بسم الله الرحمن الرحيم
الحــــمد لله رب العالمين والصلاة والســلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصــــحابه أجمــين وأما بعد
Seringkali saya ditanya, bagaimanakah untuk menggunakan papan kekunci arab dalam pengoperasian Vista?
Ada yang beranggapan bahawa untuk mengguna font arab mesti menggunakan Windows XP/ Vista Versi Arabic atau paling tidak menggunakan software atau peralatan keyboard Arabic.
Sebenarnya, tiada langkah-langkah seperti itu yang diperlukan!
Jadi, apa caranya?
Cukup mudah!
Insyaallah, marilah sama-sama kita mempelajari cara-cara untuk menggunakan papan kekunci arab dalam pengoperasian Vista!
- Masuk ke Control Panel. Klik pada "Clock, Language, and Region" dan pilih "Change keyboard or other input methods".
- Pilih "Change keyboards..." dan tekan "add".
- Kembangkan "Arabic (negara anda)" dan pilih "keyboard".
- Tandakan (/).
- Klik "Ok".
- Klik "Ok" sekali lagi untuk menyelesaikan proses pengaplikasian (anda juga boleh mengubah cara untuk mengaktifkan papan kekunci arabic ini).
Alhamdulillah! Kita telah selesai mengaktifkan papan kekunci bahasa arab dalam komputer kita!
Selamat mencuba!!!
shukran!
BalasPadambagus2 terima kasih kepada yang terlibat
BalasPadamMartabatkan tulisan agama kita!
BalasPadamSubhanallah... Terima kasih... Blog ni dah "linked" dalam blog unit amal
BalasPadamشكران
BalasPadam