Isnin, 16 Februari 2009

Dah La,Jangan Bergaduh Lagi!

Alhamdulillah,akhi Syahiran sekali lagi dapat berkongsi artikel beliau(klik ke blog beliau). Artikel ini juga pernah tersiar di sini.Hmm...pelajar/bekas pelajar Intersaber di mana?Mudah sahaja,emelkan sumbangan anda melalui emel @ klik pada butang HUBUNGI KAMI untuk menghantar kiriman anda.Sumbangan anda didahului dengan ucapan...

Jazakumullahu khairan Kathira!!!


Semenjak zaman baginda Nabi Adam A.S lagi manusia sering bertelingkah dan berpuak-puak sampaikan berpecah-belah hinggalah ke zaman nabi junjungan besar Rasulullah SAW. Pada zaman yang dipanggil Jahiliah itu masyarakat pada masa itu berpuak-puak dan saling membanggakan keturunan masing-masing.

Hinggalah datangnya Islam setelah dilantik baginda sebagai Rasullullah ( Utusan Allah) sebagai penyampai kebenaran dari sudut pegangan, kepercayaan serta dalam kehidupan. Baginda bukan membawa tawaran wang, bukan jawatan dan bukan sebagai manusia ajaib yang bolah memberi nikmat kepada manusia selain Allah sahaja. Tetapi baginda membawa satu pegangan untuk semua manusia di dunia ini yang dipanggil AL-ISLAM.

Alllah SWT menurunkan Islam sebagai panduan kepada manusia kepada baginda untuk menyatukan mereka, menjadikan Islam sebagai garis panduan untuk melakukan apa sahaja dalam kehidupan ,memberi pengertian tentang nilai-nilai sebenar manusia dan yang paling penting sekali merupakan pegangan atau kepercayaan kita kepada tuhan yang sebenar bukan dalam kalangaan makhluk. Firman Allah

Sesungguhnya Agama yang diterima di sisi Allah ialah ISLAM!

Selepas pemergian bagindaa SAW, umat Islam bagaikan hilang tempat untuk bertanya dan semangat untuk memperjuangkan agama. Pada masa itulah sahabat-sahabat baginda menggunakan segala ilmu yang telah dipelajari sepanjang berada di samping baginda. Lalu bersepakat untuk melantik khalifah atau ketua lalu wujudlah Khulafa' Ar-rasyidin iaitu yang dimulakan dengan Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Othman dan seterusnya Saidina Ali.

Pada zaman inilah timbulnya pelbagai masalah walaupun ada yang pernah berlaku semasa baginda masih ada seperti golongan murtad yang kembali kepada kepercayaan asal, golongan yang percaya kepada Quran sahaja daan meninggalkan Assunnah, Ijma' serta Qias dan juga golongan Syiah yang timbul selepas pembunuhan Saidina Ali.

Daripada sinilah umat Islam semakin hari semakin rapuh kerana masing-masing mengikut pandangan masing-masing dan saling tidak mengalah tidak kurang juga yang berani mengkafirkan antara satu sama lain. Kesan daripada itu orang kafir yang dilaknat Allah semakin bersatu hinggakan dapat menawan Negara Islam lalu memecahkan kepada beberapa negara sebagai mana yang kita lihat sekarang selepas berlakunya perang dua kedua.

Ada usaha daripada beberapa Negara Islam untuk mengembalikan sistem khalifah tetapi malangnya setelah negara dijajah fikiran umat Islam juga dijajah kerana masing-masing berebut untuk ingin menjadi Khalifah hasil daripada itulah seluruh Negara Arab mengambil sikap

Sepakat Untuk Tidak Sepakat Antara Satu Sama Lain

Hinggalah yang kita lihat sekarang, ada Negara Islam ditimpa bencana tetapi Negara Bukan Islam yang sibuk membantu walaupun ada sebahagian NGO daripada Negara Islam juga turut membantu. Ada Negara Islam terang-terang diserang , walaupan hanya berjiran tetapi hanya membuka mata, mendekatkan telinga tetapi tiada tindakan.

Wahai saudara-saudaraku yang berAqidahkan Allah dan berpandukan AlQuran dan As-Sunnah serta berpegang dengan Islam, ayuh kita bersatu kerana kita sudah semakin ditindas oleh musuh yang membalas dendam selepas kekalahan mereka dalam peperangan oleh saudara kita yang terdahulu.

Ayuh kita semarakkan kembali semangat perjuangan Islam dengan menyerang kembali mereka dengan senjata-senjata mereka sendiri. Lupakanlah sengketa lama serahkan segala-galanya kepada Allah Tuhan yang kita sembah. Marilah sama-sama kita memperkasakan kembali ukuwwah kita dan bersama-sama memulihkan kembali Aqidah serta akhlak saudara-saudara kita yang sudah lama terleka dibuai oleh musuh-musuh Islam. Takbirrrr!!!!!

Wassalam

Rujukan:Ustaz Abu Zaki,Kitab Sirah Nabawi SMU,Kitab Aqidah Islamiah,Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang,Dato' Md. Daud Faruqi.
nota:Mungkin inilah artikel penutup buat ulasan kami mengenai kekalutan Yang-Tak-Perlu-Diungkit-Lagi.Berfikirlah,banyak lagi lapangan untuk menjamin kemandirian(istilah sains untuk survivalumat yang perlu diambil berat.Jangan asyik bermain siasah,kelak makanan haram pun belasah(tiadanya pengeluar makanan halal lagi....)

NAUZUBILLAHI MIN ZALIK!

Sabtu, 14 Februari 2009

Tanpamu...sempena Valentine

Oh,hari ini dah 14 Februari rupanya(klik mengenai sejarah 14 Februari)!Artikel kali ini tidak akan 'berkhutbah' mengenai halal-haram hari Valentine dan couple,kata orang Sudah terang lagi bersuluh'.Maka lebih baik merujuk para ustaz,apa pula kata ustaz Zaharuddin?

Indahnya C.I.N.T.A
Cinta itu wujud secara fitrah dalam diri yang bergelar insan.Sering kali kita bertanya,APA ITU CINTA?(jadi bahan perbincangan forum pula tu)

Cinta ialah fitrah,cinta mempertautkan insan sesama insan.Menyemai benih kasih sesama makhluk.

Cinta ialah hakikat,cinta yang mendekatkan makhluk pada Khaliq.Terbit rasa takut(khauf) dan harap(raja') pada rahmat,maghfirah dan reda-Nya.

Kerna cinta kita khusyuk ibadah pada-Nya...
Menunaikan cinta pada jalan yang haq(macam sahabat saya ni),menjadi ibadah pada-Nya.

nota:ada lagi satu lagu yang mempunyai mesej yang sama dengan lagu di atas...

Tanpa cinta-Mu aku resah
Tanpa kasih-Mu aku hampa
Tanpa diri-Mu aku mati....
Siapakah kita tanpa ALLAH

Rabu, 11 Februari 2009

Yang Terlupakan...

Di kala orang sibuk bicara siasah(malas nak sebut dah...POLITIK),rupanya ada bicara yang kita terlupakan...BICARA AQIDAH!Fenomena ini sebenarnya sudah agak lama melanda masyarakat kita,terutamanya golongan pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara.Kita pernah digemparkan dengan Black Metal,datang pula gelombang Jangan Ikut Tuhan dan kini berputik semula fenomena Syaitanisme(Apa Kata WikiPedia?).

Menurut kajian yang bertajuk Elemen Satanisme Dalam Trend Kepenggunaan Media Dalam Kalangan Belia Islam (dipetik dari Berita Minggu 25/1/2009)yang diketua Prof. Madya Dr. Che Zarrina Sa'ari,pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya,membabitkan 682 pelajar ISLAM majoriti pelajar dalam lingkungan13-30 dan mempunyai pendidikan agama setakat sekolah menengah biasa.HASIL KAJIANNYA...
  • Ramai menganggap pembabitan dalam satanisme sebagai suka-suka,tanpa menyedari ia memesongkan aqidah dan membawa kepada syirik!
  • Memegang prinsip 'nak jadi apa pun boleh asalkan tak kacau orang lain'
  • Peminat fanatik filem-filem seram,khususnya dari Asia(ops silap dari MALAYSIA)
  • Minat lagu Black Metal yang berunsur kebencian,kematian(tang ni macam gotik pun ada) dan kekuasaan syaitan.
  • Ada lagu tempatan turut menjadikan syaitan dan hantu sebagai elemen utama.
  • Suka menggayakan pakaian dan aksesori berunsurkan satanisme seperti gambar tengkorak,hantu,syaitan dan iblis.
Wahai ibu bapa,pandanglah wajah anak-anakmu ini dengan kasih sayang!Kami perlukan perhatianmu dalam membentuk garis kehidupan kami.Pada hemat penulis,fenomena seperti ini tercetus dek pemberontakan dalam senyap anak-anak.Jangan setakat dilihat kami pada straight A1,walau meja Pendidikan Islam tak pernah jadi pilihan tatkala Hari Interaksi Waris.Jangan silap dalam menanggapi konsep ibu bapa sebagai kawan kepada anak-anak,kerana anak-anak masih perlu pada father/mother figure(iaitu PERHATIAN & KETEGASAN).Jangan sewenang-wenangnya menyalahkan cikgu-cikgu,apatahlagi kawan- kawan kepada anak kita(sebab kita tak pernah ambil tahu anak kita berkawan dengan siapa).Apa pula kata mantan mufti Perlis?

AKHLAQ Yang Terlupakan...

Mungkin ada banyak faktor yang menyumbang ke arah gejala satanisme,blog ini dan empunya diri punya kekangan untuk menghurai segalanya.Namun inilah bicara yang kita sering lupakan.BICARA AKHLAQ!Saya ingin memetik kata-kata seorang...
Ada satu perkara yang perlu dipelajari sebelum menuntut ilmu,iaitu ADAB.Tetapi sekarang kita belajar terlebih dahulu sebelum belajar adab.Hasilnya,pelajar yang TAK BERADAB!

Aduh...terpaksa menyentuh bahagian yang paling tak digemari sejak 5 Februari(Tun Dr. Mahathir kata...'DAH LAMA DAH') ialah POLITIK.Agaknya inilah hasil menjunjung isme-isme ciptaan Zionis,antaranya demokrasi.Maka jadilah taksub berlebih-lebihan,prasangka yang tak berkesudahan,belum lagi politik Machiavelli yang tercatat dalam buku teks Sejarah Ting.5 (tidak merujuk mana-mana pihak ya...).Perkara pertama yang kita semua tinggalkan ialah AKHLAQ,tengok sahajalah apa yang berlaku di Bukit Chandan,hingga dipersoalkan oleh seorang Cina,"Inikah sikap orang Islam,selepas bersolat Jumaat pergi berdemonstrasi."

Mana hilangnya akhlaq mahmudah tika menghadapi perbezaan/salah faham?Adakah pemimpin B.N/pemimpin P.R zalim setaraf FIRAUN atau NAMRUD?Adakah para pengkritik(yang sanggup menggunakan kata-kata yang kurang manis terhadap pihak-pihak tadi)suci lagi baik setaraf MUSA A.S?Sedang Nabi Musa diperintah Allah agar berbudi bahasa ketika berdakwah kepada FIRAUN yang terkenal zalim,maka siapa diri kita ini untuk melampaui batas perintah ALLAH kepada Nabi Musa tadi?(terima kasih pada komen tanpa nama di artikel ini).Maka tidak hairanlah muda-mudi sekarang ini dengan pantas menuturkan kata-kata kesat...
P*%^M#$
C*&#@ and the lists goes on...

Jika meter kelajuan mencerminkan kepantasan sesebuah kenderaan,ingatlah bahawa meter KEIMANAN pula menentukan AKHLAQ seseorang(apa kata Saifulislam?).Sebagai khatimah, hayatilah lagu Doa Yang Terlupakan dari kumpulan Ungu( tajuk lagu ini mirip tajuk artikel ini, cuma tanpa kata 'doa' ^_^)

nota-nota penting:
  1. Bila Dato' Siti ke,Meet Uncle Hussain ke,nak buat album berunsur nasihat macam Ungu setiap Ramadan?
  2. Terlebih dahulu memohon maaf jika menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

Isnin, 9 Februari 2009

Gerhana Bulan Penumbra

Pada 9 Feb nanti, Bulan akan melintasi bayang-bayang penumbra Bumi dan menghasilkan fenomena Gerhana Bulan Penumbra. Bayang-bayang Bumi mempunyai 2 bahagian, iaitu umbra (bahagian paling gelap) dan penumbra (bahagian kurang gelap dan berada di sekeliling umbra).

Walaupun ia gerhana penumbra, namun Bulan akan melalui agak hampir dengan kawasan umbra. Kita akan dapat lihat Bulan kelihatan sompek sedikit di satu satu sisinya.

Bulan mula memasuki bayang-bayang penumbra pada jam 8:38:46 pm Waktu Malaysia. Kemuncak gerhana akan berlaku pada jam 10:38:15 PM Waktu Malaysia dan tamat pada jam 12:37:40 PM Waktu Malaysia.

Disebabkan kesan bayang-bayang penumbra hampir mustahil untuk dilihat dengan mata kasar, kita hanya dapat melihat kesannya apabila Bulan menghampiri kawasan umbra di antara jam 10:00 PM hingga 11:20 PM Waktu Malaysia.

Perkiraan ini adalah ramalan sahaja.Ia juga bergantung kepada keadaan cuaca setempat.

Klik di sini untuk peta laluan gerhana.


Jadi, marilah sama-sama kita mengerjakan solat sunat gerhana bulan di surau-surau atau masjid-masjid yang berdekatan(di samping 'gerhana politik' negara ^_^)~

Ahad, 8 Februari 2009

Kejernihan dalam Firman Tuhan


Maaf saya hulurkan kerana blog ini beroperasi secara tidak langsung dari bumi Darul Ridzuan (dekat dengan sempadan Perak-Selangor), maka penulisnya sememangnya terdedah pada konflik yang berlaku di sini.Seperti yang tertulis pada tajuk kali ini,inilah pendapat yang penulis pegang petikan dari Surah Ali Imran ayat 26 & 27(ala yang selalu kita baca al-Mathurat tu...):
Katakanlah:Ya Tuhan yang memiliki segala kekuasaan,Engkau berikan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki,dan Engkau cabut kekuasaan daripada sesiapa yang Engkau kehendaki.Dan Engkau muliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan sesiapa yang Engkau kehendaki.Di tangan Engkaulah segala kebaikan.Sesungguhnya Engkau di atas setiap sesuatu ialah Yang Maha Kuasa.(26)Engkau masukkan malam kepada siang dan Engkau masukkan siang kepada malam,dan Engkau keluarkan yang hidup daripada yang mati,dan Engkau keluarkan yang mati daripada yang hidup.Dan Engkau memberi rezeki siapa yang Engkau kehendaki dengan tidak berkira.(27)

Di sini juga saya perturunkan sebahagian tafsiran Allahyarham HAMKA dalam Tafsir Al-Azhar (sila buat rujukan lengkap sendiri)
"...Al-mulku atau kekuasaan,baik secara kerajaan dunia(baca:POLITIK) atau kerajaan kerajaan Nubuwwah(tambahan penulis:kenabian/dalam bentuk kerohanian) diberikan Allah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.Kekuasaan duniawi(baca sekali lagi: POLITIK)bisa diberi dan dicabut.Tetapi kekuasaan Nubuwwah yang diberikan kepada Anbiya' dan Mursalin(para Nabi dan Rasul),tidak pernah dicabut.Bahkan setelah mereka wafat,kekuasaan rohani yang mereka tingggalkan tetap berjalan.Dan Tuhan bisa memuliakan seseorang,walaupun dia bukan raja atau kepala negara."

Walaupun teman oghang Perak,teman tak nak komen banyak.Kepada sahabat teman yang masih menuntut di SBPI Sabak Bernam tu,ingat pesan Tuan Haji Rizuan Bin Atan,Guru Cemerlang Bahasa Melayu kita,belajar KOMSAS kena baca teks asal(antologi B.M Tingkatan 5 tajuknya KERUSI...).Kepada sahabat teman yang seorang(pemimpin di sekolah juga),B.E.B.A.S pada fikiranku bermaksud...
BErfikir,BErtindak(dan macam-macam BEr... lagi) Berdasarkan Al-Quran & Sunnah

nota:patutlah Sifu&Tonga dapat kumpul RM2.2 juta,rakyat tertekan tengok gelagat pemimpin agaknya...
"lawak bodoh ni pun tak membodohkan kita,"getus hati rakyat marhein...

Selasa, 3 Februari 2009

Malam Itu Dia Menangis

Dalam hening bulan purnama
membuatkan dia menangis
teringat buku amalan
yang tak sempat dikemas kini
diimbang antara
akaun soleh dan noda

Malam itu dia menangis
sujudnya pada sejadah usang itu
bisa dibilang jari
walau beribu botol wain telah diteguknya
bahkan jadi koleksi
menhgira tunggakan zakatnya
tak dilunasi
meski jutaan ringgit hartanya
hasil rasuah dan riba

Malam itu dia menangis
menyesal terlambat baginya
tatkala nyawa di
tenggorokan.

nota:hasil karya yang tak seberapa,Muhammad Fakhruddin Bin Hj Safian dalam Dewan Siswa Februari 2009