Ahad, 11 Januari 2009

Memaknakan Jihad

Sungguh saya bukan seorang yang layak membicarakan tajuk ini,cuma berkongsi perspektif sempit diri yang bergelar murid(apatah lagi tak merasa pun memegang senjata,seperti sahabat kita di P.L.K.N...).Cuma kekadang mengimbau sensasi Fitna The Movie suatu ketika dulu,teringat pada ayat 60 surah Al-Anfal:

Dan sediakanlah untuk menentang mereka(musuh yang menceroboh)segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia untuk menggerunkan mereka dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh- musuh lain daripada mereka yang kamu tidak mengetahuinya,sedang Allah mengetahuinya.Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya pada kamu,dan kamu tidak akan dianiaya.

Mungkin kita di Malaysia kurang sesuai untuk bercakap mengenai hukum pejuang berani mati, kerana kita tidak berada dalam keadaan mereka yang sedang tertindas itu.Begitu pun,kita harus memahami makna jihad,dalam berhadapan dengan asakan dari dunia Barat dan juga mereka yang pesimis terhadap Islam.Tetapi adakah jihad hanya ditandai dengan PEPERANGAN? SALAH sama sekali!Lihat kembali ayat di atas!Allah memerintahkan umat Islam supaya bersedia,ulangan BERSEDIA!Jauh sekali jika ada Geert Wildeers II yang mahu menafsirkan ayat ini sebagai PERINTAH BERPERANG.Secara analogi,tidak menjadi kesalahan bagi sesebuah negara untuk menyediakan PERUNTUKAN untuk PERTAHANAN,bukan membawa maksud untuk BERPERANG!

Kalau kita lebarkan perspektif jihad,kita juga perlu berjihad di bidang ekonomi,seperti yang disarankan oleh saudara kita ini.Hal ini membuatkan saya teringat dengan kata seorang pemimpin...
Orang Melayu(baca:ISLAM)dianggap maju apabila mampu memperoleh bekalan makanan pada musim perayaan(ini situasi Malaysia sebelum tahun 1980-an)

Apa yang penting(selain kerjasama(bak kata Wonderpets) umat),kita juga perlu berjihad di bidang sosial,yang dilumpuhkan dengan akhlaq mazmumah dan DADAH INI!Apakah kunci jihad ini?Jawabnya pada budaya IQRA'...

“Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mu’min itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat berjaga-jaga.” [al-Taubah 9: 122]
Seperti yang saya pernah perkatakan seelum ini,kita mengharap agar lahirnya Mukmin Profesional yang bakal menjadi PENGELUAR,bisa jadi Presiden syarikat perindustrian,apatah lagi dalam industri makanan HALAL setanding dengan label KOSHER(klik sini!).
Alang-alang belajar alif ba ta,a-b-c,biar jadi Profesional Islami!
Apapun,sebagai agama perdamaian(syiar-Nya tidak hanya tersebar dengan pedang!),kita simpulkan penafsiran ayat 60 tadi kepada ayat ke-61,iaitu
Dan jika mereka(pihak musuh)cenderung pada perdamaian,maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya dan bertawakkallah kepada ALLAH.Sesungguhnya Ia MAHA MENDENGAR lagi MAHA MENGETAHUI.


3 ulasan:

  1. teman setuju dengan pendapat mike..
    menuntut ilmu jauh lebih baik dari angkat senjata.

    Kerana dari ilmulah adanya senjata.

    BalasPadam
  2. Satu perkara yg perlu diberi perhatian ialah sasaran atau hadaf menuntut ilmu itu sendiri.. sebelum menuntut ilmu...
    biasakan diri utk tajdid niat kembali.. kenapa menuntut ilmu..

    sampai suatu ketika,, kita sudah berilmu,, berwang,, berpengaruh.. tapi tanpa tajdid niat ini.. maka, kita akan tersasar.. dan mungkin yang lebih dahsyat lagi, nauzubillahminzalik, menjadi beban dan musuh umat Islam esok hari.. Ws

    BalasPadam