Ahad, 18 Januari 2009

Tak Semudah Kata

Saya bukanlah kipas-susah-mati dunia perfileman yang melayakkan saya untuk mengkritik filem, cuma ingin respon kepada beberapa pihak(bukan nak memfitnah!) yang begitu mudah meletakkan label sesebuah filem sebagai FILEM DAKWAH!Adakah mereka sedar impak dari label sebegini?
Oh,dakwah Islamlah ya...

Bagaimana hendak dikatakan dakwah,jika pelakon muslimah enggan menyarung tudung,atau pelakon muslim dan muslimah tak segan saling bersentuhan?Bahkan saya berani katakan filem ini pun gagal mengangkat mesej dakwah dari novel asalnya...

Realitinya,ranah penulisan dan dunia perfileman begitu jauh untuk dibandingkan.Bagaimana kita bisa membandingkan aksara-aksara atas ratusan helai muka surat dengan bahasa badan, intonasi, dan emosi para pelakon filem.Masih ada ruang penambahbaikan dan usaha penerbitan filem seumpama itu sememangnya harus dipuji.

'Layu'nya Watak Utama
Kelemahan filem tersebut dan animasi ini...

ialah kekuatan watak utama tidak ditonjolkan sejak dari awal cerita...Ingat,bahawa first impression(kata orang Melayu) sangat PENTING!Ia ibarat cinta pandang pertama terhadap sesuatu cerita.Walaupun diakui bahawa manusia punyai ketidaksempurnaan,namun ia akan mencacatkan gambaran seorang pahlawan ulung dalam sejarah yang sewaktu kecilnya mudah ditewaskan,dan seorang pemimpin mahasiswa mudah gelabah tatkala komputernya diserang virus.


Apa itu
FILEM DAKWAH?
Sebenarnya,saya masih tidak arif dalam memberi kriteria filem dakwah.Namun,saya lebih gemar membicarakan MESEJ di sebalik sesebuah filem.Bukan minta berkiblatkan Hollywood, cuma saya amat gemar dengan teknik mereka menggunakan filem untuk menyampaikan mesej (malah wadah PROPAGANDA).Dalam asyik kita terpesona dek ke'hensem'an hero dan kejelitaan heroin mereka,sering kita lupa bahawa dialog atau lakonan yang dipersembahkan oleh mereka membawa banyak tafsiran dan mesej tersirat.Kadang kala,saya merindui garapan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.Walaupun filem yang dilakonkannya/diarahkanya ialah filem komedi,masih terselit unsur nasihat yang kita sering terlepas pandang.Sebagai khatimah,saya tinggalkan dialog dari filem 3 Abdul sebagai renungan bersama...
Dunia,dunia...sekarang berniaga manusia lebih untung dari berniaga unta...

nota:bukan itu maksudnya modal insan/sumber manusia yang dicanangkan Perdana Menteri kita...

5 ulasan:

  1. assalamualaikum...

    ko pon apa kurgnyer...pandai berdakwah melalui pena...
    bagoslah...nnt kalo ko fly mana2...
    jgn lupe blog ni...
    haha...aku rasa blog ni cam anak ko plak...haha...just keep up ur good work...

    BalasPadam
  2. salam...

    wei fakha...apakata ko tulis pasal khaulah al azwar plak...
    aku ada benda nak bagi ko...

    BalasPadam
  3. salam.
    akhirnya~
    sy temui jugak org yg sependapat!
    alhamdulillah~

    BalasPadam
  4. salam...

    masyaAllah..a good entri...keep up the good work..
    dh tgk filem Sang Murobbi? kalo belum saye recommend tgk..2 filem dr indonesia..tp saye x sure kat mane nk dptkn dvd...hehe

    wassalam
    -azmi-
    Dublin, Rep of Ireland

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum w.b.t..

    Dalam hidup ni kita wajar mencari peluang untuk teruuuuuuss hidup.Apa yang dinamakan hidup?Hidup adalah suatu rentetan ceritera buat makhluk yang bertuah hidup atas muka bumi ni..Mungkin kita sudah selesa dengan

    ~SIAPA KITA

    ~TARAF KITA

    ~DARJAT KITA

    ~RUMAH KITA

    TUHAN TAK TELEFON KITA
    TUHAN TAK SMS KITA
    TAPI TUHAN BOLEH GERAKKAN HATI KITA UTK MELIHAT PELUANG...

    BERI PELUANG PADA DIRI KITA UTK BERUBAH....


    Dan...segala2nya yang kita dah ada.TAPI....?BAGAIMANA dengan yang masih TIDAK SELESA dengan hidup mereka..Semua orang cakap duit @ WANG TAK PENTING..DUIT bukanlah segala2nya...Tapi adakah anda sedar bahawa semua benda dalam hidup ni masih perlukan duit untuk digerakkan..


    Kita boleh beri 1000 alasan untuk GAGAL..
    tetapi,Kita hanya perlu 1 SEBAB SAHAJA untuk BERJAYA.


    Saya di sini ingin memberi peluang buat semua yang di luar sana yang mencari peluang untuk keluar dari kepompong hidup merEKA!

    .. BREAKING MY PERSONAL BEST!!..
    itulah prinsip yang membuatkan saya berjaya sekarang.kepada sesiapa yang inginkN maklumat lanjut..


    SITI KHADIJAH : 0196447142 / 0124857476

    BalasPadam