Ahad, 8 Februari 2009

Kejernihan dalam Firman Tuhan


Maaf saya hulurkan kerana blog ini beroperasi secara tidak langsung dari bumi Darul Ridzuan (dekat dengan sempadan Perak-Selangor), maka penulisnya sememangnya terdedah pada konflik yang berlaku di sini.Seperti yang tertulis pada tajuk kali ini,inilah pendapat yang penulis pegang petikan dari Surah Ali Imran ayat 26 & 27(ala yang selalu kita baca al-Mathurat tu...):
Katakanlah:Ya Tuhan yang memiliki segala kekuasaan,Engkau berikan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki,dan Engkau cabut kekuasaan daripada sesiapa yang Engkau kehendaki.Dan Engkau muliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan sesiapa yang Engkau kehendaki.Di tangan Engkaulah segala kebaikan.Sesungguhnya Engkau di atas setiap sesuatu ialah Yang Maha Kuasa.(26)Engkau masukkan malam kepada siang dan Engkau masukkan siang kepada malam,dan Engkau keluarkan yang hidup daripada yang mati,dan Engkau keluarkan yang mati daripada yang hidup.Dan Engkau memberi rezeki siapa yang Engkau kehendaki dengan tidak berkira.(27)

Di sini juga saya perturunkan sebahagian tafsiran Allahyarham HAMKA dalam Tafsir Al-Azhar (sila buat rujukan lengkap sendiri)
"...Al-mulku atau kekuasaan,baik secara kerajaan dunia(baca:POLITIK) atau kerajaan kerajaan Nubuwwah(tambahan penulis:kenabian/dalam bentuk kerohanian) diberikan Allah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.Kekuasaan duniawi(baca sekali lagi: POLITIK)bisa diberi dan dicabut.Tetapi kekuasaan Nubuwwah yang diberikan kepada Anbiya' dan Mursalin(para Nabi dan Rasul),tidak pernah dicabut.Bahkan setelah mereka wafat,kekuasaan rohani yang mereka tingggalkan tetap berjalan.Dan Tuhan bisa memuliakan seseorang,walaupun dia bukan raja atau kepala negara."

Walaupun teman oghang Perak,teman tak nak komen banyak.Kepada sahabat teman yang masih menuntut di SBPI Sabak Bernam tu,ingat pesan Tuan Haji Rizuan Bin Atan,Guru Cemerlang Bahasa Melayu kita,belajar KOMSAS kena baca teks asal(antologi B.M Tingkatan 5 tajuknya KERUSI...).Kepada sahabat teman yang seorang(pemimpin di sekolah juga),B.E.B.A.S pada fikiranku bermaksud...
BErfikir,BErtindak(dan macam-macam BEr... lagi) Berdasarkan Al-Quran & Sunnah

nota:patutlah Sifu&Tonga dapat kumpul RM2.2 juta,rakyat tertekan tengok gelagat pemimpin agaknya...
"lawak bodoh ni pun tak membodohkan kita,"getus hati rakyat marhein...

3 ulasan:

  1. manusia lebih mudah mencari keburukan orang daripada kebaikan orang,
    orang lebih suka melihat kelemahan manusia daripada kekuatan manusia,
    manusia lebih gemar berkata kekejian orang daripada bercakap keindahan orang,
    orang lebih senang memahami kejahilan manusia daripada mengenang kepandaian manusia.....

    BalasPadam
  2. itulah sebabnya Islam dah secara teorinya mengajar psychology pada umatnya.. sentiasa bersangka baik a.k.a positive thinking always...
    tapi now sori to say ramai dah graduate p.h.d (perasaan hasad dengki) a.k.a. penyakit hati..

    Sebenarnya nak jawap sifu and tongga dapat pulangan lumayan alhamdulillah untuk mereka sebab rakyat firstly dah pandai tahu menonton filem2 hasil tempatan dan memboikot produksi2 Laknatullah seperti 'Universal Studio' & hollywood which is the creation of Laknatullah.Sedar2lah rakyat Malaysia, takder apa yang nak dibanggakan bila meniru mereka ini.

    nota-rasa geram tgk ada Muslim yang masih boleh minum kat Starbuck, gosok gigi dgn Colgate dan minum air Coke!

    BalasPadam
  3. ops.. luper lagi satu geram tgk orang Islam yang isap rokok.. especially yg macam baru balik dari masjid/surau

    BalasPadam