Rabu, 21 Januari 2009

Pergaulan Bebas Punca Jenayah

Artikel ini sumbangan Akhi Mohd Syahiran Muhammad,mahasiswa KUIS dalam jurusan Diploma Usuluddin(blognya klik sini).Mana-mana individu yang ingin menyumbang artikel atau pendapat yang bernas didahului ucapan JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA...
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Hampir setiap hari, berita-berita media melaporkan kes-kes atau isu-isu yang melibatkan masalah anak-anak muda dalam negara ini. Kes yang paling banyak yang disiarkan seperti kes bersekedudukan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, pembuangan anak luar nikah, rogol, dan kes ditangkap khalwat.

Sebenarnya banyak lagi kes-kes yang melibatkan anak muda ini tetapi kes-kes di atas adalah yang paling ketara. Dalam hal ini timbul persoalan, mengapa perkara ini berlaku sedangkan kerajaan telah menyediakan pelbagai acuan untuk membentuk seorang individu yang berguna kepada negara seperti PLKN, program-program kemasyarakatan, program kokurikulum di setiap sekolah dan institusi dan meningkatkan taraf kualiti guru-guru.

Jika diandaikan seorang yang kaya, kacak atau cantik, kaya dan mempunyai pelbagai kenderaan yang mewah-mewah dan besar-besar tetapi malangnya beliau tidak pernah mengisi minyak kedalam kenderaan beliau, hasilnya sama sahaja iaitu kereta tersebut bagaikan barang perhiasan yang tidak boleh digunakan atas alasan aku seorang yang cukup sifat dan berada.

Begitulah kita walau apa pun bentuk pendidikan yang hendak digunakan, jika tidak diisi dengan panduan-panduan yang telah di tetapkan oleh Islam, namun janganlah bermimpi untuk melihat hasilnya kerana agama Islam merupakan agama yang lengkap dengan pelbagai perkara sesuai digunakan dalam apa-apa situasi.

Masalah gejala seperti yang dinyatakan diatas tadi semuanya berpunca daripada pergaulan yang berlainan jantina yang bebas sehinggakan dipandang remeh oleh pihak-pihak yang berkenaan.Bila ditanya kepada mereka yang pernah terjebak dengan perkara-perkara tersebut ia bermula dengan keinginan seorang anak muda yang masih segar dan kuat ini untuk mencuba perkara-perkara yang baru ataupun meniru adegan-adegan daripada media barat "yang dibawa masuk oleh media tempatan" dengan masing-masing ingin mempunyai pasangan yang cantik-cantik,yang macho-macho,yang ada kenderaan ber"Class", ataupun yang pandai mengambil hati.

Daripada itu mula-mula menjeling-jeling,seterusnya minta nombor telefon, selepas itu mula ajak jumpa "saya belanja",kemudian berputik la cinta suci(mulanya) lama-kelamaan semakin ikatan cinta semakin erat sampailah di tahap berasmara di tempat gelap, nak kawin tak ada kerja dan duit lalu bedallah di luar nikah, bila wujud orang ketiga, mulalah gelisah salah-menyalahi lalu berlakulah pelbagai kes dan jenayah.

Oleh itu, semua pihak tak kira sesiapa sahaja,perlu member perhatian yang penuh terhadap masalah pergaulan bebas ini, bermula di peringkat institusi pendidikan rendah lagi. Setiap sekolah hendaklah mengasingkan pelajar-pelajar tidak kira di mana sahaja, jika diasingkan sekolah lebih baik. Kerana sekolah bukan setakat tempat untuk memberi ilmu tetapi memberi pendidikan atau tarbiah mengikut Islam kepada pelajar-pelajar kerana di sinilah tempat untuk memdidik untuk menjadi masyarakat bermaruah nanti.

nota:malu penjaga iman(kalau tak tahan banyakkan puasa)...bersediakah anda untuk melafazkan AKU TERIMA NIKAHNYA?

6 ulasan:

  1. salam..
    sy setuju sgt entri Pergaulan Bebas Punca Jenayah..
    nak tanya..
    klu seseorang tu sahabat baik dan sekarang dah timbul rase suka..patut ke kita meneruskan niat untuk kata pdnya bahawa mahu lebih dr seorg kwn?

    BalasPadam
  2. salam.. kalau dah termengandung luar nikah dan ada bayinya.. janganlah sampai tak berperikemanusiaan mem'bunuh' anak itu dengan membuangnya.. Ingat! kelak di alam yang bukan sementara akan dikau disoal oleh anak ini.. apa nak jawabb??
    Miera, akak rasa sebagai seorang wanita walaupun kita ada perasaan kepada individu lain, simpan sahaja dan berkongsi dengan Yang Maha Mendengar..Atau adakah miera bersedia cukup serba-serbi untuk bernikah dan mendirikan rumah tangga?
    Kita kene yakin dengan jodoh yang telah ditentukan oleh Illahi..seyakinnya kita tentang wujudnya Yang maha Esa..Tepuk dada tanya iman dan takwa..
    Akak rasa sekarang ni masalahnya tiada pegangan keimanan yang utuh dalam remaja Melayu...itu punca utama..

    BalasPadam
  3. sgt bsetuju dan alangkah sedihnya bila melihat bayi yg x bdosa dibuang di merata2...

    BalasPadam
  4. Maaf tak pandai cakap malaysia
    To like someone, is a human instinct. Not only our concious mind that direct us but unconcious mind and hormon system sometime diffuse our free will and judgement.

    That is why, when we use our instinct only, our concious mind (superego) sometime cannot control the free will. Norm is forgotten, and passion (with hormon takes control) break the border.

    The easiest way, is keep the distance and never let the instinct lead. But, as a normal human, it takes a lot of effort.

    Just stay with the faith, may be that's the only one who could stop us from being tempted.

    Wallahu alam

    BalasPadam
  5. amat bersetuju dengan artikel dan pandangan penulis.Walaubagaimanapun,cara-cara untk diatasi perlu juga dilampirkan untuk memudahkan pembaca menilai segala yang baik ,buruk dan jalan yang perlu diambil..

    wallahu alam..=)

    BalasPadam
  6. assalamualaikum...

    wah...bagusnyer artikel ni...

    BalasPadam