Ulama' telah ijmak bahawa peristiwa Nabi Muhammad S.A.W mengimamkan semua nabi dan rasul menandakan peralihan kepimpinan dunia dan legasi dakwah Islamiah daripada rasul terdahulu, iaitu Nabi Isa a.s kepada Nabi Muhammd S.A.W.Hal ini bertepatan dengan firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud kedatangan Nabi Muhammad merupakan rahmat buat sekalian alam.
Sebagai umat yang mengaku mencintai Nabi(tak sekadar pada Maulidur Rasul yang dibuat oleh Abu Jahal juga)kita khususnya para pemimpin perlu menghayati sifat yang ada pada Nabi, yang membuatkan Nabi digelar sebagai pemimpin terunggul oleh sarjana Barat,Michael H. Hart. Mari kita merenung peristiwa menggali parit sebelum perang Khandaq.
- Nabi pemimpin 'turun padang'.Nabi sendiri menggali parit itu bersama-sama sahabat yang lain.
- Nabi penyelesai masalah.Semasa menggali,mereka terjumpa sebongkah batu besar yang sukar dipecahkan.Akhirnya,kudrat Nabi dengan izin Allah telah berjaya memecahkan batu itu.
- Nabi pemimpin yang prihatin.Seorang sahabat telah menjemput Nabi makan bersamanya kerana terlihatkan perut Nabi yang diikat dengan batu-batu kecil.Nabi menolak jemputan tadi sebaliknya menjemput seluruh mujahidin Khandaq makan di rumah sahabat tadi. Seekor anak kambing yang dimasak oleh sahabat tadi dengan mukjizat Nabi mampu mengenyangkan semua mujahidin Khandaq tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan