Sebelum itu,saya ucapkan tahniah kepada bakal wira-wirawati negara(seperti jawapan dalam sms menyatakan anda terpilih ke PLKN).
Fokus kita hari ini ialah mencari makna merdeka.Merdeka dalam bahasa Arab disebut 'istiqlal'(seperti nama sebuah masjid di Indonesia).Merdeka mengikut Kamus Dewan(yang diasaskan oleh ilmuwan Indonesia juga) ialah (merdéka) bebas (drpd penjajahan, kurungan, naungan, dll), lepas (drpd tebusan, tuntutan), berdiri sendiri, tidak bergantung pd yg lain.Pagi tadi ada satu rancangan bual bicara(nama dan alamat dirahsiakan) mengatakan generasi muda ialah generasi Starbucks.Apakah makna semua ini???
Menyebut generasi muda Malaysia sebagai generasi Starbucks adalah salah dan amat bertentangan dengan semangat kemerdekaan yang sedang diraikan.Mungkin hal ini berbalik kepada akhlak remaja sendiri,yang sudah tiada jati diri lantas menumpang imej Barat tanpa berfikir panjang.Hal ini disebabkan budaya hedonisme yang menyerap ke dalam minda anak muda sekarang.Mencari muzik alternatif kononnya melepaskan stres,akhirnya sesat dalam genre muzik black metal yang menyembah syaitan!
Maka,kerajaan kita yang menegakkan imej Islam Hadari lantas merangka yang kita kenali sebagai P.L.K.N(bahkan digeruni sesetengah pihak).Berdasarkan maklum balas yang penulis pernah terima,input daripada program ini amatlah baik...tetapi ada perkara yang merosakkan pekerti terpuji yang ingin diterapkan dalam jiwa remaja kita.(bukan setakat terap macam acuan kuih raya,kena semai,baja biar tumbuh macam pokok bunga raya!)Katanya,pergaulan di sana kurang dibatasi...
Sudah tiba masanya,kerajaan menilai kaedah pendidikan yang digunakan terhadap pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara kita,untuk membentuk generasi yang punya rasa 'hubbul watan minal iman'.Sila lihat entri ini
. 'Barangsiapa yang menghendaki kemuliaan, Maka bagi Allah-lah kemuliaan itu semuanya'
Surah Fatir :ayat 10
Tiada ulasan:
Catat Ulasan