Hidup perlu bersyariah!
Itu seruan umum kepada masyarakat kita. Hidup perlu bersyariah. Pihak-pihak yang terpanggil, semuanya berubah. Yang dahulunya konvensional, kini berlabel Islam. Masyarakat secara umumnya menerima. Masing-masing tidak menentang. Sokongan penuh diberikan sehinggakan tidak salah andai saya katakan, Malaysia antara pengamal sistem kewangan Islam terbesar dunia.
Sudah. Seruan bersyariah dalam bidang perbankan sudah disahut.
Namun, sejauh mana seruan syariah itu disahut, itu persoalan utama.
Dalam soal syariah, kita diajar :
- Ada perkara yang menepati syariah dan mencapai objektif.
- Ada pula perkara yang menepati syariah, namun tidak mencapai objektif.
Meng-Islamkan apa yang sudah Islam.
Sabda Rasulullah S.A.W.,
Maknanya: Diampunkan bagi seorang (yang mati) syahid semua dosanya kecuali hutang. (H.R. Muslim;6/38) |
Islam tidak menggalakkan hutang.
Berhutang hanya untuk keperluan, bukan kemahuan.
Pihak bank yang berteraskan Islam perlu lebih Islam, jangan suka memberi hutang!
“Kalau tidak memberi hutang, bagaimana bank kami mahu maju?”
Ini masalahnya.
Mindset.
Hutang bukan satu-satunya cara untuk mendapatkan keuntungan. Mungkin untuk jangkamasa pendek, kita perlu bergantung kepada market hutang. Namun jangan dijadikan market hutang itu sebagai matlamat terulung.
Jadikan market hutang sebagai batu loncatan, bukan matlamat!
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan