Bingkisan saudara Muhammad Fakhruddin yang dipetik dari sini.5 tahun.
Jangka masa yang cukup membosankan bagi sesetengah orang,namun itulah yang saya tempuhi di tempat yang bernama '
Hujung Dunia' itu.Itulah
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam(SBPISB).Terkenal KejauhannyaWalaupun berstatus S.B.P,namun sekolah ini tidaklah segah mahupun terkenal seantero negeri dan negara.Cuma satu,terkenal dengan jaraknya yang jauh dari pekan apatah lagi ibu kota Kuala Lumpur.Bukanlah aspek fizikalnya yang hendak ditonjolkan.Cuma masih terkesan dengan sentuhan guru-gurunya,apatah lagi pengalaman yang ditimba di sana.
Ilmu,Iman,Istiqamah
Ungkapan inilah yang diangkat menjadi moto sekolah oleh Puan Hajah Nahyah Bt. Atok, pengetua pertama SBPISB. Sekali imbas bunyinya seperti moto sekolah-sekolah yang biasa, namun 5 tahun di sana mengajar saya betapa besarnya erti moto tersebut.
Apa yang paling mengesankan ialah sentuhan para ustaz ustazah di sana,begitu rapat dengan para pelajar,baik yang bergelar mahupun sekadar memberi tazkirah di surau As-Syakirin.Sebut sahaja,ustaz Ahmadi Penolong Kanan H.E.M paling berdedikasi,ustaz Amir ustaz prihatin,ustaz Anuar penasihat Badan Dakwah sekolah(BADAR),dan para ustaz serta ustazah yang tak jemu-jemu menerap dan memelihara nilai-nilai Islam dalam jiwa pelajar.(
maaflah ustaz ustazah, boleh sahaja penuh entri ini dengan namamu beserta jasamu yang terhitung itu ^_^)
Erti Sebuah JawatanSetahun demi setahun,tibalah saatnya penulis jua ditaklif memegang kepimpinan pelajar.Namun saya tidak pernah menyangka bakal menggalas amanah itu.
Layakkah aku memimpin BADAR?
Rupanya ada buah-buah hikmah di balik amanah itu.Jawatan mengajar saya susah-payah para guru,khasnya warden yang dikepalai Ustaz Ahmadi membentuk sahsiah pelajar,apatah lagi menyediakan suasana yang terbaik buat para pelajar.
Jawatan yang mengajar saya pelbagai ragam dan kerenah rakan-rakan yang perlu difahami.
Jawatan jua mengajar saya kekurangan skil empunya diri.
Jangan salah sangka,saya bukan menulis skrip-skrip indah hidup di bumi SBPISB,jauh sekali mahu mendabik dada atas jawatan yang pernah disandang di zaman sekolah.Memang diakui pihak sekolah menerusi Badan Dakwah dan Rohani(BADAR) senantiasa proaktif menghidupkan aktiviti kerohanian, misalnya sesi tazkirah mingguan,bacaan Ma'turat dan Surah Al-Mulk secara harian.Namun,masih jua wujud masalah-masalah disiplin dalam kalangan pelajar.
Hmm...coretan kali,biarpun berbaur peribadi,bukan diminta jadi kenangan,bahkan dikongsi buat pengajaran.Tangan-tangan kecil ini rindu mencoret pengalaman...