GEGAK GEMPITAlah malam tahun baharu itu dengan pelbagai pesta dan suka ria, meninggalkan para imam,bilal dan makmum yang setia di surau dan masjid nan lengang,dek kerana 'Melayu Mudah Lupa' terutamanya mengingati sejarah ombak gadang 26 Disember 2004(pelat Jepunnya TSUNAMI) atas asbab subjek Sejarah yang dianggap boring,mengalahkan subjek Sains dan Matematik yang belajar dalam Bahasa Inggeris tu,hinggakan cikgu Sejarah yang menjadi mangsa label 'tak tahu mengajar'(tak lupa juga pada para ustaz dan ustazah, yang dipersalahkan ibu bapa kandung yang tak tahu didik anak sendiri!).
Arakian di bumi jantung pisang inilah MELETUP perkhabaran pesta seks dan dadah yang diadakan di Metropolitan(menyambut tahun baharu kununnya...) beserta jeng,jeng,jeng... seorang pelakon wanita(tak tahulah yang jadi pujaan kita ke...) dan penyampai berita wanita T.V swasta(hmm...tak TV3,NTV7.Ataupun 8TV/TV9?)...maka sampailah di bumi Tanah Melayu ini (opss sensitiviti kaum,Malaysia) perkhabaran dari dua penjuru alam(walau berkongsi benua) satu dari perbatasan Sungai Golok,satu dari angin gurun yang panas kering berhembus 'memanaskan hati' penduduk seisi alam ini.
Nak dipendekkan riwayat,59 insan terbakar kekeringan dalam hawa 'noda' sebuah kelab malam,angkara bunga api yang tak ketahuan puncanya(tunggu laporan bomba selanjutnya^_^).Tetapi yang menyedihkan tatkala sorak-sorai kita di Dataran Merdeka yang penuh sejarah(jadi tempat hiburan akhirnya...a.k.a mangsa hedonisme),terlupa kita pada anak kecil Palestin yang merintih kehilangan ibu akibat pengeboman Gaza.

nota:maaflah atas segala khilaf hamba dalam penghasilan certot(cerita kontot) ini.Yang baik itu hanya dari ALLAH semata-mata....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan