Rabu, 11 Julai 2012

JALINAN UKHUWAH

Assalamualaikumwarahmatullah....
Salam sejahtera buat semua pengunjung blog ini.... Semoga semua pengunjung blog ini berada dalam keadaan sihat sejahtera di bawah lindungan Allah s.w.t
Pada kesempatan kali ini, penulis akan berkongsi  aktiviti yang telah dijalankan oleh ahli BADAR yang diadakan di Sekolah Menengah Sains Banting (BASIS). Program ini dijalankan selama tiga hari bermula pada hari Jumaat dan berakhir pada hari Ahad, bertarikh 6 - 8 April 2012.
Program ini dijalankan untuk membimbing ahli BADAR Basis. Ketibaan Ahli BADAR Intesaber disambut meriah oleh para pelajar Basis.

para peserta bergambar bersama fasilitator



Pada malam tersebut, para peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk memudahkan aktiviti seterusnya. Pada malam tersebut juga diadakan sesi berkenalan oleh para peserta dengan para fasilitator. Program pada malam ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh syukbah Tamrin yang diketuai oleh saudara Ikram Syahmi. Pada malam ini juga, peserta telah diperdengarkan lagu tema untuk program ini. Lagu tema yang dipilih ialah "Satu Tekad".  Program pada malam ini berakhir tepat pada jam 12 malam.

kepimpinan Basis



7 April 2012

Hari ini merupakan hari kedua penulis dan rakan - rakan berada di Basis. Program pada hari ini dimulakan dengan mengerjakan qiamullail yang Dimamkan oleh Ustaz Anuar Sarbani. Alhamdulillah, ramai pelajar yang turun untuk mengerjakan qiamullail bersama. Setelah itu, aktiviti kami diteruskan dengan solat subuh serta mendengar sedikit kuliah subuh yang disampaikan oleh saudara Ikram Syahmi. Setelah itu, para pelajar menikmati sarapan pagi dan bergegas untuk aktiviti senamrobik. Aktiviti ini dikendalikan oleh saudara Afif dan saudara Aiman Haziq.

 

Program diteruskan lagi dengan memperkenalakan dengan lebih terperinci peranan dan fungsi sertiap syukbah kepada semua peserta. Program ini telah dijayakan oleh semua ketua bagi setiap syukbah. Setelah itu, sesi perbincangan dalam kumpulan telah dijalankan bagi membincangkan fungsi setiap syukbah dengan lebih terperinci.




Pada setelah petang, explorace telah dijalankan untuk melihat kerjasama di antara anli kumpulan. terdapat 6 checkpoint yang telah oleh setiap syukbah. Setiap syukbah telah menjalankan aktivit yang telah dirancang bersama. Pada petang ini juga bebeapa orang Fasilitator tiba bersama dua orang guru pengiring. Ketibaan mereka telah disambut oleh semua fasilitator.


Pada sebelah malam, Forum tekah dijalankan di surau. program ini melibatkan semua pelajar Basis yang beragama Islam. Program ini telah dipengerusikan oleh saudara Afif, manakala saudara, Faris Muhsin, Shazwan, Izzuddin Dan Ikram menjadi ahli panel. Setelah itu, para peserta dijamukan dengan sedikit juadah yang disediakan oleh fasilitator. Program pada hari ini berakhir pada jam 12 malam.



8 April 2012

Hari ini merupakan hari terakhir kami berada di sini. Seperti biasa, program dimulakan dengan qiamullail. Qiamullail telah diketuai oleh saudara Faris Muhsin. Seterusnya diikuti dengan solat subuh serta kuliah subuh. Program dilanjutkan lagi dengan sesi LDK. Setelah itu, pebentagan dijalankan. Setelah itu, zikir wandah dialaunan untuk menaikkan semangat para peserta untuk berjuang menegakkan agama Allah.


Seterusnya, program ini telah sampai ke penghujung. Majlis penutpan telah dijalankan di dalam surau dan dirasmikan oleh Tuan Pengetua Sekolah Menengah Sains Banting.



Akhir sekali, penulis ingin mengucapkan Jutaan terima kasih kepada semua guru, ahli BADAR, para peserta serta tidak dilupakan juga buat saudara Zafri yang banyak membantu sepanjang kami berada disana.

sekian untuk kali ini..
semoga bertemu lagi..
Assalamualaikum..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan