Sabtu, 8 September 2012

Berkat Doa Ibu

Sekadar berkongsi sedikit kisah yang boleh dijadikan teladan untuk kita semua :)


Gambar: http://stockproject1.deviantart.com/art/Baby-Hand-14918338-195960593

Ada sebuah kisah yang diceritakan oleh al-Hafiz al-Dzahabi dalam Siyar A'lam al-Nubala. Kisah itu berkenaan riwayat hidup Imam Sulaim bin Ayub al-Razi. Beliau seorang ulama besar mazhab al-Syafi'i di Kota Ray. Ketika berusia 10 tahun, Sulaim al-Razi belajar al-Quran daripada seorang guru. Apabila disuruh membaca al-Fatihah, beliau banyak melakukan kesalahan. Meskipun berkali-kali mencuba, beliau tetap tidak dapat membaca dengan betul. Gurunya lalu bertanya: "Ibumu masih hidup?". Sulaim berkata: "Ya". Gurunya berkata lagi: "Minta ibumu berdoa agar kamu dipermudahkan membaca al-Quran dan semua ilmu". Sulaim pulang ke rumah dan melakukan seperti yang diperintahkan gurunya. Beberapa tahun selepas itu , Sulaim al-Razi terkenal sebagai seorang ulama besar. Bahkan, kebesaran namanya masih hidup sehingga ke hari ini.

Sumber : Gen-Q Isu no.11



Selasa, 4 September 2012

Frequently Asked Questions


        When I came back for summer holiday, one of the questions asked to me about United Kingdom is “It is easy to find food there?” Neither about my study nor about my university (had I understood that my university has its Malaysian campus, making it less glamour than other UK universities).

Apart from halal food, we in UK are blessed with strong vegetarian society. Thus they help in enforcing the food industry to carefully follow the regulation, before the V-label awarded to their food products.  But, I’m interested to answer such question by referring to Muslim community here. As most of us are perceived as immigrants (although there are significant increase of British Muslim), we are connected by brotherhood under tawhid.
Not V for Vendetta!

I remembered my first week settling down there. I’m touched to meet my Muslim brothers from various backgrounds gathered during Friday prayer. I had chance to talk to a few Bruneian brothers, before the khutbah started. Needless to say on the quality gap of the khutbah content there compared to us. You may argue for the difference of waqi’, but we must learn from others to improve our quality. 

There is Islamic Society (ISoc), sort of BADAR in the sense of our school. The difference between BADAR and ISoc is, ISoc is catering the welfare of Muslim community among the university’s staffs and students. They are also engaging with other societies as well by organizing Charity’s Week and Discover Islam Week. 

Remember, your activism is not ended at the school…

P/S: To be continued ^_^

Sabtu, 18 Ogos 2012

3 Perkara Yang Perlu DiService



Assalamualaikum w.b.t.
 Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi syukur kita rafa'kan kehadrat Ilahi kerana masih lagi membenarkan kita menghirup udaraNya dan masih memberikan kita nikmat yang cukup banyak.Selalunya orang yang tidak mahu bersyukur atas nikmat yang kecil dan sedikit nescaya dia tidak akan mampu bersyukur atas nikmat yang lebih besar.Ingatlah wahai pembaca yang dirahmati Allah sekalian,penulis ingin membangkitkan satu persoalan yang mana adakah kita tahu bilakah dead line kita?Adakah kita tahu akan nasib kita pada hari yang mendatang?Oleh itu,jangan kita terlalu yakin bahawa kita akan hidup pada keesokan harinya mahupun pada hari muka.Setiap satu langkah kita adalah langkah menuju kematian!

 InsyaAllah untuk edisi pada kali ini,penulis ingin menghuraikan 3 perkara yang perlu umat Islam service di dalam bulan Ramadhan Al mubarak ini.Meskipun hari ini merupakan saat-saat terakhir ramadhan akan bersama dengan kita bak kata orang ' asri as-sakaral ' ,tak mengapa.Mungkin pembaca boleh menganggap ini sekadar perkongsian sahaja sebab kalau ilmu yang kita miliki  kita pendam lama-lama,tak berguna juga kerana kita tak mampu memberikan manfaat kepada orang lain .Hanya mampu jadi perkasam sahaja di benak fikiran.
    Baiklah,perkara pertama yang kita perlu service ialah Akidah (Pegangan).Di dalam bulan ramadhan ini,sebagai hamba yang sentiasa mengharapkan belas ehsan Ilahi,sewajarnya kita mempertingkat kepercayaan kita 100% terhadap Allah s.w.t. kerana Dialah yang telah menghidupkan kita dan Dialah jua Tuhan yang telah memberikan nikmat yang cuku- cukup banyak kepada hamba-hamba Nya.Sebagai contoh,ada seorang mamat ini bernama Mat.Dia hendak makan maggi ketika insan lain sedang berpuasa secara senyap-senyap di bawah katil.Tapi,dia tak mampu untuk melakukannya kerana dia tahu sekiranya perbuatannya diketahui orang,dia mungkin akan dicemuh dan dicaci.Dan Mat juga tahu bahawa Allah sedang memerhatikan perilakunya.Dari situ kita tahu bahawa hanya iman yang mampu menghalang seseorang itu daripada terus melakukan dosa dan maksiat.Dan kita tak boleh menafikan yang kita tak ada sensitiviti terhadap dosa kerana setiap insan yang dicipta akan ada naluri kehambaan kepada Penciptanya.Oleh itu,bulan Ramadhan merupakan bulan yang amat sesuai untuk kita mempertingkatkan akidah kita kepada Allah s.w.t. ynag mana ulama' kata sekiranya ditambah sepuluh hari lagi setelah bulan Ramadhan,nescaya InsyaAllah kita akan konsistan dengan amal ibadat yang kita lakukan dalam bulan barakah ini untuk dilakukan di bulan-bulan yang lain.

Perkara yang kita perlu service yang kedua ialah Ibadah.Bulan ramadhan merupakan medium yang paling tepat untuk kita memperbaiki amal ibadah kita serta memperbanyakkan ibadah sunat kerana pahala ibadah sunat yang dilakukan dalam bulan Ramadhan menyamai pahala ibadah wajib di bulan selain bulan Ramadhan.Melihat kepada situasi pada hari ini, solat sunat tarawih sudah menjadi adat kepada masyarakat Melayu khususnya.Kerana apa penulis mengatakan sedemikian? Sebagai contoh,ada seorang pak cik yang kita kenal.Kita tahu yang dia sangat-sangat jarang untuk hadir solat berjemaah di masjid kerana apabila ditanya "Kenapa pak cik tak tunaikan solat berjemaah dan mendengar kuliah maghrib di masjid?"Dengan tak tahu malunya dia memberikan alasan  " Pak cik letih la ,nak.Baru balik dari office ni. Esok-esok je la ea pak cik pergi. " Last-last,apabila bulan Ramadhan tiba, tetibe sahaja menjelma pak cik itu.Kita pula kehairanan.Geli hati pun ada juga kerana baju Melayu dan kain pelikat yang dipakai menggambarkan dia jarang-jarang solat berjemaah di masjid.Dan apabila ditanya kenapa dia tetibe sahaja hadir ke masjid,dia memberikan alasan "Malulah pak cik tak pergi solat tarawih.Nikan bulan Ramadhan." Malu ? Malu kepada siapa? Hanya kerana takut dikata oleh orang ramai atau dileteri oleh isteri kerana tidak solat tarawih? Inilah realitii masyrakat kita kini yang telah menjadikan ibadah itu sebagai suatu adat atau tradisi turun-temurun.Kadang-kadang kita sendiri dapat melihat tetibe je saf dalam masjid penuh tak macam sebelum hadirnya bulan Ramadhan.Kadang-kadang situasi sebegini membuatkan penulis berfikir sejenak.Dari mana datangnya  manusia-manusia ini? Macam semut yang baru keluar dari sarangnya.Berlambak-lambak.Tapi tak mengapa,penulis hanya mampu mendoakan situasi seindah ini akan sama di dalam bulan-bulan yang lain.

Dan yang terakhir ialah Akhlak.Akhlak merupakan asas ketamadunan.Oleh itu,ramadhan menjadi madrasah untuk membentuk akhlak dan peradaban yang unggul.Oleh itu,rebutlah peluang keemasan ini untuk mengumpul sebanyak-banyak pahala di dalam bulan barakah ini meskipun ramadhan berbaki sehari sahaja lagi.Esok Umat Islam di Malaysia akan menyambut kemenangan yang hakiki setelah sebulan menempuh dan melawan kerebah nafsu dan menahan lapar dan dahaga.Syabas dan tahniah penulis ucapkan kepada rakan-rakan pembaca yang berjaya melakarkan kemenangan yang hakiki untuk diri sendiri.

 Sebagai penutup tirai lembaran perkongsian pada kali ini,penulis mewakili BADAR Intesaber menyusun sepuluh jari memohon sejuta kemaafan sekiranya kami telah melakukan salah dan silap sepanjang kita bersama.Takabbalallahuminna Waminkum.Selamat Menyambut Aidil Fitri kepada seluruh Umat Islam khususnya warga Intesaber yang penulis kasihi.Semoga ikatan kita terus terjalin erat.


#mohonuntukterusmembangunbersamaislam