Solat adalah tiang agama.
Barang siapa yang meninggalkan solat seolah-olah dia telah meruntuhkan agama.
Merupakan sebahagian daripada rukun Islam dan ibadah yang paling penting.
Tidak sempurna solat kita tidak sempurnalah amalan-amalan kita yang lain.
Pada hari kiamat, solatlah yang akan dihisab dahulu. Solat tak lepas, amalan-amalan baik yang lain tidak akan lepas.
Rugi berpuasa setahun, bersedekah sejuta ringgit, buat haji setiap tahun kalau solat lima kali sehari semalam tidak sempurna.
Menurut Dr. Fadzilah Kamsah, lebih 70% rakyat Malaysia tidak sempurna solatnya sehari semalam. Nau'zubillahi min zalik
Ingatlah kasih Allah yang mengurangkan jumlah solat 50 kali sehari kepada hanya 5 kali sehari semalam.
Solat wajib dilakukan tidak kira masa tidak kira di mana sekalipun.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang maksudnya: "Kamu diberikan kelebihan atas manusia dengan 3 perkara: Dijadikan barisan-barisan kamu seperti barisan para malaikat, dijadikan bumi seluruhnya sebagai tempat solat dan dijadikan bagi kamu debunya sebagai penyuci apabila kamu tidak mendapatkan air."
Hadis yang lain: "Telah dijadikan bumi untukku menjadi alat bersuci dan tempat bersujud. Kerana itu hendaklah seseorang di antara kamu solat di mana sahaja ia dapat. Ditambahi lagi oleh Nabi sallallahu-alaihi-wasallam bahawa keseluruhan bumi ini adalah masjid untuk umatnya dengan sabda beliau: Di mana sahaja kamu dapati solat maka kerjakanlah ia. Semua tempat adalah masjid (bagi kamu).
Solat boleh dilakukan tidak kira di mana sekalipun asalkan tempatnya bersih dan suci. Oleh itu umat Islam haruslah sedar akan kepentingan menjaga kebersihan persekitaran.
Hikmah solat boleh ditunaikan di mana sahaja ialah supaya umat Islam mementingkan kebersihan tidak kira kebersihan hati, diri, rumah, dan alam sekitar.
Realiti hari ini tidak banyak negara Islam yang bersih, rata-rata negara Islam kotor, tidak terurus, penuh dengan sampah dan umat Islam dianggap umat yang pengotor jika nak dibandingkan dengan orang kafir yang terkenal dengan sifat pembersihnya dan sukakan kebersihan.
Umat Islam patut menjadi juara dalam kempen-kempen kebersihan yang sekarang ini banyak didominasi oleh orang non-muslim.
KEBERSIHAN ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN
-http://janganlahtengok.blogspot.com-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan