Isnin, 27 Oktober 2008

Sang Murabbi...

Sebelum ini saya ada mengkritik sebuah filem...sekarang tiada lagi Tan Sri P. Ramlee yang melakonkan filem Semerah Padi yang sarat dengan mesej...tak seperti Remp-it yang menonjolkan dajal rempit yang sengaja mengundang Malaikat Izrail...atau Gubra yang menampilkan adegan yang nyata mengelirukan yang boleh dikatakan menghina Islam.

Bukan saya mengagung-agungkan karya seberang tetapi betapa karyawan seberang bijak menggunakan medium hiburan,baik filem atau lagu sebagai medium dakwah.Contoh mudah,kumpulan Ungu yang mengeluarkan lagu berunsur nasihat seperti Andai Ku Tahu dan Dengan Nafasmu,wajarkah radio di Malaysia menyekat lagu-lagu sebegini?Dari aspek perfileman mereka telah menghasilkan filem Sang Murabbi,satu filem biografi tokoh ulama di san iaitu Ustaz Rahmat Abdullah.

Fikir-fikirlah karyawan kita,tiada lagi santapan minda untuk rakyat Malaysia yang lebih 'sihat' daripada cinta,cinta dan cinta sebelum nikah!
P/S:Krew blog BADAR mengucapkan selamat pergi dan selamat kembali kepada Ustaz Ahmadi dan Tuan Rizuan yang telah terpilih menjadi tetamu Allah.Mereka akan berangkat ke Tanah Suci Makkah tidak lama lagi.

Sabtu, 25 Oktober 2008

Bahasa Kita:Permata atau Kaca?


Syawal diam-diam beransur pergi,dan kebanyakan kita yang sudah melengkapkan puasa enam masing-masing.Kalau mengikut perkiraan,mungkin Syawallah yang menyaksikan perkataan ini melepasi tangga 'box office'
Saya minta maaf,dari hujung rambut ke hujung kaki(ubah suai jadi dari fibula sampai cranium),lahir dan batin...

I'm sorry...

Keluputanku sing akeh-akeh,lohir batin jalok dingopuro...
Tetapi dalam harmoni Syawal ini,dihiasi ucapan-ucapan kudus itu,tiba-tiba telinga saya berdesing.Pedih. Kesal pabila ada lagi insan yang melontarkan kata-kata kesat,lucah dan mencarut,lancar umpama zikir yang selalu dialunkan...
B#b*

P%k*#$%

P*#%^t
Kadang kala saya terfikir,tiada lagikah perkataan yang lebih sopan dalam mengekspresi perasaan kita?Atau tak dapat menahan kemarahan yang memuncak?Marilah kita mengubah diri,dari menambah akaun dosa dengan ucapan sebegitu,dengan memperbayakkan ZIKRULLAH dan bawalah banyak bersabar,khasnya yang seliparnya selalu diambil orang :(....
nota:Jangan tiru bahasa iklan filem tu,walau ditayang pada Aidilfitri dah mencarut...(orang kita dan filem kita hmmm......)







Jumaat, 24 Oktober 2008

Seperti Yang Dijanjikan...

Kalau hari itu akhi Irfan mengumumkan di Surau As-Syakirin yang tercinta bahawa tayangan video malam itu boleh didapati di blog ini,maka inilah yang kami bawakan untuk anda...

Untukmu Hawa...


Wahai Adam-Adam Sekalian...


Dan ingatan kita semua...

Renung-renungkan dan selamat beramal(terutamanya waktu cuti Deepavali!)
nota:pada sesiapa yang nak muat turun/tengok episod lain boleh tengok di Youtube dengan tag 'shaytan'.



Jumaat, 3 Oktober 2008

Aidilfitri...

Terima kasih kepada sahabat saya akhi Syazwan yang menulis entri Khutbah Raya.Sebelum kata meneruskan bicara,eloklah kita fahami maksud Aidilfitri...

Aid membawa maksud perayaan atau sambutan,manakala fitri merujuk kepada fitrah, sesuatu yang baik yang semula jadi ada dalam diri manusia.Apa yang kita fahami selama ini ialah Aidilfitri sebagai tanda kemenangan kita menempuhi Ramadan.

Adakah cukup sekadar ucapan Selamat Hari Raya,ketupat,lemang,rendang dan kuih raya?Tak lupa juga duit raya?

Sebulan Ramadan mengajar kita kenal diri.Bayangkan,kita disuruh menjauhi dari makan, minum,perkara-perkara yang membatalkan serta perkara yang mencacatkan puasa.Kenal diri mengawal nafsu(mujahadahatun nafs)!Kenal diri dengan merapatkan diri pada ALLAH (taqarrub) dengan nikmatnya ibadah puasa,terawih di samping kefarduan lain, yang digandakan pahala oleh ALLAH.Tetapi bukan setakat keIMANan yang perlu dipupuk atau kesahihan IBADAH yang perlu dihasilkan,apakah AKHLAK MAHMUDAH telah menjati diri?

Innama bu'istu liutammima makrimal akhlaq
Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak(Hadis Nabi)

Mengawal nafsu itu kewajipan,ibadah itu fardu,mengapa ia perlu diraikan?

Analoginya mudah,menuntut ilmu itu wajib,mengapa pula kita perlu ke sekolah?Kerana sekolah ialah tempat/medium/bi'ah yang sesuai untuk menuntut ilmu.Bukan hanya perlu beribadah dalam Ramadan sahaja,tetapi barakah Ramadan itulah yang sesuai untuk memupuk elemen SALIMUL AQIDAH(aqidah yang sejahtera),SAHIHUL IBADAH(ibadah yang betul) dan MATINUL KHULUQ(keutuhan akhlak).Pelajar cemerlang di sekolah akan dirai dalam hari anugerah kecemerlangan,begitu juga muslim yang cemerlang dalam madrasah RAMADAN dikurniakan AIDILFITRI sebagai ijazah.

Tanyalah diri kita,adakah Aidilfitri yang tiba menjadikan diri kita MUSLIM YANG LEBIH CEMERLANG?Janganlah cemari semangat fitrah Syawal ini dengan maksiat,isilah ia dengan memberi dan memaafi(bak kata iklan Uda Holding) .Bacalah ini , ini , itu dan ini sekali lagi untuk memahami lebih lanjut semangat Syawal yang tulen.


Ingat iklan TV3,'baru habis puasa,jangan tambah dosa!'





Laporan Bulan September!!

Inilah dia laporan bulan September Badan Dakwah dan Rohani Saberz. Ana letak dalam bentuk laporan yang ana hantar kepada Badan Disiplin Saberz jelah ya! Kalau ada yang berminat hendak mengetahui mengenai program2 yg dijalankan, bolehlah bertanya/komen di bah. ulasan...

Laporan aktiviti :

  • Mengeluarkan risalah sempena kedatangan Ramadan.
  • Mengadakan kuiz pagi berkaitan dengan bulan Ramadan.
  • Mengadakan solat sunat terawih selepas solat Isyak sebanyak 8 rakaat.
  • Menganjurkan beberapa pertandingan seperti:
    • pertandingan busana muslim dan muslimah
    • pertandingan nasyid antara permata (muslimin)
    • pertandingan nasyid antara rumah (muslimah)
    • pertandingan menganyam ketupat
    • pertandingan membuat kad raya
    • pertandingan hafazan
    • cabaran al-Quran
  • Mengadakan kuliah tujuh minit (kultum) di surau selepas solat sunat terawih dan witir.
  • Menjalankan kutipan derma untuk anak-anak yatim dengan meletakkan tabung-tabung derma di tempat yang strategik.
  • Program tadarus mengikut ahli dorm selepas solat Asar dan Maghrib.
  • Menganjurkan program khatam al-Quran pada 25 September 2008.
  • Gotong-royong menyediakan makanan sesama ahli BADAR untuk warga sekolah pada hari program khatam al-quran.
  • Menganjurkan tayangan filem "Children of Heaven", sebuah filem Iran di surau as-Syakirin.
  • Mengadakan qiamullail pada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan.


Khamis, 2 Oktober 2008

Khutbah Raya

Fuiyoh....


Dasyat betul khutbah hari raya semalam di kampung ana. Khatibnya bagus betul. Kata-katanya lancar dan hampir-hampir baku. Terkejut ana sebab setahu ana, kawasan kampung ana ni kawasan orang banjar. Ramai yang cakap banjar kat sini. Pekat-pekat lak tu. Tu yang ana terkejut bila dengar khatibnya cakap macam melayu kuala lumpur tu. Pergh. Lagi satu, khatibnya boleh cakap istilah-istilah dasyat (kalau di kampung la kot) pulak tu. Contohnya seperti orientalis, liberalisasi dan lain-lain.


Isi khutbahnya pun menarik. Pelbagai-bagai perkara dikupas dengan baik dan penuh bersemangat oleh khatib tu. Tapi yang menariknya semasa kat hujung-hujung khutbah tu, khatibnya ada cakap macam ni kot.


"... Malaysia dan negara-negara OIC yang lain akan menubuhkan satu sekretariat bagi membincangkan satu ...(ana x ingat...) fahaman agama Islam yang sebenar. Kita berharap agar sekretariat ini akan berjaya ditubuhkan satu hari nanti. Kita juga berharap agar sekretariat ini akan membincangkan satu fahaman Islam yang syumul dan bukannya seperti Islam Hadhari yang diamalkan kerajaan kita sekarang ini..."


Alamak... berbaur politik la pulak. Hehehe. Rupa-rupanya, lepas habis sembahyang raya tu, ana dengar bapa ana ckp, orang yang baca khutbah tu pesuruhjaya pas perak. Ceh, padanlah! Tapi apa-apa pun, ana betul-betul respect dengan khatib tu sebab khutbahnya memang menarik (dia x baca dari buku, tapi dia baca teks sendiri kot. Sebab khutbah kedua sahaja dia bukak buku khutbah tu). Hehe. Bukan ana nak puji orang pas tapi, kita ingatlah bahawa seorang khatib yang baik akan dapat menyampaikan nasihat dengan betul dan ..... menarik?!


Sekarang ni agak susah nak cari seorang khatib yang baik. sebab apa? sebabnya kalau kita perasanlah (perasan ke?), dewasa ini kalau semasa khutbah jumaat tu, ramai sangat jemaah 'tertidur'. kadang-kadang ana sendiri pun tertidur juga. Aduh!!! Kalau kita tengok sesetengah riwayat, ada mengatakan semasa zaman Rasulullah dahulu, kalau baginda berkhutbah, ada ketikanya para sahabat akan tersenyum, terkejut (ana betul2 x ingat ada ke perasaan ni!) dan kadang2 mengalirkan air mata! Itulah kehebatan Rasulullah s.a.w.. Tapi kalau kita tengok zaman sekarang ni, khatibnya macammana?! hehehe... renung-renungkanlah....