Memaparkan catatan dengan label Quran Sunnah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Quran Sunnah. Papar semua catatan

Ahad, 8 Februari 2009

Kejernihan dalam Firman Tuhan


Maaf saya hulurkan kerana blog ini beroperasi secara tidak langsung dari bumi Darul Ridzuan (dekat dengan sempadan Perak-Selangor), maka penulisnya sememangnya terdedah pada konflik yang berlaku di sini.Seperti yang tertulis pada tajuk kali ini,inilah pendapat yang penulis pegang petikan dari Surah Ali Imran ayat 26 & 27(ala yang selalu kita baca al-Mathurat tu...):
Katakanlah:Ya Tuhan yang memiliki segala kekuasaan,Engkau berikan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki,dan Engkau cabut kekuasaan daripada sesiapa yang Engkau kehendaki.Dan Engkau muliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan sesiapa yang Engkau kehendaki.Di tangan Engkaulah segala kebaikan.Sesungguhnya Engkau di atas setiap sesuatu ialah Yang Maha Kuasa.(26)Engkau masukkan malam kepada siang dan Engkau masukkan siang kepada malam,dan Engkau keluarkan yang hidup daripada yang mati,dan Engkau keluarkan yang mati daripada yang hidup.Dan Engkau memberi rezeki siapa yang Engkau kehendaki dengan tidak berkira.(27)

Di sini juga saya perturunkan sebahagian tafsiran Allahyarham HAMKA dalam Tafsir Al-Azhar (sila buat rujukan lengkap sendiri)
"...Al-mulku atau kekuasaan,baik secara kerajaan dunia(baca:POLITIK) atau kerajaan kerajaan Nubuwwah(tambahan penulis:kenabian/dalam bentuk kerohanian) diberikan Allah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.Kekuasaan duniawi(baca sekali lagi: POLITIK)bisa diberi dan dicabut.Tetapi kekuasaan Nubuwwah yang diberikan kepada Anbiya' dan Mursalin(para Nabi dan Rasul),tidak pernah dicabut.Bahkan setelah mereka wafat,kekuasaan rohani yang mereka tingggalkan tetap berjalan.Dan Tuhan bisa memuliakan seseorang,walaupun dia bukan raja atau kepala negara."

Walaupun teman oghang Perak,teman tak nak komen banyak.Kepada sahabat teman yang masih menuntut di SBPI Sabak Bernam tu,ingat pesan Tuan Haji Rizuan Bin Atan,Guru Cemerlang Bahasa Melayu kita,belajar KOMSAS kena baca teks asal(antologi B.M Tingkatan 5 tajuknya KERUSI...).Kepada sahabat teman yang seorang(pemimpin di sekolah juga),B.E.B.A.S pada fikiranku bermaksud...
BErfikir,BErtindak(dan macam-macam BEr... lagi) Berdasarkan Al-Quran & Sunnah

nota:patutlah Sifu&Tonga dapat kumpul RM2.2 juta,rakyat tertekan tengok gelagat pemimpin agaknya...
"lawak bodoh ni pun tak membodohkan kita,"getus hati rakyat marhein...

Jumaat, 30 Januari 2009

Minda Katak

Kalau disebut katak,ramai yang menunjukkan ekspresi geli,ada yang berasa takut dan seribu satu macam perasaan lain(terkenang pada sahabat-sahabat yang mencari katak sampai lewat malam dek kerana eksperimen biologi esok harinya^_^).Namun,katak ini begitu terkenal dengan perumpamaan yang tak perlu diberitahu maksudnya lagi,iaitu...
Bagai katak di bawah tempurung
Ada satu kisah menarik mengenai katak.Pada suatu hari(hai jadi pencerita pula...),seorang penyelidik mengambil seekor katak dan diletakkan ke dalam air panas yang sedang menggelegak.Apa lagi,sang katak pun bertindaklah seperti mana fight or flight response(cerita Biologi lagi>.<), melompat bagi menyelamatkan diri.Si penyelidik masih tidak berputus asa,lalu menangkap katak tersebut dan diletakkan di dalam seperiuk air sejuk,yang sedang dipanaskan.
Baru betul habitat aku,'getus hati kecil sang katak(anggaplah katak ada hati)
Suhu air pun makin lama,makin meningkat.Dek kerana terlalu leka,sang katak pun bertukarlah menjadi katak rebus.Tapi disebabkan tak dicuci terlebih dahulu,katak yang malang ini pun dibuang begitu sahaja,tanpa menjadi santapan bagi penggemar sup katak...(betul ke tidak cerita ini wallahua'lam).

Kalau direnung maksud peribahasa tadi,ia menggambarkan orang yang tidak mahu mengambil tahu(baca:peduli) tentang hal ehwal semasa.Cerita katak yang melompat mengelak air panas yang menggelegak pula menggambarkan orang yang bersikap reaktif,memberi respon(yang kadang kala melulu) pada sesuatu isu.Orang boikot,dia boikot.Orang marah,dia pun marah. Apabila ditanya'Tahukah anda bila negara Israel ditubuhkan?'maka hanya segelintir sahaja yang dapat menjawab dengan betul(teringat pula pada keletah artis yang gelabah jawab soalan mengenai Rukun Negara dalam 1 rancangan T.V).Sekurang-kurangnya,ada juga kepedulian berbanding spesies 'katak di bawah tempurung' tadi.

Masuk bab kedua sang katak yang malang tadi,itu menggambarkan orang yang begitu selesa dengan keadaan kini sampailah musibah menimpa buat jiwanya tak keruan (alamak,ekonomi gawat,kena buang kerja pula).Samalah nanti apabila kita ditimbang dengan neraca agung dan diadili oleh Hakim Yang Maha Adil(ingatan jua buat diriku yang hina).

Ada satu lagi perangai katak,iaitu suka melompat ke sana-sini.Oleh sebab Allah tak kurniakan makhluk-Nya yang seekor ini aqal(yang istimewa buat manusia sebagai khalifah),maka banyaklah katak yang mati di bawah tayar-tayar kenderaan.Arakian,terbitlah simpulan bahasa 'mati katak',untuk orang yang mati secara sia-sia seperti kebanyakan dajal-dajal rempit dan juga hantu-hantu gian.Tetapi heboh juga se-Tanah Melayu,Sabah dan Sarawak mengenai orang yang suka 'melompat' ini.Secara PERIBADI(bukan mewakili BADAR SBPISB),biarlah melompat ke pakatan ke atau ke barisan ke,yang penting nawaitunya LILLAHI TAALA,bak sabda Nabi S.A.W:

“Sesungguhnya sah atau tidak sesuatu amalan itu, bergantung pada niat. Dan setiap sesuatu pekerjaan itu apa yang diniatkan. Maka sesiapa yang berhijrah semata mata taat kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya itu diterima oleh Allah dan Rasulnya. Dan sesiapa yang berhijrah kerana keuntungan dunia yang dikejarnya, atau kerana perempuan yang akan dikahwini, maka hijrahnya itu terhenti pada apa yang ia niat hijrah kepadanya”.


Kisah katak ini juga satu analogi secara tidak langsung terhadap firman Allah:


Dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia Yang mempunyai hati (Tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan Yang mempunyai mata (Tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan Yang mempunyai telinga (Tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang Yang lalai.Surah Al-A'raf:ayat 179

Walau bagaimanapun,adanya katak dapat juga mengawal populasi penyebar Denggi & Chikunguya.Merenung ke dalam diri,barulah tersedar...
Kita pun ada minda katak juga(tapi tak banyak kot...)
nota:Lebih baik betulkan BARISAN(SAF)solat jemaah,dapat juga mengukuhkan PAKATAN ummah.

Sabtu, 24 Januari 2009

Kamu, Masa & Islam

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal sholih. Dan berwasiat (nasihat-menasihati) dengan Kebenaran. Dan berwasiat (nasihat-menasihati) dengan kesabaran." (Al-3shr:1-3)


Bismillah...

Percaturan
Atas lamparan putih ini akan saya sampaikan apa yang saya rasa betul, dan apa yang saya kira bakal membantu kalian dalam penjagaan masa. Ayat di atas jelas menerangkan kepada kita akan kepentingan masa di sisi islam. Mahukan kita digelar sebagai golongan yang rugi? golongan yang tidak beroleh kejayaan? golongan yang senantiasa dibelenggu kecelakaan dan kehancuran? Sedarlah wahai manusia, kita hidup di atas bumi ini bertunjangkan akan perhubungan masa. Terus, wujud kata-kata hikmah seperti "masa itu emas" yang menekankan akan kepentingan masa bagi kita sebagai komuniti muslim yang berjalan di atas alam ciptaan Al-Khaliq.

Kehidupan kita bergantung sepenuhnya pada persoalan ini, "bagaimana cara anda menguruskan masa?". Dalam ayat di atas juga, Allah mengingatkan kita sesungguhnya kita berada dalam kerugian, kerana gagal dalam percaturan masa. Pada hari ini, ramai manusia yang leka, leka akan 'kecantikan' dunia, membuang masa dengan melepak, menganggu kehidupan orang lain, mengeluarkan kata-kata yang tidak berfaedah, menabur fitnah dan pelbagai perlakuan yang ditegah di dalam Islam. Adakah kita dalam golongan ini, golongan yang dibenci Allah, sedahlah bahawa kehidupan ini terlalu singkat!, hanya sebagai platfom persinggahan bagi kita untuk beramal dan memuji kebesaran Al-Malik. Namun, berbahagialah kepada mereka yang tahu akan kepentingan masa, tidak mensia-siakan kehidupan yang dianugerahakan kepada mereka.

Perjalanan
Dalam satu hadis Rasulullah s.a.w. memberi galakan kepada kita supaya memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin. Sabda baginda

"Manfaatkanlah lima masa sebelum datang lima masa; Masa hidup kamu sebelum datang saat mati kamu, masa sihat kamu sebelum datang masa sakit kamu, masa lapang kamu sebelum datang masa sibuk kamu, masa muda kamu sebelum datang masa tua kamu, masa kamu kaya sebelum datang masa kamu ditimpa miskin."

(Hadis riwayat Imam al-Hakim dan al-Baihaqi dari Ibnu Abbas r.a.)

Secara ringkasnya, kita ditekankan untuk menggunakan masa dengan sebaiknya sebelum kelima-lima kondusi tersebut mengetuk pintu kehidupan kita, iaitu sewaktu kita punya masa untuk diuruskan. Sepanjang perjalanan kita sebagai manusia, mula dengan kelahiran, diselangi dengan proses tumbesaran dan pematangan minda, hadirnya cinta dan dihubungkan pertalian dan ditutupi dengan kematian, kita akan sentiasa berhubung dengan masa dari saat kita dibuai manja sehingga ke pintu kematian.

Ketahuilah bahawa, kalian akan dihisabkan atas setiap detik masa yang kalian lalui semasa perjalanan kehidupan. Dalam hadis baginda: "Tidak akan berganjak dua kaki seorang hamba Allah (dari tempat hisab di padang mahsyar) sebelum ia ditanya berkenaan: Umurnya (yakni masa-masa di sepanjang umurnya); bagaimana ia habiskannya? Ilmunya; bagaimana ia amalkannya? Hartanya; dari mana ia perolehi dan cara mana ia belanjakannya? Tubuh-badannya; bagaimana ia gunakannya?

(Hadis riwayat Imam at-Tirmizi dari Abi Barzah Nadhlah ibn Abid al-Aslami)

Pengurusan masa


Allah telah berfirman, maksudnya:

"Ar-Rahman telah mengajarkan al-Quran. Telah menjadikan Insan (manusia) sebagai makhluk yang mempunyai akal fikiran. Matahari dan bulan (beredar) dengan perhitungan. Bintang-bintang dan pohon-pohon kedua-duanya bersujud (kepada Allah s.w.t). Langit (alamraya) ditinggikan-Nya, dan diadakan neraca Keadilan. Supaya kamu jangan aniaya dalam neraca timbangan. Dirikanlah timbangan dengan adil dan janganlah kamu merugikan pada timbangan. Bumi ditetapkanNya untuk makhlukNya, padanya ada buah-buahan dan pohon kurma yang mempunyai mayang (kelopak). Biji-bijian yang mempunyai daun ditangkainya dan harum-haruman. Maka nikmat Allah yang mana lagi yang hendak kamu dustakan?
(Ar-Rahman:1-13)


Kelebihan kita dari makhluk-makhluk lain adalah akal fikiran, keupayaan untuk membezakan mana yang benar dan mana yang batil, serta kepintaran dalam menyelesaikan masalah. Memandangkan kita telah dikurnaikan dengan akal fikiran, sepatutnya kita sedar akan pengaruhnya dalam Islam. Kita seharusnya menggunakan masa yang kita ada untuk beramal, mendekatkan diri dengan Allah SWT serta mengejar matlamat hidup sebagai seorang muslaim iaitu dalam mengejar kebahagian di dunia dan diakhirat serta beroleh keredhaan dari-Nya.

Untuk itu, kita perlu ambil peluang yang ada dengan menyusus stratergi penggunaan masa. Di sini akan saya ringkaskan langkah-langkah pengurusan masa yang efektif yang telah saya pelajari dari artikel 6 Tips for Better Time Management, hasil nukilan John Casey.

----------------------------------------

Sediakan sebuah diari masa
- Jujur dalam menyenaraikan semua aktiviti harian, dari waktu makan, waktu menonton tv kepada waktu tidur, catitkan semua agar proses peracangan dapat dilakukan dengan mudah

Belajar untuk berkata "Tidak!"
- Disiplinkan diri untuk menolak segala aktiviti yang bakal menganggu pengurusan masa, aktiviti yang dimaksudkan di sini ialah, aktiviti yang boleh dielak, boleh untuk tidak dilakukan. Fokuskan minda terhadap matlamat harian, matlamat yang perlu dicapai dan perlu dilaksanakan.

Sediakan senarai 'Apa yang perlu dilaksanakan'
- Dalam bab ini, izinkan saya pula berkongsi. Cara yang saya aplikasikan dalam kehidupan seharian adalah dengan menyediakan buku nota kecil. Senaraikan apa yang perlu dilakukan pada hari tersebuat pada awal pagi, dan potong apa yang telah dilaksanakan. Diri akan termotovasi dengan sendirinya apabila melihat perkara-perkara yang telah dilaksanakan dipotong dari senarai tersebut.

Biar teknologi membantumu
- Teknologi masa kini banyak membantu pengurusan masa. Jika kalian mampu, cuba dapatkan perisian penjadualan persendirian yang dapat mengurangkan permaslahan dari segi pengurusan waktu.

Perlaksanaan secara serentak
- Terdapat beberapa aktivitiyang dapat digabungkan agar masa dapat dijimatkan, seperti mendengar kepada buku melalui MP3. Namun kalian perlu bijak dalam menjalankannya, jangan pula menjawab telefon ketika sedang memandu, bakal mengundang kepada kemalangan.

Jauhi sifat 'Perfectionist'
- Tidak salah untuk menjadinya, namun harus diingatkan bahawa sikap ini juga bakal mengundang kepada kehilangan masa yang bernilai serta tekanan akibat diri yang terlalu teliti dalam setiap perkara.

Selesai sudah, namun harus diingatkan juga untuk terus menghargai setiap usaha yang telah dilaksanakan dengan membelikan hadiah kepada diri sendiri atas kejayaan dalam menghargai masa
----------------------------------------


Diharap agar apa yang telah disampaikan ini mampu mengubah persepsi kalian terhadap kepentingan masa dan terus menghargai masa yang telah Allah sediakan untuk kita agar kita beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat, insyaAllah

Wassalam

Ahad, 11 Januari 2009

Memaknakan Jihad

Sungguh saya bukan seorang yang layak membicarakan tajuk ini,cuma berkongsi perspektif sempit diri yang bergelar murid(apatah lagi tak merasa pun memegang senjata,seperti sahabat kita di P.L.K.N...).Cuma kekadang mengimbau sensasi Fitna The Movie suatu ketika dulu,teringat pada ayat 60 surah Al-Anfal:

Dan sediakanlah untuk menentang mereka(musuh yang menceroboh)segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia untuk menggerunkan mereka dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh- musuh lain daripada mereka yang kamu tidak mengetahuinya,sedang Allah mengetahuinya.Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya pada kamu,dan kamu tidak akan dianiaya.

Mungkin kita di Malaysia kurang sesuai untuk bercakap mengenai hukum pejuang berani mati, kerana kita tidak berada dalam keadaan mereka yang sedang tertindas itu.Begitu pun,kita harus memahami makna jihad,dalam berhadapan dengan asakan dari dunia Barat dan juga mereka yang pesimis terhadap Islam.Tetapi adakah jihad hanya ditandai dengan PEPERANGAN? SALAH sama sekali!Lihat kembali ayat di atas!Allah memerintahkan umat Islam supaya bersedia,ulangan BERSEDIA!Jauh sekali jika ada Geert Wildeers II yang mahu menafsirkan ayat ini sebagai PERINTAH BERPERANG.Secara analogi,tidak menjadi kesalahan bagi sesebuah negara untuk menyediakan PERUNTUKAN untuk PERTAHANAN,bukan membawa maksud untuk BERPERANG!

Kalau kita lebarkan perspektif jihad,kita juga perlu berjihad di bidang ekonomi,seperti yang disarankan oleh saudara kita ini.Hal ini membuatkan saya teringat dengan kata seorang pemimpin...
Orang Melayu(baca:ISLAM)dianggap maju apabila mampu memperoleh bekalan makanan pada musim perayaan(ini situasi Malaysia sebelum tahun 1980-an)

Apa yang penting(selain kerjasama(bak kata Wonderpets) umat),kita juga perlu berjihad di bidang sosial,yang dilumpuhkan dengan akhlaq mazmumah dan DADAH INI!Apakah kunci jihad ini?Jawabnya pada budaya IQRA'...

“Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mu’min itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat berjaga-jaga.” [al-Taubah 9: 122]
Seperti yang saya pernah perkatakan seelum ini,kita mengharap agar lahirnya Mukmin Profesional yang bakal menjadi PENGELUAR,bisa jadi Presiden syarikat perindustrian,apatah lagi dalam industri makanan HALAL setanding dengan label KOSHER(klik sini!).
Alang-alang belajar alif ba ta,a-b-c,biar jadi Profesional Islami!
Apapun,sebagai agama perdamaian(syiar-Nya tidak hanya tersebar dengan pedang!),kita simpulkan penafsiran ayat 60 tadi kepada ayat ke-61,iaitu
Dan jika mereka(pihak musuh)cenderung pada perdamaian,maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya dan bertawakkallah kepada ALLAH.Sesungguhnya Ia MAHA MENDENGAR lagi MAHA MENGETAHUI.


Khamis, 8 Januari 2009

Ceritera Muharam...

Tahukah anda(bunyi macam iklan T.V je...) bahawa Nabi Muhammad berhijrah dalam bulan Rabiul Awal,bukan dalam bulan Muharam.Mengapa Muharam dijadikan tarikh permulaan taqwim Hijrah?Berikut ialah penjelasan daripada artikel ini:
...sebelum terlupa,1 Muharam bukanlah tarikh sebenar Rasulullah berhijrah...mengapa 1 Muharam menjadi titik awalnya?Pada bulan Muharamlah Nabi S.A.W mula berniat untuk berhijrah...

Kalau sebut 10 Muharam a.k.a Hari Asyura,mesti teringat pada Bubur Asyura(oppss...) tak lupa juga pada Peristiwa Karbala,namun artikel ini tidak akan membincangkan (silap, menceriterakan..) 2 perkara tersebut....

Imbas Kembali:1400 tahun lampau(ada gaya novel tak ^_^)...
Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang­-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kanu pada hari itu banyak sekali, tetapi kanu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'.Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita nenjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".(H.R. Abu Daud)


Inilah ceritera kita pada hari ini,bukan saya cakap,bukan nenek saya yang cakap,tetapi RASULULLAH yang sudah cakap 1400 TAHUN LAMPAU!Manakala realitinya terjelma pada bulan Muharam 1430 Hijrah di bumi Gaza...Sekonyong-konyongnya kita berteriak atas hilai tawa para PEMBESAR ZIONIS,dalam bisu Pak Arab selindung serban dan higal...dalam tangis dan raung PALESTIN...(masih dirudung emosi~_~)

nota:doa 10 muharam...
SUBHAANALLAAHI MIL-AL MIIZAAN, WAMUNTAHAL 'ILMI WAMABLAGHAR RIDHAA, WAZINATAL 'ARSYI LAA MALJA-A WALAA MANJAA MINALLAAHI ILLAA ILAIIH.SUBHAANALLAAHI 'ADADASY-SYAF'I WAL WATR, WA'ADADA KALIMAATIHIT TAAMMAATI KULLIHAA. AS-ALUKAS SALAAMATA BIROHMATIKA YAA ARHAMAR RAAHIMIIN, WALAA HAWLA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAAHIL 'ALIYYIL 'AZHIIM. WAHUWA HASBII WANI'MAL WAKIIL, NI'MAL MAULAA WANI'MAN NASHIIR. WASOLLALAAHU 'ALAA NABIYYINAA MUHAMMADIN WA'ALAA AALIHI WASOHBIHII WASALLAM. WALHADULILLAAHI ROBBIL 'AALAMIIN.
Maha Suci Allah sepenuh timbangan, kemuncak ilmu dan keridhaan dan timbangan 'Arsy-Nya, tiada tempat perlindungan dan keselamatan melainkan daripada Allah. Maha Suci Allah, sebanyak bilangan genap dan ganjil dan sebanyak bilangan kalimat-kalimatNya yang sempurna. Aku mohon kepada Mu keselamatan dengan rahmat Mu wahai Tuhan Yang Maha Rahim. Tiada daya dan kekuatan melainkan mendapat pertolongan dari Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Cukuplah Allah menjadi Penolongku dan Dia lah sebaik-baik Pelindung. Limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad saw dan ke atas keluarganya serta para sahabatnya.Dan Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

Rabu, 31 Disember 2008

Mengurus Kejayaan & Kegagalan


Aiseyh,bunyi macam rancangan Motivasi Pagi je...kenapa 'mengurus' bukan 'menangani' atau 'merancang'?Klik sini untuk tahu jawapannya... kali ini bukan sekadar bicara qada' dan qadar Allah yang menjadi rukun Iman kita yang keenam,tapi merujuk pada satu ayat Al-Quran yang biasa kita dengar(apalagi kalau bukan Al-Ma'thurat...)

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.Ia mendapat pahala atas kebaikan yang diusahakannya,dan menanggung dosa atas kejahatan yang dilakukannya.(mereka berdoa dengan berkata)'Wahai Tuhan kami!Jangan Engkau mengira kami salah jika kami lupa atau kami tersalah.Wahai Tuhan kami!Jangan Engkau bebankan bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami!Janganlah Engkau pikulkan kepada apa yang tidak terdaya kami pikul.Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami,dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami,oleh itu bantulah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum- kaum yang kafir"(Al-Baqarah:286)

"Aku memang tak pandai,"keluh seorang pelajar."Dah rezeki saya tak seberapa,"kata seorang pelajar lain ketika mengambil keputusan(macam masa ambil keputusan P.M.R je...).Teringat pada 2 rangkap puisi Inggeris yang bertajuk 'If' karya Rudyard Kipling:

If you can meet with triumph and disaster
And treat those two imposters just the same...
Allah mengurniakan kejayaan pada hambanya yang layak menerimanya,yang telah berusaha... adakah kegagalan tanda kurang usaha?Kegagalan itu punya makna tersirat,iaitu
  • mengelakkan riya' beraja di hati.
  • ada rezeki yang lebih baik pada masa depan.
  • ada rezeki yang lebih baik di akhirat kelak.

Lalu,apa makna kejayaan?Kejayaan yang berharga membuatkan seseorang makin dekat dengan Rabbnya.Kejayaan yang menjauhkan diri seseorang dari mengingati Allah itulah istidraj.Marilah kita bersama menjadi insan yang bersyukur,baik pada lisan (Alhamdulillah), dalam hati(zikrullah) dan pada amalan(ibadah).Kejayaan atau kegagalan indikator iman di dada,adakah hamba-Nya syukur atau kufur.Ingat,ujian itu tanda kasih sayang Allah pada hamba-hamba-Nya...

nota:lagi berita panas di sini...siapa yang sayang Islam,mai pakat baca pasal ni ya!Maaflah ambil lagu lama...motivasi katakan.Salam Tahun Baharu Masihi 2009.



Isnin, 29 Disember 2008

Blog Hina Islam? versi 2.0

108. dan janganlah kamu cerca benda-benda Yang mereka sembah Yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas Dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu ia menerangkan kepada mereka apa Yang mereka telah lakukan.

Salam Maal Hijrah...Tahniah kepada Dato' Seri Harussani B. Zakaria(Mufti Perak) dan Dr. Wahbah Az-Zuhaily kerana menjadi penerima Anugerah Maal Hijrah 1430H.Tak lupa juga takziah kepada keluarga diraja Negeri Sembilan atas kemangkatan Almarhum Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman,dan sembah daulat tuanku kepada DYMM Tuanku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir,atas pemasyhuran sebagai Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11(raja-raja Melayu inilah ulil amri a.k.a ketua agama Islam di Malaysia).


Berbalik kepada isu kita,Islam sebagai agama perdamaian tidak pernah bersikap provokatif ke atas mana-mana agama yang lain.Memetik kata-kata Prof. Dr. Mahmud dalam menafsir ayat di atas"Islam melarang mencerca sembahan orang musyrik,apatah lagi menghina penyembahnya."Mengapa agama lain bersikap provokatif terhadap Islam?Jawapannya terletak kepada Islam yang bukan sahaja agama spiritual,bahkan cara hidup yang lengkap(ad-din as-syumul).

Sudah tiba masanya umat Islam 'berhijrah'(dah masuk tahun baharu Hijrah pun...) dengan mengamalkan cara hidup Islam yang syumul itu...bukan semata-mata pada ibadah bahkan ekonomi,cara hidup sosial,politik dan perundangan(bab hudud dengan qisas insya-Allah disentuh kemudian..belum cukup ilmu...).Anda dipersilakan komen gambar di bawah...



Khamis, 25 Disember 2008

Tafsir surah Al-Kahfi:Sejarah Zulkarnain

Orang kata,"semalam ialah sejarah dan kenangan,hari ini ialah realiti dalam tangan,dan esok satu cabaran dan harapan".Sebagai Muslim,kita dibekali ayat(bukti/tanda) maqruah(yakni Al-Quran & hadis),ayat manzurah(alam sekitar) dan ayyamullah(sejarah) yang perlu direnung untuk menjadi insan bertaqwa.Kisah Zulkarnain terungkap dalam surah Al-Kahfi(yang turut mengungkap sejarah Ashabul Kahfi) dari ayat 83 hingga 98(mungkin hanya dapat mengupas sebahagian daripada ayat-ayat ini)

83. dan mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai Zulkarnain. katakanlah: "Aku akan bacakan kepada kamu (wahyu dari Allah Yang menerangkan) sedikit tentang perihalnya"84. Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu Yang diperlukannya.85. lalu ia menurut jalan (yang menyampaikan maksudnya).

Zulkarnain(berbeza dari Alexander The Great) ialah seorang pemimpin yang Allah kurniakan kekuasaan dari timur hingga barat.Apa yang menjadikan beliau pemimpin yang hebat?Kerana beliau menakluk sambil menyebarkan agama Allah.Kehebatan kepimpinan beliau terletak pada wawasan beliau untuk berdakwah.Orang yang mampu membina wawasan yang besar lagi murni ialah salah satu ciri orang yang berjiwa besar.Siapakah yang bakal mengikuti jejak langkah Zulkarnain,selepas kegemilangan Salahuddin Al-Ayubi & Sultan Muhammad Al-Fatih?

nota:petikan dari siri tazkirah ustaz Amir di surau As-Syakirin(hujung November 2008). Nantikan siri seterusnya...

Selasa, 16 Disember 2008

Hikmah Solat 2 Rakaat


Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

"Setelah Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." Lalu Allah berfirman yang bermaksud.. "Tidak.."

Kemudian JIbrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap2 rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud..

"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi diakhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya 'Muhammad'. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa; sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud..

"Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...
" Kemudian JIbrail as meminta izin keada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud "Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud..

"Wahai JIbrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan... .." "


Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

  • Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.


Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini.
Wallahualam

Rabu, 19 November 2008

Sesiapa Yang Ingin Tahu???


Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.


Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.” Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” - (Surah Yusuf, ayat 24)


  • Ikhlas kepada Allah. Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.

  • Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.

  • Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”

  • Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.Jika anda mampu...

Istiqamah?

Firman Allah s.w.t.: “Maka tetaplah kamu pada jalan yang lurus(benar) sebagaimana telah diperintahkan kepadamu.” Surah Hud:112

Dato’ Hj Dusuki Ahmad dalam bukunya Kamus Pengetahuan Islam mencatatkan bahawa istiqamah itu ialah: “tetap hati, tekun dan terus-menerus menggiatkan usaha untuk mencapai cita-cita.” Menurut definisi ini, kita fahami bahawa individu yang mudah lemah semangat, mudah patah hati, mudah kecewa, kerja sambil lewa, tidak tetap pendirian, pemalas dan suka ponteng adalah individu yang tidak istiqamah.

Sebenarnya istiqamah itu lebih meluas pengertian, konteks dan kehendaknya dari sekadar kosisten. Sebagaimana pengertian akhlak dan etika. Akhlak itu lebih syumul, murni dan berpahala serta didorong oleh iman, manakala etika hanya sifat yang dibiasakan pada waktu dan ditempat tertentu tanpa dikaitkan dengan iman. Etika belum tentu kekal menjadi pakaian diri berbanding dengan akhlak yang telah sebati.

Istiqamah itu merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia, baik rohaniah atau jasmani, baik hablumminallah (hubungan dengan Allah) mahupun hablumminannas (hubungan dengan manusia). Istiqamah yang paling utama adalah istiqamah di dalam aqidah dan keimanan. Hati mukmin tidak akan goyah dan goyang walau diuji seberat mana sekalipun.

Imannya sama sekali tidak dicelahi penyakit syak, zdan dan waham iaitu kategori penyakit ragu-ragu dan kurang yakin. Pendek kata, mukmin itu tetap dan lurus di dalam keimanannya.

Firman Allah s.w.t.: “Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan “Tuhan kami ialah Allah” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): ‘Janganlah kamu berasa sedih, dan bergembiralah kamu dengan (memperolehi) syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu’.” Surah Fussilat:30

Ahad, 16 November 2008

Solat?!

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat kita bertemu lagi dalam cuti persekolahan kali ini. Tergeraknya hati saya untuk menulis 'benda' ini kerana saya teringat satu firman Allah S.W.T. yang berbunyi begini :

(حَتَّىٰٓ إِذَآ أَتَوۡاْ عَلَىٰ وَادِ ٱلنَّمۡلِ قَالَتۡ نَمۡلَةٌ۬ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّمۡلُ ٱدۡخُلُواْ مَسَـٰكِنَڪُمۡ لَا يَحۡطِمَنَّكُمۡ سُلَيۡمَـٰنُ وَجُنُودُهُ ۥ وَهُمۡ لَا يَشۡعُرُونَ (١٨

(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Wadi an-Naml", berkatalah seekor semut: Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari. (18) ~Surah an-Naml

Sedangkan semut pun berpesan-pesan sesama mereka, inikan pula kita, manusia, sebaik-baik makhluk ciptaan Allah.

(لَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ فِىٓ أَحۡسَنِ تَقۡوِيمٍ۬ (٤

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). (4)

Jadi, saya benar-benar berharap agar kita dapat sama-samabermuhasabah dan merenung kembali apa yang telah kita lakukan. Sebenarnya nak ckp pasal solat je, tapi camna tah.... boleh masuk macam-macam pulak psal berpesan-pesan ni. hehe. Begini..... Kadangkala, saya cukup risau dengan tabiat pelajar-pelajar SBP ni. Depa ni ada satu sikap suka untuk meng-Qada'kan tidur depa ni. Apa yg menimbulkan kerisauan saya ialah tabiat ini kadangkala merosakkan diri depa sendiri. Cuba tanya depa pasal waktu solat depa. Kadang-kadang depa bangga cakap pasal waktu solat depa.

"Alah.... aku pkul 10 baru bgn. Subuh
tu.... faham-fahamla... hahaha....."

"Asar aku standard pkul 6.30 baru sembahyang.....biasalah tu..."

...... Kalau yg sedang baca ni pelajar Intersaber, saya nak berpesanlah... Kalau kat sekolah, kita ada Ust Ahmadi, Ust Amir dan bebudak BADAR nak ingatkan kita.Tapi, yang paling mengecewakan ialah budak BADAR pun semakin cenderung ke arah itu. Janganlah kat sekolah je kita solat kat surau, tapi cuba terapkan amalan ni kat rumah plak. InsyaAllah kita akan berjaya di dunia dan akhirat.

قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ (١) ٱلَّذِينَ هُمۡ فِى صَلَاتِہِمۡ خَـٰشِعُونَ (٢

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. (1) Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. (2)~al-Mu'minuun~

Siapa lagi orang yang berjaya ni? Ni ha....

(وَٱلَّذِينَ هُمۡ عَلَىٰ صَلَوَٲتِہِمۡ يُحَافِظُونَ (٩

Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya. (9)~al-Mu'minuun~

wallahua'lam...

nota:ungkapan puitis saudara Kamil mengenai perkara ini...

Nak makan tahu cari D.M,nak solat tak tahu cari surau...

Selasa, 19 Ogos 2008

Kemerdekaan:Mencari Hakikat Maknanya...


Sebelum itu,saya ucapkan tahniah kepada bakal wira-wirawati negara(seperti jawapan dalam sms menyatakan anda terpilih ke PLKN).
Fokus kita hari ini ialah mencari makna merdeka.Merdeka dalam bahasa Arab disebut 'istiqlal'(seperti nama sebuah masjid di Indonesia).Merdeka mengikut Kamus Dewan(yang diasaskan oleh ilmuwan Indonesia juga) ialah
(merdéka) bebas (drpd penjajahan, kurungan, naungan, dll), lepas (drpd tebusan, tuntutan), berdiri sendiri, tidak bergantung pd yg lain.Pagi tadi ada satu rancangan bual bicara(nama dan alamat dirahsiakan) mengatakan generasi muda ialah generasi Starbucks.Apakah makna semua ini???
Menyebut generasi muda Malaysia sebagai
generasi Starbucks adalah salah dan amat bertentangan dengan semangat kemerdekaan yang sedang diraikan.Mungkin hal ini berbalik kepada akhlak remaja sendiri,yang sudah tiada jati diri lantas menumpang imej Barat tanpa berfikir panjang.Hal ini disebabkan budaya hedonisme yang menyerap ke dalam minda anak muda sekarang.Mencari muzik alternatif kononnya melepaskan stres,akhirnya sesat dalam genre muzik black metal yang menyembah syaitan!
Maka,kerajaan kita yang menegakkan imej
Islam Hadari lantas merangka yang kita kenali sebagai P.L.K.N(bahkan digeruni sesetengah pihak).Berdasarkan maklum balas yang penulis pernah terima,input daripada program ini amatlah baik...tetapi ada perkara yang merosakkan pekerti terpuji yang ingin diterapkan dalam jiwa remaja kita.(bukan setakat terap macam acuan kuih raya,kena semai,baja biar tumbuh macam pokok bunga raya!)Katanya,pergaulan di sana kurang dibatasi...
Sudah tiba masanya,kerajaan menilai
kaedah pendidikan yang digunakan terhadap pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara kita,untuk membentuk generasi yang punya rasa 'hubbul watan minal iman'.Sila lihat entri ini

. 'Barangsiapa yang menghendaki kemuliaan, Maka bagi Allah-lah kemuliaan itu semuanya'
Surah Fatir :ayat 10

Ahad, 1 Jun 2008

Beringat Enam Perkara....

Telah bersabda Rasulullah saw, yang bermaksud: "Enam perkara yang dipandang asing di enam tempat", iaitu : -

  1. Masjid adalah asing di kalangan orang-orang yang tidak sembahyang di dalamnya.
  2. Al-Quran adalah asing di rumah orang-orang yang tidak mahu membacanya.
  3. Al-Quran juga adalah asing di dalam hati orang-orang yang fasik (iaitu orang-orang yang tidak mahu mengamalkan isinya).
  4. Seorang muslimah yang soleh dipandang asing di sisi lelaki yang zalim, yang buruk perangainya.
  5. Lelaki muslim yang soleh adalah asing di samping perempuan yang hina, yang buruk akhlaknya.
  6. Dan... orang alim adalah asing dikalangan kaum yang tidak mahu mendengar nasihatnya.

Kemudian Nabi Muhammad saw bersabda: " Sesungguhnya Allah SWT tidak akan memandang mereka di hari kiamat dengan pandangan kasihan."

*terima kasih kepada saudari Nor Alia Nor Azam