Selasa, 30 September 2008

Ramadan Pergi Semakin Sepi?Syawal Tiba Menyuci Diri?

Hmmm,sudah puas membidas sikap 'tak pela...' dalam hal ambil-mengambil hak orang (baca:CURI),belum masuk bab pinjam tak segan,suruh pulang asyik lupa.....Sebenarnya Ramadan tahun ini penulis rasa kesunyian(tahun lepas pelik sikit,ketidaktenteraman) sebab banyak tertinggal aktiviti yang dijalankan.Antaranya Majlis Restu Ilmu(beserta 3 slot ceramah yang best!) dan pertandingan dalam program Ihya' Ramadan(orang nak periksa katakan...).Tak dilupakan kembara menimba ilmu di bumi kelahiran blog ini.

Tajuk pos ini berkaitan dengan ceramah yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Ahmadi Bin Abas, merangkap P.K HEM yang disayangi sekolah kami.Sedar tak sedar,kita sudah di penghujung Ramadan....Zaman Nabi waktu inilah orang menangis(bukan sebab tak dapat balik kampung) kerana habislah segala keberkatan yang dibawa Ramadan."Sealim-alim orang takkan solat terawih waktu malam di bulan selain Ramadan,"kata ustaz berseleroh.Tambahnya lagi belum tentu dipanjangkan usia menjengah Ramadan yang mendatang(takziah juga pada saudara Muhd. Khafizi B. Ahmad Noh yang kehilangan ayahanda tika Ramadan dan menjelang PMR)

"Hidupkanlah Ramadan terutamanya pada 10 malam yang terakhir,"kata ustaz.Semua sedia maklum betapa besarnya fadilat Malam Al-Qadr,yang dijanjikan ganjaran bersama 1000 bulan.
"Tak lupa,Syawal perlulah disambut dengan sederhana tetapi bersesuaian dengan syarak. Antaranya bertakbir dan saling menziarah untuk mengukuhkan silaturrahim,"tambahnya lagi. Jangan lupa untuk menunaikan zakat fitrah,bak kata ustaz"Tak ada orang yang jadi miskin sebab berzakat dan bersedekah".

Kalau ustaz Ahmadi berceramah tentu tak kering gusi kita mendengar penyampaian yang bersahaja.Kesimpulannya?Jadikanlah Ramadan yang pergi sebagai madrasah membina jati diri dan Syawal yang tiba muhasabah pada fitrah yang dibina setelah sebulan bermujahadah (tengoklah ni)

P/S: Kullu 'am wa antum bikhair,salam lebaran daripada krew BLOG BADAR SBPI SABAK BERNAM.Jawapan untuk teka-teki itu ialah....:
Azan Maghrib menandakan masuk waktu berbuka puasa......



Tiada ulasan:

Catat Ulasan