Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Alhamdulillah, setinggi kesyukuran kita panjatkan kerana Allah masih bagi kita peluang untuk bertemu dengan Ramadhan kali ini. Tapi adakah Ramadhan kali ini kita dapat melaluinya dengan baik? Ataupun hanya menahan lapar dan dahaga tanpa mendapat apa2? Fikir2kanlah. Malaikat telah berdoa bahawa CELAKA bagi mereka yang melalui Ramadhan tetapi dosanya masih tidak diampunkan dan doa ini telah diaminkan oleh Rasulullah. tapi kalau kita fikir, memang patut pun orang sebegini digelar celaka kerana Ramadhan adalah bulan yang paling mulia, bulan pengampunan dosa, Allah nak ampunkan dosa dia, tapi dia tak nak dosanya diampunkan. sangat rugi.
Selalunya bila tiba bulan Ramadhan, ceramah2 atau di dalam media massa atau di mana2, selalu kita dengar tentang kelebihan berpuasa, bersahur, amalan sunat ketika Ramadhan dan sebagainya. tapi kita lupa tentang perkara yang menyebabkan puasa kita kosong dan hanya mendapat lapar dan dahaga saja. kita tak nak la macam tu sebabnya rugi sangat2. seharian kita tahan tapi tak ada apa2 balasan dan ganjaran.
disini ana nak share sikit tentang perkara yang menyebabkan pahala puasa kita dikurangkan.
yang pertama ialah pandangan. iaitu dengan MATA. zaman skarang ni besar sangat cabarannya. kat mana2 ada "rezeki". kat sini ada, kat situ pon ada. lagi2 zaman sains dan teknologi masa ini. Mata ni anugerah Allah yang tak ternilai. Tadi ana pergi ke Pudu Sentral nak bli tiket nak balik Sabak Bernam. dalam perjalanan, ana terjumpa seorang pakcik pengemis kat tepi jalan. pakcik tu ada berkata sesuatu tapi ana tidak berapa paham apa yang diperkatakannya. ana rasa dia mungkin meminta tolong orang ramai supaya barangnya yang terjatuh dapat diambil semula. Kenapa dia tidak ambil sendiri? kenapa nak suruh orang lain ambilkan? ha..sebabnya pakcik ini adalah seorang yang buta. tidak ada mata. macamana rasanya kalau tak dapat melihat?? gelap je setiap hari....tak dapat tengok tv, main game, buka facebook dan juga tak dapat melihat muka sendiri. Cuba kita bayangkan bagaimana kalau kita yang merasai perkara itu...susah nak bayangkan. kita yang dah ada mata ni kita guna untuk perkara2 yang lagho seperti nonton tv dan facebook dan sebagainya. senang2 je dapat dosa. tengok profile pic orangdan tadi juga ana pergi singgah Plaza Low Yatt jap nak hantar laptop yang demam, kat dalam tu sangat dahsyat cabarannya. terbuka sana sini. pandang sana ada, depan mata pon ada. sekali tak apa. tapi ni dah berapa kali tengok. tak perlu ana cakap apa bendanya. rasanya semua sudah paham dengan situasi sebegini. susah betul. Jadinya, mata ni kena la jaga dengan baik. banyakkan lihat dan baca Al-Quran dan lihat muka ibu bapa kita atau isteri atau suami kita(kalau dah ada la) supaya bertambah pahala puasa dan terhindar daripada dosa yang akan mengurankan pahala puasa kita.
kedua, anggota badan yang menyumbang kepada pengurangan dosa ialah mulut. dalam mulut ada lidah. dengan adanya lidah dan mulut,kita boleh berkata2.. cuba kita fikir...harini kita gunakannya untuk apa?memang la makan..selain tu? harini dah berapa banyak perkataan yang telah kita keluarkan. Sedar tak sedar, perkara yang kita keluarkan mengurangkan pahala puasa kita. kadang2 kita sembang dengan rakan kita.sembang apa?? "bila kita nak mati??", "kiamat dah dekat, banyakkan bertaubat", "jom pergi surau!"....macam tu ke?? betul ke ni?? Alhamdulillah kalau kita sembang perkara begini. tapi amat jarang berlaku. walaupun dalam bulan Ramadhan. cuba la banyakkan membaca Al-Quran dan bahan ilmiah....dan kalau tak nak juga, lebih baik diam. InsyaAllah jauh dari dosa seterusnya meningkatkan pahala puasa kita InsyaAllah.
Ana rasa cukup setakat ini saja, 2 anggota badan ni kalau kita jaga betul2, InsyaAllah pahala puasa sentiasa meningkat.ana harap tulisan ana yang tak berapa panjang ni dapat memberi manfaat kepada pembaca dan juga kepada semua umat Islam...disini ana nak memohon beriburibu ampun dan maaf seandainya tulisan ana terdapat salah dan silap..ana juga seorang manusia yang selalu melakukan ksilapan...kalau ada teguran atau sebagainya, dipersilakan....
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
RAMADHAN KAREEM!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan