Alhamdulillah, hari pertama Nadwah Kepemimpinan Islam telah berlalu dan hari kedua pun tiba. Perjalanan program pada pagi ini kurang sempurna kerana kelewatan sebahagian para pelajar lelaki untuk tiba berhimpun di Dataran Integrasi SBPI Sabak Bernam. Pelajar yang sepatutnya mula berhimpun pada jam 7.20 pagi tiba selewat 7.45 pagi, lewat 25 minit daripada jadual asal. Tambah mengecewakan, para tetamu VIP telah pun tiba lebih awal daripada peserta yang lewat tersebut.
Walaubagaimanapun, perhimpunan pada pagi tersebut tetap diteruskan mengikut protokol yamg telah digariskan. Ustaz Kamal yang sempat berucap dalam perhimpunan pada pagi tersebut telah menggambarkan perasaan sedih dan kecewanya atas kelewatan peserta pada pagi tersebut. Beliau turut mengingatkan para peserta tentang kepentingan disiplin diri dalam diri setiap pemimpin dan berharap agar para peserta tidak mengulangi kesilapan yang sama lagi.
Wallahua'lam.
Memaparkan catatan dengan label NKI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NKI. Papar semua catatan
Khamis, 25 Mac 2010
NKI ke-30: Taklimat Peserta, Pemandu dan Fasilitator
Selepas berakhirnya sesi pendaftaran, para peserta mendengar taklimat daripada Ustaz Amir Bin Berau. Para peserta juga mendengar taklimat disiplin oleh Ustaz Kamal Bin Mamat bagi memastikan setiap peserta mematuhi setiap etika dan peraturan yang telah dinyatakan. Selain itu, para peserta juga telah diperkenalkan dengan lagu rasmi NKI yang menjadi nyanyian wajib bagi setiap NKI yang diadakan.
Dalam masa yang sama, di bilik gerakan SBPI Sabak Bernam, taklimat untuk para pemandu telah diadakan di bilik gerakan. Taklimat disampaikan oleh Tn Hj Saipul Bahri Bin Mahpoz.Di bilik kuliah pula, taklimat bagi para fasilitator telah disampaikan oleh Tuan Haji Ahmadi Bin Abas.
Taklimat peserta di Dewan Ibnu Khaldun. |
Dalam masa yang sama, di bilik gerakan SBPI Sabak Bernam, taklimat untuk para pemandu telah diadakan di bilik gerakan. Taklimat disampaikan oleh Tn Hj Saipul Bahri Bin Mahpoz.Di bilik kuliah pula, taklimat bagi para fasilitator telah disampaikan oleh Tuan Haji Ahmadi Bin Abas.
Taklimat pemandu di bilik gerakan. |
Jumaat, 19 Mac 2010
NKI ke-30: Pendaftaran
Sesi pendaftaran bagi peserta NKI ke-30 telah bermula seawal jam 11.00 pagi. Kebanyakan kontijen tiba tepat pada masanya walaupun jarak yang ditempuh untuk tiba ke SBPI Sabak Bernam bukanlah dekat.
Ketibaan mereka disambut oleh urus setia NKI ke-30 yang terdiri daripada para guru dan pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 SBPI Sabak Bernam yang berdedikasi. Pendaftaran peserta diadakan di garaj kereta mengikut zon masing-masing [utara, tengah, timur, selatan]. Selepas sesi pendaftaran, para peserta dan guru pengiring dibawa ke Dewan Ibnu Khaldun bagi sesi fotografi dan pengurusan penginapan di asrama.
"... sekolah ini jauh sangat ke dalam, nasib baik jumpa jalan balik sini..."-Pemandu bas SABDA, Encik Hamir Bin Kontang-
"Perjalanan jauh kami dari SMS Miri sungguh memenatkan. Alhamdulillah, kami sampai di SBPISB untuk mengikuti program NKI ini."
-Guru Pengiring SMS Miri-
"...besarnya sekolah ini. Ingatkan sesat... tengok ada banyak lembu dekat sekeliling. Bila tengok betul-betul, barulah sedar... ni memang SBPISB."
-Fasilitator X-
"...macam-macam perasaan. Terkejut kali pertama datang ke sini. Tak sangka walaupun hujung ke pedalaman terdapat sekolah yang cantik! Tak ada nyamuk... tak kena gigit pun terutamanya waktu Maghrib. Kalau boleh nak pergi picnic dengan drebar-drebar lain."
-Pak Abu, STAR Ipoh-
NKI ke-30: Pengenalan
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan salam sejahtera saya ucapkan dari bumi SBPI Sabak Bernam.
Buat pengetahuan semua, ketika ini di SBPI Sabak Bernam, sebuah program yang dikenali sebagai Nadwah Kepemimpinan Islam Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Kebangsaan ke-30 sedang berlangsung dengan jayanya.
InsyaAllah, krew laman Badar SBPI Sabak Bernam akan membawakan 'siaran tertunda' program ini dari masa ke semasa. Nantikan!

Langgan:
Catatan (Atom)