Ada 1 'angin' yang ribut berbisik di telinga saya...tatkala minda memerah 4-5 idea yang dalam senarai menunggu untuk dicurah di sini.Alhamdulillah,gusar writer's block pun berkurang^_^.
Bukan saya mahu bicara tentang pakai serban ialah Sunnah Nabi,atau penafsiran maksud 'lebai' yang kurang jelas dalam undang-undang kita,membuatkan saya tertanya-tanya,'adakah kita faham konsep Syariatullah & Sunnatullah?'(nota penting:saya hanyalah seorang pelajar,dan konsep ini dipetik daripada Ustaz Hasrizal)Pakai serban: Pelajar enggan bayar saman
KOTA BHARU 19 Jan. - Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan seorang pelajar pondok dipenjarakan dua hari setelah enggan membayar saman atas kesalahan menunggang motosikal dengan berserban.
Ahmad Nasir Darus, 27, dikenakan hukuman itu setelah memilih tidak membayar saman RM90 yang diputuskan oleh Majistret Tengku Amalin Ai'shah Putri Sultan Ismail Petra.
Pelajar Pondok Pasir Tumboh itu disaman kerana menunggang motosikal pada kira-kira pukul 6.30 petang, 20 September 2007 di Jalan Pasir Tumboh di sini tanpa memakai topi keledar.
Peguam bela, Ahmad Rizal Effande Zainal ketika ditemui di luar mahkamah berkata: "Kita akan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi dalam tempoh tujuh hari dari sekarang.
"Sekiranya kes ini dibawa ke mahkamah ia akan menjadi bahan akademik dan rujukan kerana terdapat kekaburan pada istilah 'lebai' dalam peruntukan undang-undang," katanya.
Secara analogi,kita diperintahkan Allah untuk memilih makanan yang halalan tayyiban,kita boleh makan apa sahaja makanan yang halal,tetapi adakah makanan halal yang kaya dengan garam,gula dan M.S.G itu baik untuk kita?Bukankah Islam memelihara nyawa manusia,seperti yang terkandung dalam ilmu Maqasid Syariah...
Walaupun ini bukanlah undang-undang yang mutlak seperti hudud,namun ia tertakluk di bawah undang-undang Ta'zir,iaitu undang-undang pemerintah terhadap perkara/hukum yang tidak terkandung dalam nas bagi menjaga kemaslahatan.Syariat mengatakan serban itu sunat,tetapi jangan lupa sunnatullah kemalangan motosikal yang membabitkan kecederaan kepala disebabkan tidak memakai topi keledar!Tetapi ada faktor kemalangan yang lebih utama,PEMANDU YANG TAK BERADAB!...
Sebenarnya syariat tak pernah bertentangan dengan sunnatullah,apa yang membuat kita jadi keliru ialah PEMAHAMAN kita yang tidak tepat...berpegang pada syariat lupa pula pada sunnatullah,maka terjadilah insiden Bukit Antarabangsa...yang bernama Muslim tinggal di negara Islam,lupa tanggungjawabnya memelihara alam sekitar!(banyak celoteh nanti jadi kontroversi pula...)
nota:terima kasih atas komen-komen para pembaca blog ini,soalan tersebut akan dijawab dalam tempoh masa terdekat.
assalamualaikum
BalasPadamha?
pakai serban pon kena saman?
tak pakai tudung tak kena saman plak...
wakaka...plik..plik..
wallahua'lam
waalaikumsalam...
BalasPadam-_-