Rabu, 30 Jun 2010

Ismail Haniyeh


إسماعيل هنية.jpg


Ismail Haniyeh lahir pada Januari 1963, (Bahasa Arab: إسماعيل هنية) adalah pemimpin politik utama kumpulan / parti Hamas dan bekas Perdana Menteri Pihak Berkuasa Palestin.

Selepas Hamas merampas Gaza daripada Fatah pada 14 Jun 2007, beliau telah dipecat oleh Presiden Mahmoud Abbas. Sebenarnya Mahmoud Abbbas selaku Presiden Palestin, tiada ada kuasa membubarkan kabinet Ismail Haniyeh. Oleh kerana itu Ismail Haniyeh menolak pembubaran dan pemecatan itu kerana tidak mengikut perlembagaan.

Haniyeh dilantik sebagai Perdana Menteri pada 16 Februari 2006 berikutan Hamas diubah dan dibentuk semula pada selepas Hamas menang dalam Pilihan raya legislatif Palestin 25 Januari 2006. Beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 29 Mac 2006. Kemudian beliau meletak jawatan pada 15 Februari 2007 untuk membentuk kerajaan perpaduan antara Hamas dan Fatah. Beliau sekali lagi mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 18 Mac 2007.

Haniyeh lahir di kem pelarian Al-Shati di Genting Gaza. Pada 1948 ibu bapanya melarikan diri selepas serangan-serangan bom Israel dan tempat itu kini dikenali sebagai Ashkelon di Israel. Pada 1987, Ismail mendapat ijazah kesusasteraan Arab dari Universiti Islam Gaza. Pada 1989 dia dikurung selama 3 tahun oleh pihak keselamatan Israel dan dibebaskan pada 1992. Selepasa itu diusir oleh Lubnan. Dia pulang ke Gaza dan dilantik sebagai dekan Universiti Islam.

Selepas pemimpin rohaniah Syeikh Ahmed Yassin dibebaskan pada 1997, Haniyeh dilantik menjadi pengerusi Hamas. Tapi Israel mensasarkannya sebagai orang yang bertanggungjawab membunuh rakyat Israel.

Pada 2003 dia cedera di tangan selepas tentera udara Israel melepas tembakan di Baitulmuqaddis. Serangan Israel ini berikutan tindakan pejuang Hamas meletupkan diri dan mencederakan warganegara Israel. Pengaruhnya semakin meningkat selepas Kebangkitan Intifada terutama kerana hubungan erat dengan Syeikh Ahmed Yassin dan ramai pemimpin Hamas dibunuh oleh pihak keselamatan Israel.

Pada Disember 2005, Haniyeh telah dilantik mengetuai parti Hamas dan Januari 2006 memenangi pilihan raya Palestin.

Pada 16 Februari 2006, Hamas mencadangkan Ismail Haniyeh sebagai Perdana Menteri Palestin. Pada 30 Jun 2006 kerajaan Israel mengancam membunuh Haniyeh jika militan Hamas tidak membebaskan Gilad Shalit. Gilad Shalit ialah tentera Israel yang telah menceroboh dan mengintip di kawasan Gaza. Gilad tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pada 20 Oktober 2006 Ismail Haniyeh mahu Fatah dan Hamas bersatu dan tidak bertempur sesama sendiri. Malam itu, Ismail terselamat dari serangan ketika sedang dalam konvoi untuk menemui Mahmoud Abbas di Gaza. Serangan itu bukan satu pakatan bunuh, sebaliknya seorang anggota Fatah yang mengamuk selepas bertelingkah dengan Hamas.

Pada 14 Disember 2006, Ismail Haniyeh dilarang masuk ke Gaza melalui sempadan Rafah, Mesir. Beliau dilarang masuk oleh Menteri Pertahanan Israel Amir Peretz.

Anak sulung Haniyeh cedera ketika melintasi sempadan.


Reaksi Israel

Israel menilai Ismail Haniyeh sebagai bahaya kerana tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel. Ismail Haniyeh juga enggan mematuhi syarat meletakkan senjata.

Oleh itu langkah de facto sekatan ekonomi dilakukan. Kerajaan haram Israel enggan menyerahkan lebih USD600 juta wang cukai milik sah warga Palestin di Gaza.

Ismail Haniyeh menjawab beliau dilantik secara demokrasi oleh warga Palestin dan Israel tidak boleh menekannya. Israel tidak sepatutnya memberi layanan berbeza. Peruntukan wang cukai itu adalah hak sah rakyat Palestin, bukan sedekah daripada Israel.

Amerika juga menganggap Hamas sebagai organisasi pengganas. Amerika mengarahkan 50 juta dolar tidak dikeluarkan dari bank-bank asing untuk membantu kerajaan Hamas di Palestin. Menteri Ekonomi Palestin Mazen Sonokrot bersetuju memulangkan semula bantuan Amerika.

Ismail Haniyeh berkata,

"Pihak Barat sentiasa saja menggunakan wang bantuan kemanusiaan untuk menekan kembali penduduk Palestin yang dibantu."

Hamas mahu Israel terlebih dahulu mengiktiraf negara Palestin sebagaimana peta 1967, membebaskan banduan di penjara Israel, mengiktiraf hak pelarian untuk pulang ke Palestin. Jika tidak mereka akan terus berjihad sehingga Baitulmuqaddis dibebaskan. Malangnya Israel terus menghalang penduduk Israel untuk terus bekerja di tanah mereka, merampas tanah mereka dan melakukan pembunuhan demi pembunuhan.

Perbetulkanlah pandangan kita terhadap Parti Hamas kerana sesungguhnya merekalah tulang belakang sebenar perjuangan rakyat Palestin dan orang Islam dalam membebaskan Palestin. Allahu Akbar!

Sabtu, 19 Jun 2010

HAKIKAT TUDUNG




Sudah hampir setahun aku memakai tudung. Dan selama setahun juga soalan dan kata-kata ini diajukan padaku:

“Wah, dah bertudung! Kenapa kau bertudung?”.
“Apa mimpi kau bertudung?”
“Baguslah kau dah insaf, macam poyo!”.
“Macam baik sangat pakai tudung.”.
“Aku rasa kau lagi cantik tak bertudung”.
“Bertudung bukan untuk orang kampung je ke?”

Macam-macam kerenah telah ku jumpa, tapi paling best sekali yang berkata begini pada ku,
“Baru MASUK ISLAM ke kak?”.

Dan kenapa aku memilih untuk bertudung? Biar aku kongsikan bersama mengapa aku bertudung.


Peristiwa Pertama

Hampir setahun lalu, aku duduk berhampiran tingkap, memandang ke luar. Aku melihat burung-burung yang berterbangan dan awan yang biru di kaki langit. Tiba-tiba hatiku berdetik, kalau suatu hari nanti jika aku ditimpa masalah macam mana ye? Adakah kawan-kawanku akan bersama denganku? Atau mereka akan menjauhkan diri?

Hampir sejam aku memikirkan jawapannya. Dan dengan itu, hatiku berdetik, apabila aku dilanda masalah, kawan-kawanku mungkin lari, tetapi Allah sentiasa bersamaku. Dia sentiasa bersama hamba-hambanya.



"..cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung, maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia (yang besar) daripada Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar."
(Ali -Imran:173-174)



Peristiwa Kedua

Aku membaca sebuah berita kematian. Seorang pemuda, yang lebih muda dariku, meninggal dunia (sebab kematian tidak diingati). Hatiku berdetik, bagaimana aku kelak di dalam kubur, pasti aku diazab dengan azab yang paling pedih. Kerana amalanku tidak sebagus mana.


Peristiwa Ketiga

Aku melihat berita di televisyen. Kisah seorang remaja wanita yang rosak akhlaknya. Aku melihat, ibubapa remaja tersebut menangis semahu-mahunya megenang perilaku anaknya. Aku menjadi sebak. Lantas terdetik di hatiku, bagaimana anakku kelak, akan beginikah sikapnya nanti?

Rentetan-rentetan ini yang membuka hatiku untuk bertudung. Agar aku mendapat keredhaan Allah. Apabila aku bertudung aku merasa ketenangan. Ketenangan yang ku cari selama ini. Diriku tidak sempurna mana, kerana aku insan biasa, yang punya kelemahan, yang punya kekurangan. Aku masih memperbaiki kelemahan diri. Dekatkanlah diri dengan penciptamu, kerana di situ ketenanganmu. Peganglah pada tali yang satu, tali agamamu, kerana tali agamamu tidak akan putus dan ia akan membantumu.

Jadi selepas ini, aku berharap tidak akan ada lagi yang bertanya mengapa aku bertudung. Sebaliknya, ucapkanlah Alhamdullilah apabila melihat perubahanku.

Semoga artikel ini memberi 1001 pengajaran dan keinsafan kepada kita terutamanya mereka yang hatinya berbelah bahagi untuk memakai tudung. Insya-Allah

Wanita,
Pemakaian kalian bualan manusia,
Dicemuh merata perbandingan akal dunia,
Sikap dan pemakaian menjadi santapan nilaian manusia,
Tafsiran akal bermain kata,
Mulut mula membicara,
Hati mula meluah rasa,
Segala dibongkar menghina jua,
Sempurna ingin dilihat di mata,
Namun, ketahuilah manusia,
Khilaf diri itu pasti.

Sabtu, 12 Jun 2010

Masjid Al-Aqsa: Jangan Tertipu


Masjid Al-Sakhrah

Masjid Al-Aqsa

Wahai umat Islam! Sedarlah bahawa kita selama ini telah ditipu. Setiap kali diceritakan tentang Masjidil Aqsa tidak kira di surat khabar, buku-buku agama, dan televisyen pasti gambar Masjid As-Sakhrah yang ditunjukkan. Sedarlah bahawa ini merupakan satu rancangan licik pihak Israel untuk mengelirukan umat Islam.

Ingat! Masjid kita sedang cuba diruntuhkan oleh pihak Israel. Apakah tindakan kita selaku umat Islam! Sebarkanlah berita ini kepada semua. SELAMATKAN AL-AQSA!

Isnin, 7 Jun 2010

PENDEDAHAN PERISTIWA SEBENAR DI MAVI MARMARA

Lihatlah video ini:



Video yang dipaparkan di Youtube di atas ini merupakan rakaman yang dirakam oleh lanun Israel yang memaparkan kisah berat sebelah yang menunjukkan mereka diserang dahulu oleh aktivis pro-Palestin yang menyebabkan mereka terpaksa melepaskan tembakan ke arah mereka. Hakikatnya, video tersebut tidak mendedahkan perkara sebenar di sebalik tragedi kejam pembunuhan sembilan orang aktivis dan kecederaan lebih 50 aktivis lain.

Semalam saya berkesempatan menonton satu program bual bicara bersama 12 orang aktivis Malaysia yang berada di atas Mavi Marmara di RTM 1. Para aktivis telah mendedahkan peristiwa sebenar apa yang berlaku di atas Mavi Marmara tersebut. Pelbagai kekejaman dan keganasan teroris Israel telah didedahkan oleh mereka.

Dalam rancangan sama, mereka telah ditanya tentang video di atas dan mereka telah mengakui video di atas memang betul tetapi tidak menunjukkan peristiwa sebenar di sebalik apa yang berlaku. Jika kita tengok video di atas memang kita juga mungkin menyangka yang kenyataan teroris Israel yang mengatakan mereka menembak untuk mempertahankan diri adalah munasabah tetapi jika mengetahui perkara di sebalik kejadian itu nescaya kita akan mula merasa jijik dengan sikap Israel laknatullah itu.

Menurut salah seorang aktivis semalam, kejadian memukul teroris Israel dengan batang besi dan sebagainya hanya bermula selepas teroris tersebut melepaskan tembakan menggunakan peluru hidup sehingga ada yang syahid. Secara ringkasnya perbuatan aktivis itulah yang benar dikatakan sebagai mempertahankan diri. Bayangkan mereka hanya bersenjatakan batang besi yang dikatakan dipotong daripada beberapa bahagian kapal menentang teroris Israel yang lengkap bersenjatakan senapang dan sebagainya. Siapa yang salah sebenarnya?

Di samping itu, semalam juga didedahkan kronologi dan cerita sebenar yang sangat menarik untuk dikongsikan. Secara ringkasnya, teroris Israel telah memulakan serangan dengan menembak peluru getah ke arah kapal dan juga ada antara tembakan tersebut telah mengena para aktivis yang berada di atas dek. Sebelum itu, para aktivis telah diingatkan oleh pihak penganjur supaya JANGAN MEMBUNUH dalam apa jua keadaan dan perkara ini telah difahami oleh semua.

Selepas kejadian tembak-menembak peluru getah itu, muncul pula sebuah helikopter Israel dan cuba menurunkan beberapa orang teroris ke atas dek. Para teroris tersebut telah 'disambut' oleh beberapa orang aktivis yang telah dengan pantas menarik para teroris dan telah bertindak merampas senapang mereka dan dibuang. Boleh sahaja jika para aktivis menggunakan senapang tersebut untuk menembak tetapi apa yang dibuat ialah senapang tersebut dibuang. Kemudian para teroris yang ditawan telah diikat dan semua kelengkapan ketenteraannya telah dibuang bagi mengelak perkara yang tidak diingini.

Sementara itu, helikopter pertama tadi telah hilang sejurus selepas mereka disuluh oleh lampu spotlight yang dihalakan oleh para aktivis. Teroris TAKUT dan menyangka bahawa mereka akan diserang. Setelah itu, muncul pula helikopter kedua dan lantas melepaskan tembakan rambang dari atas helikopter yang telah membunuh 9 orang aktivis sebelum menurunkan beberapa lagi teroris Israel. Peristiwa inilah yang telah menyebabkan para aktivis bertindak spontan memukul para teroris yang turun dengan batang-batang besi hanya semata-mata untuk mempertahankan diri. Bendera putih juga dikibarkan tetapi tembakan tetap diteruskan. Untuk pengetahuan, tembakan yang dilepaskan tadi juga telah terkena seorang teroris Israel dan betapa mulianya hati para aktivis apabila dia telah diberikan rawatan oleh seorang doktor dari Malaysia!

Setelah itu, kerana bimbang berlakunya lebih banyak kematian, kapten kapal Mavi Marmara telah mengarahkan semua aktivis untuk menyerah diri, duduk, membaca Al-Quran, dan berdoa. Arahan ini telah dipatuhi oleh semua aktivis. Setelah menyerah diri semua aktivis telah diperlakukan dengan kejam. Mereka telah diikat dan semua barang elektronik mereka telah dirampas. Kemudian banyak lagi perbuatan kejam terhadap mereka telah dilakukan oleh teroris Israel sehinggalah mereka dipenjarakan dan akhirnya dibebaskan setelah pihak Israel mendapat ancaman daripada Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan yang mengugut akan memulakan serangan terhadap Israel jika para tahanan diapa-apakan. Betapa pengecutnya pihak teroris Israel ini.

Sekian sahaja. Ikuti video di bawah ini pula untuk mengetahui perkara sebenar dengan lebih lanjut!





Beristiqamahlah kita dalam menyokong perjuangan orang Islam Palestin dan saya menyeru kepada semua agar kita sama-sama berazam untuk membantu mereka tidak kira dalam apa jua keadaan mengikut kemampuan kita sehinggalah kita mencapai syahid. Insya-Allah


YA ALLAH HANCURKANLAH REJIM ZIONIS. YA ALLAH BANTULAH UMAT ISLAM DAN PARA MUJAHIDIN DI IRAQ, AFGHANISTAN, PALESTIN DAN SELURUH DUNIA.

Sabtu, 5 Jun 2010

Majalah Al-Imtiyaz Keluaran Ke-7

Alhamdulillah, di sebalik kesibukan menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun, majalah Al-Imtiyaz keluaran ke-7 edisi bulan Mei telah berjaya diterbitkan. Sebanyak 100 naskhah telah berjaya dijual dan ini jelas menunjukkan majalah BADAR ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada para pelajar SBPISB. Walaubagaimanapun, pihak editor akan terus meningkatkan lagi mutu majalah ini dari semasa ke semasa. Kepada para pembaca, terima kasih dan teruskanlah sokongan anda.