"FACEBOOK ciptaan Yahudi, BOIKOT! Jangan pakai, HARAM!"
Itulah antara kata-kata kenalan-kenalan aku semasa berita mengenai pencipta FACEBOOK, Mark Zuckerberg seorang Yahudi tersebar dengan meluas satu masa dahulu.
Maka aku pada masa itu yang masih tidak mempunyai akaun FACEBOOK dan masih tidak pernah merasai keseronokan dan nikmat FACEBOOK turut bersikap anti-FB. Kebetulan juga pada masa itu, MILLATFACEBOOK baru dicipta, maka aku pun tidak mahu ketinggalan dalam dunia siber membuka akaun MILLATFACEBOOK, sebuah laman sosial 'parody' FACEBOOK tetapi dicipta oleh sekumpulan pakar IT Pakistan kerana marah dengan "Kempen Melukis Muka Nabi" di FACEBOOK.
Tetapi agak bosan maklumlah tak ramai orang dan seorang budak sekolah aku pun tak ada. Maka kesunyianlah aku dekat MILLATFACEBOOK. Keseorangan..Sepi..Takde orang komen..
Akhirnya, pada satu hari ditakdirkan Allah aku terjumpa satu artikel oleh Ustaz Zaharuddin. Katanya adalah HARUS menggunakannya dengan huraian yang panjang lebar. BACA SINI.
Maka aku pun apa lagi, terus serta-merta membuka akaun FACEBOOK dan sehingga sekarang merupakan pengguna aktif laman ini.
Baru-baru ini aku dengar pula satu ceramah oleh seorang ustaz di kolej aku yang mengatakan sesungguhnya seorang ulama besar hadis dahulu pernah menyimpulkan hadis-hadis yang dia hafal berjumlah 700,000 hadis kepada dua kesimpulan sahaja:
- Sesungguhnya Islam datang dengan tujuan MENARIK semua kebaikan kepada manusia.
- Dan Islam datang dengan tujuan untuk MENOLAK segala keburukan daripada manusia.
Maksudnya selagi sesuatu perkara di dunia ini, ia memberi kebaikan kepada kita, manusia, maka gunalah ia. Tidak kiralah ia dicipta Yahudi, Kristian, Atheist atau selainnya.
Jadi semakin yakinlah aku dengan hukum menggunakan FACEBOOK ini.
Berbalik kepada tajuk 'post' aku, Revolusi Timur Tengah Berkat FACEBOOK.
Kisah benar di sebalik tajuk 'post' aku nih:
Revolusi Mesir yang berlaku sehingga tergoleknya diktator, Hosni Mubarak berpunca daripada pembunuhan seorang pemuda, Khaled Said. Merupakan seorang penuntut IT di Amerika Syarikat, beliau ditangkap oleh dua orang polis Mesir di sebuah 'cybercafe' di Mesir. Sebabnya adalah Khaled menyimpan satu pita rakaman yang menunjukkan polis sedang 'berurusan' dengan penyeludup dadah.
Takutlah polis Mesir kalau pita ini didedahkan kepda umum, maka beliau pun ditangkap. Khaled yang tidak puas hati dengan tangkapannya cuba untuk melepaskan diri daripada cengkaman dua polis tadi. Setelah itu apa lagi..dibantainya Khaled di situ juga sehingga mati bahkan dah mati pun terus dipukul dalam keadaan tangan beliau digari di belakang. Kepalanya dihentak di merata tempat sambil disaksikan oleh orang ramai. Akhirnya beliau disahkan meninggal di tempat kejadian.
gambarnya sebelum dan selepas dipukul polis
Pihak polis yang menyedari ketelanjuran mereka akhirnya mengeluarkan satu 'statement' penuh dusta. Mereka mendakwa Khaled mati disebabkan menelan ganja berlebihan dan beliau ditahan kerana disyaki memiliki senjata api. Siap dengan pengesahan dari Unit Forensik dan hospital lagi untuk mengesahkan sebab kematian beliau yang didakwa menelan ganja itu.
Biasalah kerajaan..kuasa di tangan mereka, semua boleh dibuat.
Namun berita sebenar tetap tersebar kerana peristiwa tadi turut disaksikan oleh orang awam. Merekalah yang telah menyebarkan berita sebenar dan turut mendedahkan gambar Khaled setelah dibelasah teruk.
Berita ini turut sampai kepada Wael Ghonim, pemuda berumur 30 tahun, anak kelahiran Mesir. Merupakan seorang Eksekutif Pemasaran Google Kawasan Timur Tengah dan tinggal di Dubai. Beliau marah dan geram dengan berita yang didengarnya itu lalu membuka satu akaun FACEBOOK dengan nama profil 'My name is Khaled Said'.
Malangnya akaunnya ditutup oleh FACEBOOK tanpa sebab dan beliau membuka akaun baru dengan nama profil 'We are all Khaled Said'. Akaun ini kekal aktif hinggala kini dan akaun inilah yang telah mengumpul kekuatan pemuda Mesir untuk mengadakan revolusi.
Laman 'We are all Khaled Said' ini memaparkan gambar-gambar tragis Khaled Said dan berjaya mengumpul ratusan ribu ahli. Akhirnya beliau meminta cuti daripada Google untuk pulang ke Mesir atas alasan masalah peribadi.
Detik permulaan rancangan revolusi di Mesir bermula apabila revolusi Tunisia dicetuskan oleh seorang pemuda, Muhammad Bouazizi. Maka Wael Ghonim pun mengajak seluruh rakyat Mesir keluar berdemonstrasi pada 25 Januari 2011 melalui laman FACEBOOKnya. Maka pada tarikh tersebut keluarlah beramai-ramai rakyat Mesir di jalanan mendesak Hosni Mubarak meletakkan jawatan.
Muhammad Bouazizi
Pada 27 Januari 2011 pula beliau dilaporkan hilang dan didapati telah ditahan polis Mesir. Namun setelah 11 hari ditahan, beliau dibebaskan atas desakan parti pembangkang dan badan-badan bukan kerajaan. Pada hari yang sama, beliau dipanggil oleh sebuah stesen televisyen, Dream TV dan dalam rancangan televisyen tersebut, beliau memuji para demonstran dan menyebut nama-nama mereka yang gugur syahid dalam demonstrasi yang berlaku sambil menunjukkan gambar-gambar mereka.
Kemudian beliau bangun sambil diekori oleh kamera, beliau mengatakan yang pujian haruslah diberikan kepada para demostran dan menggelarkan rejim Mubarak sebagai sampah. Mengaku taat setia kepada Mesir dan dalam siaran lansung itu beliau berkata yang beliau tidak akan kembali ke Amerika Syarikat, tanah air isterinya tetapi sanggup mati di Mesir mengembalikan hak rakyat Mesir.
Akhirnya, mengambil peluang dirinya bersiaran lansung di depan TV beliau berkata, "saya ingin meminta maaf kepada ibubapa yang telah kehilangan anak dalam protes ini tetapi demi Tuhan, semuanya bukan salah kami tetapi salah mereka yang tidak mahu melepaskan kuasa."
Kemudian beliau kembali menyertai para demonstran di jalanan dan pada 9 Februari beliau berucap di hadapan para demonstran dengan berkata, "ini bukanlah masa untuk individu, parti-parti mahu pun gerakan-gerakan tetapi inilah masanya untuk kita semua berhimpun dalam satu nada dan suara yang sama: demi Mesir segalanya."
Dan pada 12 Februari 2011 Hosni Mubarak meletakkan jawatan bersamaan dengan tarikh syahidnya Imam Hassan Al-Banna, 12 Februari 1949. Adakah ini kebetulan?? Wallahu A'lam
Di Palestin pun sama, demonstrasi yang sedang berlaku sekarang, mendesak pimpinan Fatah dan Hamas bergabung turut digerakkan melalui FACEBOOK.
p/s: Eksekutif Google tu...PROFESIONAL ISLAM. Ni yang kita nak!! Patutlah ada ura-ura FACEBOOK nak tutup, Yahudi takut rupanya..
http://arhamerican.blogspot.com
Terima kasih!!
BalasPadamya, tengs utk info sebegini...
BalasPadam"telah datang yang hak dan lenyaplah yang batil".