Kelebihan bulan Muharram dan hari Assyura
|Muharram adalah salah satu bulan dalam Islam. Muharram merupakan bulan pertama mengikut kiraan tahun Hijrah. Nama-nama bulan dalam Islam wujud sesudah hijrah Rasulullah s.a.w. ke Madinah, kerana sebelum hijrah kiraan bulan atau nama bulan mengikut nama bulan dan tahun Masihi, yang dikira dari lahirnya Nabi Isa a.s. oleh pengikut-pengikut Yahudi dan Nasrani.

Dalam bulan Muharam terdapat kelebihan yang dimasyhurkan dengan hari Asyura. Asyura bererti hari kesepuluh daripada bulan Muharam, sementara hari kesembilan dikenal dengan hari Tasu'a. Barang siapa yang berpuasa sunat di kedua-kedua hari tersebut, diberi pahala yang banyak oleh Allah s.w.t. di akhirat kelak.
Umat Islam disunatkan membaca doa awal tahun atau membanyakkan bacaan ayat Kursi dan lain-lain doa bagi memohon kepada Allah s.w.t. supaya diampunkan dosa yang lalu, serta jaya cita-cita dan azamnya yang akan datang.
Ulama-ulama salaf as-shufi mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. mengulang-ulang kalimah:
Ulama-ulama salaf as-shufi mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. mengulang-ulang kalimah:
Sebanyak tujuh puluh kali pada hari Asyura. Dan diriwayatkan oleh hadis yang lain mengatakan bahawa barang siapa membanyakkan bacaan hingga akhir ayat, orang itu tidak akan mati melainkan dalam iman.
Di antara kelebihan hari Asyura, Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa barang siapa yang berpuasa pada hari Asyura, Allah akan memberi pahala — 10,000 haji dan umrah dan 10.000 orang syahid.
Sunat pula bagi orang yang berpuasa membanyakkan sedekah kepada anak-anak yatim dan tangannya menyapu kepada anak yatim, nescaya Allah mengangkat darjatnya ke syurga kelak.
Sahabat bertanya:Ya Rasulullah,adakah Allah telah melebihkan hari Asyuraa dari hari lain-lain.
Jawab Rasulullah:benar!
- Allah telah menjadikan langit dan bumi pd hari Asyuraa
- Allah telah menjadikan Adam dan Hawa juga pd hari Asyuraa
- Allah menenggelamkan firaun pd hari Asyuraa juga
- menyembuhkan bala Nabi Ayyub pd hari Asyuraa
- Allah memberi taubat kepada Adam
- kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman
- Allah menjadikan malaikat jibril
- hari berlabuhnya bahtera Nabi Nuh
- penglihatan Nabi Yakub yang kabur dipulihkan
- Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa
- awal-awal hujan yang turun pada 10 Muharram
- diangkat Nabi Isa kelangit pada 10 Muharram
MARILAH BERSAMA-SAMA MENGHIDUPKAN BULAN MUHARRAM:)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan