Khamis, 16 Ogos 2012

Tinta Kemaafan



                                                                                                                             

Asslamualaikum w.r.b.k.t.h.
Salam ukhuwah,salam intelektual,salam penguat kekuatan,justeru,menjadi pencetus anjakan paradigma mu'min.Pertama-tamanya,penulis dengan rasa rendah dirinya menyusun sepuluh jari memohon sejuta kemaafan dan keampunan kepada semua pembaca dan pengunjung yang acapkali mengikuti perkembangan blog ini.Penulis sudah sedaya upaya mencari ruangan-ruangan kekosongan waktu untuk memahat kalimah dan bait-bait aksara ke dalam ruangan post ini.Namun, kesibukan dengan hal duniawi bukanlah alasan yang layak diberi kerana penulis rasa tidak wajar sekiranya alasan sibuk dengan hal peribadi langsung tidak boleh diguna pakai kerana sesungguhnya Allah telah mengurniakan 24 jam sehari,namun kebiasaannya manusia tidak memanfaatkannya dengan sebaik mungkin.Penulis teringat akan hadis Rasulullah SAW berkenaan dengan dengan masa yang mana baginda bersabda "Dua nikmat yang sering dilupakan oleh seluruh umat manusia iaitu nikmat kesihatan dan nikmat masa lapang”.Jelas sekali, penulis gagal menggunakan masa yang telah Allah kurniakan dengan sebaik-baiknya.Insya-Allah,penulis telah berazam dan bertekad untuk cuba mengisi ruangan-ruangan kekosongan di blog ini.Sekali lagi,penulis memohon maaf kepada semua pengunjung yang dirahmati Allah.

# mohonuntukterusmembangunbersamaislam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan