingkatan 4.

Walaupun hanya program 3 hari 2 malam,yang terdiri daripada 4 LDK,namun apa yang dilaksanakan begitu bermakna buat peserta.Sebut sahaja,permainan Bingo dalam sesi ice-breaking,war game untuk muslimin ketika sesi Syabab Cergas,Karakter Muslim,Simfoni Ukhuwah dan Garis Matlamat...terlalu sukar untuk diulas dan ditulis dalam ruang yang sebegini ringkas(nak tahu ikut sekali untuk tahun depan...promosi sikit^_^).

Cuma sedikit yang saya ingin sentuh,sebagai manusia saya berlapang dada terhadap sebarang kekurangan,baik daripada peserta atau pun pihak penganjur dan fasilitator.Elok kita merenung apa yang diulas Ustaz Hasrizal dalam artikel Manusia Berhubung Dengan Perasaan.Saya mencadangkan agar penyertaan program ini dimaklumkan ke pihak sekolah sebelum cuti sekolah,bagi menarik penyertaan bukan sahaja lepasan SPM,bahkan pelajar lain yang berminat. Akhir qalam saya ingin memetik kata hikmah ustaz Hasrizal dalam artikel tersebut sebagai renungan bersama,iaitu...
people don't care how much you know until they know how much you care!

Selasa, 2 Disember 2008

Ayat-Ayat Cinta?



Hmm..teringin menulis mengenai forum 'Ayat-Ayat Cinta?' yang diadakan sebelum peperiksaan S.P.M bermula(dan sebelum antum bercuti^_^) di Surau As-Syakirin yang tercinta.Dibarisi oleh ahli panel yang tidak perlu diperkenalkan lagi,iaitu akh Fitry Iskandar,akh Muhammad Fakhruddin,akh Khairi Anwar,dan akh Muhammad Zayani Syazwan selaku moderator.Jangan terkejut,bukan sekadar bicara karya Ayat-Ayat Cinta,bahkan merangkumi diskusi isu couple,isu pengharaman pengkid,dan juga batas pergaulan dalam Islam(emm istilahnya ikhtilat).
Kali ini kita akan mengupas isu couple dan batas pergaulan dalam Islam.Nyata sekali ikhtilat dilarang dalam Islam melainkan pada perkara berikut:
  • Pendidikan
  • Proses jual beli
  • Berada dalam kenderaan awam (mestilah ditemani oleh suami atau mahramnya)
  • Dakwah & perkahwinan
  • Perubatan & Kehakiman
  • Ketika menyambut tetamu (tetapi mestilah ditemani oleh suami atau mahramnya)
Selain itu,terdapat juga adab dalam pergaulan seharian(terutamanya bagi sekolah dwijantina seperti kita) antaranya:
  • Ucapan yang sopan lagi berfaedah dan tidak membabitkan sentuhan.
  • Elakkan himpitan dan bersesak-sesak.
  • Menjaga pakaian/aurat.
Firman Allah yang bermaksud: Wahai Nabi katakanlah kepada isteri dan anak-anak perempuan
kamu supaya melabuhkan jilbab mereka.

  • Say 'NO' to khalwat
“Tidaklah seorang laki-laki bersendirian dengan seorang seorang wanita (yang bukan mahramnya)
melainkan syaithan yang ketiganya.”
(Hadis riwayat Ahmad,Tirmidzi, Hakim dan Hajim mennsahihkannya)


Konklusinya,cinta yang hakiki datang daripada ALLAH,mohonlah agar kita diberi rasa cinta kepada-Nya yangmelimpahkan keberkatan dalam nafas cinta manusiawi,pada ibu bapa,pada keluarga,agama,bangsa dan negara,tak lupa pada sang kekasih nan setia(our wife/husband of course,not gf/bf).Selain itu,bagi 'kipas-susah-mati' novel,carilah trilogi Bagaikan Puteri,Cinta Sang Ratu,dan Hijab Sang Pencinta karya Ramlee Awang Murshid atau Tunggu Teduh Dulu karya Faisal Tehrani,yang senada dengan air tangan Habiburrahman El-Shirazy itu.Apa kata Saifulislam?

p/s:bila Dato' Yusuf Haslam@Ahmad Idham/Prof. Madya A. Razak Mohaideen nak filemkan novel Malaysia yang disebut tadi ye...

Jumaat, 3 Oktober 2008

Laporan Bulan September!!

Inilah dia laporan bulan September Badan Dakwah dan Rohani Saberz. Ana letak dalam bentuk laporan yang ana hantar kepada Badan Disiplin Saberz jelah ya! Kalau ada yang berminat hendak mengetahui mengenai program2 yg dijalankan, bolehlah bertanya/komen di bah. ulasan...

Laporan aktiviti :

  • Mengeluarkan risalah sempena kedatangan Ramadan.
  • Mengadakan kuiz pagi berkaitan dengan bulan Ramadan.
  • Mengadakan solat sunat terawih selepas solat Isyak sebanyak 8 rakaat.
  • Menganjurkan beberapa pertandingan seperti:
    • pertandingan busana muslim dan muslimah
    • pertandingan nasyid antara permata (muslimin)
    • pertandingan nasyid antara rumah (muslimah)
    • pertandingan menganyam ketupat
    • pertandingan membuat kad raya
    • pertandingan hafazan
    • cabaran al-Quran
  • Mengadakan kuliah tujuh minit (kultum) di surau selepas solat sunat terawih dan witir.
  • Menjalankan kutipan derma untuk anak-anak yatim dengan meletakkan tabung-tabung derma di tempat yang strategik.
  • Program tadarus mengikut ahli dorm selepas solat Asar dan Maghrib.
  • Menganjurkan program khatam al-Quran pada 25 September 2008.
  • Gotong-royong menyediakan makanan sesama ahli BADAR untuk warga sekolah pada hari program khatam al-quran.
  • Menganjurkan tayangan filem "Children of Heaven", sebuah filem Iran di surau as-Syakirin.
  • Mengadakan qiamullail pada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan.