Dahulu saya pernah mengulas novel VT karya Hilal Asyraf,dan kini giliran novel Terasingnya pula saya kupas.
Sinopsis
Saifullah hidup bahagia dengan Tengku Atikah bersama anak-anak mereka Shuraish,Waqas & Faizan.Saifullah,seorang pensyarah di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim,dan Tengku Atikah,seorang peguam bekerjasama erat dengan Tengku Saifullah(abang Tengku Atikah a.k.a abang ipar Saifullah,jangan confuse) dalam membangunkan Yayasan Tuju Penyayang,satu kebajikan daripada Syarikat Tuju milik keluarga Tengku Saifullah dan Tengku Atikah.Namun, Saifullah bermimpi mengenai Zaman,sahabatnya datang menagih janji.
Setelah lama terputus hubungan,Zaman muncul semula.Zaman muncul setelah rumah Tengku Saifullah dipecah masuk,tak lama kemudian Saifullah diancam bunuh!Mujur Amiri,adik iparnya yang berkhidmat di pihak keselematan negara berpesan supaya sentiasa berwaspada.Bahkan Yayasan Tuju Penyayang turut menerima ancaman!Semua ini terkait dengan satu kumpulan yakuza Jepun, Homurodama yang cuba bertapak di Malaysia.Krisis dibina satu persatu hingga Tengku Atikah dan anak-anaknya diculik!
Adakah Zaman punya kaitan dengan Homurodama?Siapakah ketua Homurodama,apakah kaitannya dengan Saifullah?Hanya RM20 untuk sebuah novel yang cukup bermanfaat(bukan dapat banyak duit raya tahun ni,hehehe...)
Ukhuwah:Kelainannya Dalam Terasing
Kalau anda nak baca ulasan dari sudut bahasa & sastera,boleh baca ini(siri 1) dan di sini(siri2). Namun,apa yang saya ingin fokus mengenai persoalan ukhuwah dalam novel ini.
Hilal Asyraf cuba memaknakan ukhuwah,lebih daripada perkenalan antara 2 insan(mikro). Mungkin jua perhubungan antara 2 negara(makro). Sayangnya, aspek ukhuwah secara makro hanya terkandung dalam satu tazkirah Saifullah kepada staf rumah kebajikan Yayasan Tuju Penyayang.Keterbatasan watak selaku manusia biasa,bukannya pemegang kuasa negara mungkin menjadi punca aspek ini kurang tertonjol.
Namun aspek ukhuwah mikro itu masih ada istimewanya.Bayangkan anda punya sahabat yang akrab,peribadinya mantop satu ketika dahulu.Setelah berbelas tahun terputus hubungan dengannya,tiba-tiba anda mendapat tahu beliau baru sahaja dibebaskan dari pusat serenti! Mampukah anda menerimanya semula sebagai seorang sahabat dan membimbingnya?
Contoh di atas hanyalah analogi kepada ujian persahabatan antara Saifullah dan Zaman(tak semestinya Zaman jadi penagih dadah ye).Erti persahabatan yang dimaksudkan Hilal,bukan sekadar berkenalan dan berpisah(pastinya kerana Allah) bahkan sanggup membimbing sahabatnya yang terjerumus dalam lembah kehinaan.Satu keadaan yang tak pernah kita fikirkan sebelum ni,betul tak?
Kalam Terpaksa Dinoktahkan
Mahu saja saya tulis panjang lebar mengenai novel ini.Namun,saya serahkan kepada pembaca yang berminat untuk menambah isi yang telah saya ungkapkan di sini(lagipun,pembaca blog tak suka baca panjang-panjang^^).Sesiapa berminat,novel ini hanya berharga RM20,tak banyak dibandingkan duit raya yang kita dapat.Kalau ada yang sudi tambah isi ulasan ni lagi,silakan berbuat demikian di ruang komen ye...kritikan diterima,bukan KUTUKAN!
Gambar-gambar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan