Kenali Kami


Latar Belakang

Badan Dakwah & Rohani (BADAR) SBPI Sabak Bernam (dahulu dikenali sebagai Unit Bina Insan) telah wujud sejak daripada sekolah ini beroperasi pada tahun 2002. Badan ini diselia oleh Unit Hal Ehwal Murid, Al-Fadhil Ustaz Haji Mohd. Anuar B. Sarbani telah ditaklif sebagai guru penasihat BADAR,selain dibantu oleh asatizah wal ustazaat yang berwibawa.

Matlamat utama penubuhan BADAR iaitu untuk menggapai misi SBPI Sabak Bernam, iaitu:

melahirkan pelajar Muslim Bestari lagi bertaqwa yang bersahsiah unggul serta cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum serta mewujudkan iklim diini serta sekolah berimej sendiri

Tersirat di sebalik moto 'Ilmu,Iman,Istiqamah' yang telah digagaskan oleh pengetua pertama SBPI Sabak Bernam, Pn. Hjh. Nahyah Bt. Atok yang kini bertugas di Kementerian Pelajaran Malaysia. Insya-Allah BADAR SBPI Sabak Bernam akan terus berusaha untuk mendukung cita-cita murni tersebut.


Objektif Badan Dakwah & Rohani (BADAR) INTESABER

  1. Melengkapkan dan menyempurnakan keilmuan dalam diri pelajar bagi mempersiapkan diri ke arah Pelajar Muttaqin.
  2. Membimbing pelajar dalam meletakkan syariat sebagai garis panduan dalam kehidupan dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
  3. Mewujudkan penghayatan pelajar dalam ilmu-ilmu fardu kifayah bagi melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan.
  4. Melahirkan semangat berkerjasama di kalangan pelajar dan merapatkan hubungan silaturrahim warga sekolah dengan penduduk kariah sekitar.
  5. Mendedahkan kepada pelajar berkenaan keilmuan Islam, masalah-masalah hukum dan ilmu-ilmu kefarduan.

Guru Penasihat BADAR

Pengerusi
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Setiausaha
Encik Mohd. Anuar bin Sarbani

Penolong Setiausaha
Encik Abdul Wahid bin Abdul Ghani

Ahli Jawatankuasa
Encik Saipol Bahri bin Mahpoz
Encik Kamal bin Mamat
Encik Zaki bin Amat Kamari
En Fadzlan bin Fadzil
Puan Siti Zainab binti Ahmad
Puan Maziah binti Mohd
Encik Mohd Faizal bin Mohd Tahir