dalam tak sedar,rupa-rupanya hanya tinggal lebih kurang enam jumaat saja lagi bagi calon SPM 2011 bersedia untuk menantikan tarikh keramat-14 NOV 2011..
maka,di kesempatan ini,saya,selaku wakil bagi pihak kepimpinan BADAR 2010/2011 ingin memohon doa restu dan sejuta kemaafan daripada anda semua..
kepada guru-guru,ustaz ustazah..ampun maaf dipinta andai ada salah dan silap ,mohon agar ilmu yang diajarkan selama ini diberkati dan direstui..
kepada rakan-rakan,ampun maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki,andai ada timbul persengketaan selama perkenalan kita ini..
jadi,khas buat calon-calon SPM 2011,diharapkan agar sentiasa memohon doa kepada ALLAH dan tidak berputus harap dengan janji ALLAH..ingatlah,sesungguhnya ALLAH pasti akan menunaikan permintaan kita..
semoga kejayaan mendampingi kita semua..
ALL STRAIGHT A+!!
amiinn
Tiada ulasan:
Catat Ulasan