Memaparkan catatan dengan label Sirah Teladan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sirah Teladan. Papar semua catatan

Isnin, 1 Mac 2010

Akhlak Rasulullah Sebagai Qudwah Hasanah

1. Pemurah dan suka menderma

Setiap hari baginda memastikan setiap dirham yang dimilikinya didermakan kepada fakir miskin. Malah baginda mencari rezeki sekadara keperluannya sahaja dan yang selebihnya diberikan kepada orang yang berhajat kerana Allah S.W.T.
2. Beradab ketika makan
Apabila makanan sudah tersedia, baginda membaca doa yang bermaksud:
Dengan nama Allah, wahai Tuhanku! Jadikanlah makanan ini suatu nikmat yang disyukuri sehingga kepada nikmat syurga.
Baginda juga tidak suka memakan makanan yang panas kerana sabdanya dalam suatu hadis yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah tidak memberi kita makanan daripada api. Sejukkanlah makanan itu terlebih dahulu.
Hadith tersebut jelas menunjukkan bahawa Rasulullah sentiasa mengamalkan adab-adab ketika makan yang sepatutnya diamalkan oleh orang-orang Muslim.
Rasulullah juga menggunakan tangan kanan untuk menyuap makanan dan sentiasa memilih lauk yang terdekat dengannya terlebih dahulu. Makanan yang paling disukai oleh Rasulullah ialah daging dan buah qana dan minuman yang digemarinya ialah susu kambing. Baginda tidak suka memakan bahagian dalam kambing seperti buah pinggang, pundit air kencing dan daging keras yang tumbuh di bawah kulit kerana sakit. Baginda juga tidak mengambil bawang putih dan bawang besar kerana ia mendatangkan bau yang tidak menyenangkan. Walaupun begitu, baginda tidak pernah merasa jijik terhadap sesuatu makanan itu walaupun baginda tidak menyukainya.


3. Aspek berpakaian
Nabi Muhammad s.a.w. suka memilih pakaian yang berwarna putih. Pakaiannya yang dikenali sebagai jubah menutupi sehingga paras buku lalinya. Baginda mempunyai dua salinan baju khusus untuk solat Jumaat dan pakaian-pakaian lain untuk hari lain. Baginda suka memakai kopiah dibawah ikatan serbannya. Setiap kali memakai pakaian baginda memulakannya dari kanan dan membaca doa yang bermaksud:
Segala puji bagi Allah yang telah memberikan pakaian untuk menutup auratku dan untuk menghiaskan diri di hadapan orang ramai.
Ketika menanggalkan pakaian baginda memulakan dari sebelah kiri.
4. Tutur kata
Rasulullah s.a.w. seorang yang fasih dalam berkata-kata. Tutur katanya dihiasi dengan kata-kata yang manis dan bersopan. Ketika berbicara, baginda menggunakan ayat-ayat yang padat dan lengkap, ringkas dan mudah difahami oleh orang-orang yang mendengarnya. Baginda tidak bercakap jika dirasakan tidak perlu dan hanya meninggikan suara apabila menyatakan sesuatu yang hak dan benar sahaja. Persoalan-persoalan yang dikemukakan pula dijawab dengan jawapan-jawapan dan nasihat yang mudah diterima para hadirin.
5. Sifat berlapang dada dan pemaaf
Baginda Rasulullah s.a.w. juga memiliki sifat berlapang dada dan suka memaafkan orang lain walaupun diberi peluang untuk membalas dendam. Didalam suatu peperangan, seoreang tentera kaum musyrikin berjaya mengugut Rasulullah dan tentera kaum Muslimin dengan berkata: “Siapakah diantara kamu yang dapat menyelamatkan engkau daripada pedangku?” Lantas Rasulullah s.a.w. pun menjawab, “Allah”. Mendengar perkataan itu gentarlah tangan tentera musyrikin itu dan pedang tersebut jatuh daripada tangannya. Kemudian Rasulullah s.a.w. mengambil pedang tersebut sambil berkata, “Siapakah kini yang dapat mempertahankan engkau daripadaku?” Orang musyrikin itu dengan susah payah menjawab, “Ambillah nyawaku dengan cara yang baik.” Baginda pula berkata kepadanya, “Katakanlah aku bersaksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku (Rasulullah) adalah pesuruhnya.
Inilah salah satu contoh sifat Rasulullah s.a.w. yang sentiasa bersifat berlapang dada dan pemaaf.
6. Kasih- sayang
Apabila dua atau tiga hari Rasulullah s.a.w. tidak nampak salah seorang sahabatnya atau tidak bertemu di mana-mana, nescaya ditanya dan dicari oleh baginda. Baginda yang menziarahi kerumah sahabat tersebut tanpa rasa sombong. Malah baginda sembahyang, makan dan duduk bersama para sahabat.
Islam menggariskan hak-hak sesama seagama yang menunjukkan betapa tingginya nilai kasih sayang sesama mukmin sehingga Rasulullah s.a.w. pernah menggambarkan kehidupan orang-orang mukmin umpama jasad yang satu yang saling merasakan segala yang dirasai dan dideritai oleh saudara seislam.


7. Ibadah
Rasulullah menunjukkan contoh perlaksanaan ibadah sedemikian banyak untuk kita jejaki langkahnya kerana secara fitrahnya, Rasulullah menyukai pengabdian dan ibadah serta merasa senang melakukannya. Sebelum diangkat menjadi Rasul, pernah sehingga sebulan baginda memutuskan semua kesibukan untuk beribadat didalam sebuah gua di luar kota Mekah sehingga disebut para sahabat, baginda senang beribadat, mengabdi dan berkhalwat sejak dari kecil lagi. Begitulah orang-orang yang cerdik berkelakuan.
Baginda bersolat sunat dengan begitu banyak sekali sehingga adakalanya baginda tidak tidur semalaman sehingga bengkak kakinya. Baginda turut berpuasa selang sehari dan berzikir diwaktu jaga dan tidur. Malah baginda digelar sebagai “Al-Qur’an bergerak” kerana Al-Qur’an bukan sahaja dihafal malah dijadikan panduan seluruh kehidupannya.

Jumaat, 16 Januari 2009

Siapa Muhammad Al-Fatih?

Namanya tak segah Salahuddin Al-Ayyubi yang diangkat selaku pembebas bumi Palestin dari cengkaman tentera Salib,usaha kedua selepas Saidina Umar Al-Khattab(tak lupa juga diangkat dalam siri animasi Saladin).Tetapi beliaulah yang menepati hadis Nabi S.A.W:
Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya.

Hadis itu begitu mengocak jiwa sahabat,sehingga Abu Ayub Al-Ansari gugur syahid dalam ekspedisi pertama untuk memenuhi maksud hadis tersebut.Bahkan usaha tersebut diteruskan sehinggalah zaman Khalifah Uthmaniyah.

Cerita di Balik Pembukaan Constantinople
Usaha pembukaan kota ini telah bermula sejak zaman Sultan Murad II,ayahanda Sultan Muhammad Al-Fatih.Sultan Muhammad Al-Fatih memang telah dilengkapkan dengan skil ketenteraan dan pemerintahan oleh ayandanya.Apabila baginda menaiki takhta pada tahun 1451,baginda telah menganalisis kegagalan ekspedisi-ekspedisi yang terdahulu,bahkan baginda mengambil masa 2 tahun bagi mengkaji peta Constantinople.Baginda telah mempersiapkan ketumbukan tentera Uthmaniyah dengan begitu rapi sehingga membuatkan Maharaja Constantine,yang kehilangan punca meminta bantuan daripada kepimpinan Gereja Katholik,sedangkan Byzantine dikuasai Gereja Orthodoks.Hal ini menimbulkan penentangan rakyat terhadapnya.

Medan jihad punyai dugaan yang tak tercapai dek akalmu...Kapal-kapal Uthmaniyah tidak mampu memasuki perairan Tanjung Emas yang dirantai,bagi mengekang kemaraan tentera Utmaniyah.Namun soldadu Byzantine begitu terperanjat tatkala fajar menyinsing pabila menyaksikan seluruh armada Uthmaniyah telah memasuki perairan Constantinople.

Sang Strategis Ulung
Imbas Kembali:Malam Sebelumnya...Baginda hampir buntu.Rantai besi tak mampu dirempuh oleh kapal-kapal.Dengan izin Allah,baginda mendapat satu ilham.Ilham yang kenal memasyhurkan baaginda dalam kalangan strategis ketenteraan...Kapal-kapal diangkut melalui jalan bukit.Kayu-kayu balak ibarat roda,dilumuri lemak haiwan melancarkan 'pelayaran' kapal-kapal tersebut di darat...

Walau bagaimanapun,Constantine tak mudah mengalah.Pertahanan kota yang utuh menyebabkan tentera Islam terpaksa berkubu lama,yang akhirnya melunturkan semangat mereka.Sultan Muhammad Al-Fatih bangun memberi pidato yang membangkitkan kembali semangat mereka,dan berhasil menembu.si pertahanan kota.Baginda menamakan Constantinople sebagai 'Islam Bol' yang bermaksud Kota Islam.

Titik Mula Muhammad Al-Fatih...
Baginda mula dibentuk oleh sang murabbi yang bernama Syeikh Samsuddin Al-Wali,yang berketurunan dari Saidina Abu Bakar As-Siddiq.Diriwayatkan ketika solat Jumaat yang pertama didirikan di kota Islam Bol(anak sape la tukar nama elok macam ni...),baginda ingin memilih siapa yang menjadi imam dan khatib.Baginda bertanya...
Siapakah yang tidak pernah meninggalkan solat fardu sejak dari aqil baligh?

Semua masih berdiri(Inilah sebaik-baik tentera,tentera Islam sekarang?).Soalan kedua...
Siapakah yang belum pernah meninggalkan solat sunat rawatib sejak dari aqil baligh?

Separuh telah pun duduk.Inilah pula soalan pemutus seri...
Siapakah yang belum pernah meninggalkan solat tahajud sejak aqil baligh?

Tinggallah baginda seorang sahaja yang berdiri,bagindalah imam dan khatib pada hari Jumaat yang bersejarah(walaupun ramai yang lupakan sejarah itu...)

nota Palestina:29 Mei tarikh Constantinople dibuka.Ironinya,29 Mei 1948 Zionis menjarah Palestin.Hampir 1000 dah maut,di mana syeikh Arab+O.I.C(ohh i see...)?Siapa pula Muhammad Al-Fatih abad 21 ini?Siapa yang jadi panglima pembela umat Islam,kononnya jihad fi sabilillah?Siapa yang jadi pemerintah penegak syiar Islam?Siapa yang jadi CEO syarikat Muslim?Siapa ilmuwan Muslim yang bakal mencipta teknologi dan produk sendiri?Siapa pula MURABBI pendidik KHAIRA UMMAH?

“Medan kata-kata tidak sama dengan medan amal. Medan amal tidak sama dengan medan Jihad. Medan Jihad yang salah tidak sama dengan medan Jihad yang Sahih yang berhasil lebat dari pengorbanan yang minimal dan optimal” (Hasan Al-Banna)

Sabtu, 3 Januari 2009

Azam Tahun Baharu:Ibrah Dari Taqwim Hijrah

Apa istimewanya taqwim Hijrah yang dipakai umat Islam?Sekali imbas,ia hanyalah sebuah kalendar yang disusun mengikut peredaran bulan,yang diperkenal oleh Saidina Umar Al-Khattab. Mengapa Hijrah diambil sebagai permulaan dalam taqwim Islam?
Keunikan peristiwa Hijrah terletak pada sinergi dakwah Rasulullah dan pengorbanan para sahabat radiyallahuanhum+perlindungan ALLAH S.W.T...

Bagaimanakah kita bisa mengaplikasi konsep Hijrah dalam kehidupan serba mencabar kini, khususnya sebagai pelajar?Jika kita telusuri kronologi Hijrah,walaupun Rasulullah telah menerima jemputan penduduk Yathrib,Baginda tetap menunggu wahyu yang membenarkan Baginda dan umat Islam berhijrah...
A for ALLAH

Sudahkah anda ikhlaskan diri untuk menuntut ilmu? Tepuk dada,tanya iman,insaf sendiri...

Rasulullah juga tidak berhijrah bersendirian,bahkan ditemani dengan Saidina Abu Bakar dan dibantu oleh beberapa sahabat yang lain,termasuk seorang Yahudi sebagai jurupandu.Apa maknanya kepada kita?Jika tak fahami sesuatu ilmu,tanyalah yang tahu,maka kita perlulah merancang strategi yang berkesan(seperti Hijrah yang dilakukan Nabi untuk mengembangkan dakwah bebas daripada tekanan Musyrikin Makkah).Apatah lagi sebagai pelajar,jika mengimpikan 10A1 S.P.M atau 9A P.M.R,maka rajinlah bertanya pada abang dan kakak yang dapat 9A P.M.R baru-baru ini,atau pada cikgu-cikgu kesayangan kita yang pakar-pakar belaka.Rancanglah strategi pembelajaran anda semua biar kokurikulum cemerlang,akademik terbilang, sahsiah pun terbilang.


Ha,sebelum terlupa,1 Muharam bukanlah tarikh sebenar Rasulullah berhijrah...mengapa 1 Muharam menjadi titik awalnya?Pada bulan Muharamlah Nabi S.A.W mula berniat untuk berhijrah.Begin with the End in Mind!Jangan sekadar berniat atau berazam,sebaliknya rancang matlamat tersebut.Alang-alang belajar di S.B.P.I.S.B,biar sampai dapat apa yang diimpi!

nota:selamat maju jaya pada semua warga INTERSABER yang bakal berjuang di bumi Sungai Lang...moga Allah memberkati kalian.Ini mungkin kempen baharu BADAR tahun ini...

Khamis, 1 Januari 2009

Qunut Nazilah,Kafir dan IS@$*L...

اللهمَّ إناَّ نجعَلُكَ فِى نُحُورِ أعدَاءِناَ وَ نَعُوذُ بِكَ مِن شُرُورِهِم اللهم بَدِّد شَملَهُم و فَرِّق جَمعَهُم وَ شَتِّت كَلِمَتَهُم وَزَلزِل أَقدَامَهُم وَ سَلِّط عَلَيهِم كَلباًَ مِن كِلاَبِكَ يا قَهاَّر يا جَباَّر يا مُنتَقِم يا الله يا الله يا الله

اللهم يا مُنزِلَ الكِتاَبِ ويا مُجرِيَ السَّحاَبِ ويا هاَزِمَ الأَحزَابِ إِهزِمهُم إِهزِمهُم إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم

Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami.Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka.Ya Allah,leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka,
goncangkan pendirian mereka,dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka.
Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum,Wahai Tuhan Yang bersifat Murka,Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,kalahkan mereka,kalahkan mereka,kalahkan mereka,dan menangkan kami ke atas mereka.AMIN…!

Antara kisah yang masyhur mengenai Qunut Nazilah ialah(petikan artikel ini)permintaan puak 'Adhl dan al-Qarah orang yang mengajarkan Islam kepada mereka yang diajukan pada Nabi S.A.W.Baginda dengan senang hati mengabulkan permintaan mereka dan mengirimkan 10 orang ustaz di bawah pimpinan 'Ashim bin Tsabit. Malangnya, ketika tiba di kawasan puak Huzail, penipu daripada orang musyrik itu menghadang dan membunuh mereka. Tiga daripada mereka terselamat iaitu Khubaib bin Adiy, Zaid bin al-Datsnah dan Abdullah bin Tariq tetapi mereka menjadi tawanan. Bagaimanapun, mereka akhirnya terbunuh juga kerana sebab masing-masing. Kejadian ini dalam sejarah Islam terkenal dengan nama Ba'ts al-Raji' atau Utusan al-Raji' dan Rasulullah juga membaca qunut nazilah untuk kebinasaan kedua-dua puak pengkhianat berkenaan. (Rujuk Sirah Ibn Hisham).Jadi sebagai Muslim yang prihatin marilah beramai-ramai mengangkat tangan,memohon doa agar saudara kita di PALESTIN dilindungi ALLAH daripada angkara durjana ISRAEL.

Seperkara lagi,suka saya ingin menjelaskan status orang kafir dalam Islam yang terdapat beberapa pembahagiannya.


>Kafir Zimmi = orang kafir yang menetap dalam negara Islam dan taat kepada pemerintah Islam(seperti di Malaysia).Hak mereka perlu dipelihara dengan baik.
>Kafir musta'man= orang kafir yang lari dari negara asal dan meminta perlindungan di negara Islam.
>Kafir muahad = orang kafir yang membuat perjanjian dengan negara Islam.
>Kafir Harbi = orang kafir yang memusuhi dan memerangi Islam.Mereka wajib diperangi dan mereka halal dibunuh.

Fokus kita pada pada kafir harbi dan kafir zimmi sahaja.Orang bukan Islam di Malaysia atau di mana-mana negara Islam lain,selagi mereka taat dan patuh di bawah pemerintah Islam,hak mereka akan dijaga serta mereka haram dibunuh tanpa sebab.Hal ini begitu berbeza seperti kafir harbi(misalnya tentera Israel tu...)mereka ini golongan yang memerangi Islam secara nyata,dan mereka juga secara logiknya memang perlu bagi umat Islam membunuh mereka atas untuk mempertahankan Islam daripada diancam.Namun Islam tetap mengutamakan perdamaian seperti yang termaktub dalam surah At-Taubah ayat 6:
Dan jika seorang daripada orang-orang musyrik itu meminta perlindungan kepada kamu maka lindungilah dia supaya dia sempat mendengar firman Allah.Setelah itu hantarkanlah ke tempat yang aman baginya.Demikianlah dia disebabkan mereka kaum yang tidak mengetahui.

Apa pula tanggungjawab kita sebagai Muslim dalam hal ini?Jawabnya...SEERU 'ALA BARAKATILLAH!!!

nota:.Nak tahu sejarah tahun baharu,klik di sini.Oleh sebab nak boikot produk yang sokong Israel,mai sokong produk ni ye...



Ahad, 28 Disember 2008

Kisah Zulkarnain:Bahagian 2

93. Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisiNya satu kaum Yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan.94. mereka berkata: "Wahai Zulkarnain, Sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya Kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) Dengan syarat Engkau membina sebuah tembok di antara Kami Dengan mereka?"

Kehebatan kepimpinan Zulkarnain juga terletak kepada skil komunikasinya yang berupaya memahami bahasa kaum yang begitu sukar.Skil sebegini bukan sahaja perlu dikuasai oleh pemimpin,bahkan ulama dan daie(pendakwah) juga perlu mahir berkomunikasi bagi memudahkan pemahaman awam dan mad'u(orang yang didakwah).Realiti hari ini menunjukkan Islam turut 'diserang' di alam maya(seperti artikel sebelum ini)yang memerlukan 'teknodaie' atau protaz(profesional ustaz) tampil membetulkan salah faham terhadap Islam dengan rasional tanpa beremosi.

95. Dia menjawab: "(kekuasaan dan kekayaan) Yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku Dengan tenaga (kamu beramai-ramai) Aku akan bina antara kamu Dengan mereka sebuah tembok penutup Yang kukuh.96. bawalah kepadaKu ketul-ketul besi"; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua Gunung itu, ddia pun perintahkan mereka membakarnya Dengan berkata: "Tiuplah Dengan alat-alat kamu" sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: "Bawalah tembaga cair supaya Aku tuangkan atasnya".97. maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.

Untuk membentuk ummah yang gemilang(tema Maal Hijrah 1430 H),kita juga memerlukan keampuhan teknologi.Teknologi yang ditampilkan Zulkarnain menunjukkan ia bukan sahaja bermanfaat terhadap kaumnya,bahkan menyumbang kepada sejagat apabila tembok berkenaan dapat menghalang kaum Ya'juj dan Ma'juj daripada berleluasa melakukan kezaliman.Hal ini sejajar dengan firman Allah yang pertama:

IQRA'

Semoga huraian yang sedikit ini menjadi pedoman kepada kita untuk 'berhijrah' ke arah kebaikan.

nota:belasungkawa atas kemangkatan Almarhum Tuanku Jaafar,Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.Semoga Almarhum dicucuri rahmat dan digolongkan dalam kalangan orang soleh...

Doa akhir tahun:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Segala puji bagi Allah yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi MUhammad S.A.W dan keluarga Baginda dan sekalian sahabatnya.Ya Allah,sesungguhnya pada tahun ini kami banyak melakukan larangan-Mu,tetapi aku masih belum bertaubat sedang Kau tidak reda dan melupainya.Engkau menangguhkan azab-MU yang ditetapkan ke atasku.Engkau memerintahkan aku bertaubat atas kesalahan itu.Sesungguhnya hari ini aku bertaubat dan memohon keampunan-MU , ampunilah daku.Apa yang aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala,mak aku bermohon daripada Engkau,ya Allah,ya Zaljalali wal Ikram,terimalah permohonan ini dan jangan Engkau hampakan,wahai Tuhan yang Mulia.Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W dan keluarga Baginda dan sekalian sahabatnya.Segala puji bagi Allah yang memelihara dan mentadbir alam.

Doa awal tahun:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Segala puji bagi Allah yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W dan keluarga Baginda dan sekalian sahabatnya.Ya Allah,Engkaulah yang kekal abadi,demi kelebihan-Mu yang Maha Agung dankemurahan-Mu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon perlindungan-Mu daripada syaitan dan konconya,tentera dan penolongnya.Dan aku memohon perlindungan daripada nafsu ammarah, yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikanku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri dengan-Mu.Wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemulian.Wahai Tuhan yang lebih penyayang daripada segala penyayang.Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W dan keluarga Baginda dan sekalian sahabatnya.
Segala puji bagi Allah yang memelihara dan mentadbir alam.



Jumaat, 19 Disember 2008

Pengasas Imam 4 Mazhab

PENGASAS MAZHAB HANAFI—IMAM ABU HANIFAH (80-150 H / 699-767 M)

Abu Hanifah An Nukman b. Tsabit b. Zufi'at At Tamimi adalah pengasas Mazhab Hanafi. Beliau dilahirkan di Kufah, pada masa pemerintahan Al Khalid b Abd Malik. Sejak dari kanak-kanak lagi beliau telah mengkaji dan menghafal Al Quran. Untuk mendalami lagi ilmu pengetahuannya tentang Al Quran, beliau telah berguru dengan Imam Abu A'sim iaitu seorang ulama yang terkenal pada waktu itu. Beliau juga mempelajari ilmu Fiqh dari sahabat-sahabat Nabi s.a.w, seperti dari Anas b. Malik, Abdullah b. Aufa, Abu Tufail b. Amir dan ramai lagi. Dari sahabat-sahabat ini juga beliau mempelajari ilmu hadis. Beliau sangat tekun dalam mempelajari ilmu Fiqh dari seorang ulama yang terkenal pada waktu itu iaitu Hamad b. Abu Sulaiman tidak kurang dari 18 tahun. 10 tahun selepas kematian gurunya (130 H) beliau berangkat ke Mekah pula. Di sana beliau berguru dengan salah seorang murid Abdullah b. Abbas r.a.

Imam Abu Hanifah terkenal sebagai seorang yang sangat dalam ilmunya, ahli zuhud, tawaduk dan sangat teguh memegang ajaran agama. Beliau tidak tertarik kepada jawatan rasmi kerajaan dengan sebab beliau pernah menolak jawatan hakim yang ditawarkan oleh Khalifah Al Mansur. Diriwayatkan kerana penolakannya, beliau dipenjarakan hingga ke akhir hayatnya. Beliau wafat pada usia 70 tahun dan dimakamkan diperkuburan Khizra. Pada tahun 450 H / 1066 M didirikan sebuah sekolah agama yang dinamakan Jami' Abu Hanifah. Di antara kitab karangan beliau seperti Al Musu'un, Al Makha'rij dan Fiqh Akhbar.

PENGASAS MAZHAB MALIKI—IMAM MALIK B ANNAS (93-179 H / 172-258 M)

Imam Malik b Annas adalah pengasas Mazhab Maliki. Beliau dilahirkan di Madinah dan berasal dari Kabilah Yamaniah. Sejak kecil lagi beliau telah menghafal Al Quran dan ibunya sentiasa memberi dorongan agar beliau bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu. Beliau mula belajar dari seorang ulama yang terkenal waktu itu yang bernama Ribiah dan mendalami ilmu Hadis dari Ibnu Syihab disamping mempelajari ilmu Fiqh daripada para sahabat. Kerana ketekunan dan kecerdasan fikirannya, beliau terkemuka dalam bidang ilmu Hadis dan Fiqh.

Beliau juga sangat berhati-hati dalam memberi fatwa. Beliau akan bermusyawarah terlebih dahulu dengan sekalian para para ulama sebelum mengeluarkan sesuatu fatwa. Imam Malik memiliki daya ingatan yang sangat kuat. Pernah beliau mendengar 31 Hadis dari Ibnu Syihab tanpa menulisnya dan bila diminta mengulanginya semula tidak satu baris pun yang dilupainya. Beliau pernah berkata :
Ilmu itu adalah cahaya, ia mudah dicapai dengan hati yang takwa dan khusyuk. Beliau juga menasihati agar menjauhkan keraguan katanya. Sebaik-baik perkerjaan ialah yang jelas, jika salah satu dirinya meragukanmu maka kerjakanlah apa yg lebih yakin menurut perkiraanmu.


Antara kitab karangan beliau yang termahsyur ialah Al Muwatha iaitu sebuah kitab Hadis dan Fiqh. Imam Malik wafat pada usaha 86 tahun.

PENGASAS MAZHAB SYAFIE—IMAM MUHAMMAD B IDRIS ASY SYAFIE AL QURAISYI (150-240 H / 717-820 M)

Nama penuh beliau ialah Muhammad b. Idris Asy Syafie Al-Quraisyi pengasas Mazhab Syafie. Beliau dilahirkan di Ghazzah pada tahun 150 H bertepatan tahun wafatnya Imam Abu Hanifah. Meskipun beliau dilahirkan dalam keadaan yatim dan di besarkan dalam keluarga yang miskin, itu tidak menjadikan beliau merasa rendah diri apa lagi malas. Beliau begitu bersungguh-sungguh dalam mempelajari ilmu Hadis dari ulamak hadis yang terdapat di Mekah ketika itu. Pada usaha yang masih kecil lagi beliau telah menghafal Al-Qur'an.

Pada usianya 20 tahun, beliau telah berguru dengan Imam Malik dalam ilmu Fiqh dan Hadis di Madinah. Seterusnya beliau pergi ke Iraq dan berguru dengan sahabat-sahabat Imam Abu Hanifah. Setelah wafat Imam Malik (179 H) beliau berangkat ke Yaman untuk mengajar ilmu di sana. Selepas itu Khalifah Harun Al Rashid pula mengundang beliau untuk datang ke Baghdad. Pada tahun 198H beliau pergi ke Negeri Mesir dan mengajar di Masjid Amru b. As. Kitab karangan beliau yang mahsyur ialah seperti Al-Umm, Amali Kubra, Kitab Risalah dan Usul Fiqh. Adapun dalam menyusun Usul Fiqh Imam Syafie dikenali sebagai orang yang pertama mempelopori penulisan dalam bidang tersebut. Akhirnya beliau wafat di sana.

PENGASAS MAZHAB HAMBALI—IMAM AHMAD B. HAMBAL (164-241 H / 780-855 M)

Nama penuh beliau ialah Abu Abdullah Ahmad b. Muhammad b. Hambal b. Bilal Al Syaibani. Beliau dilahirkan di Baghdad dan dibesarkan dalam yatim oleh ibunya. Ayahnya meninggal semasa beliau masih bayi. Semenjak kecil beliau telah menunjukan sifat dan peribadi yang mulia. Sehingga menarik minat ramai terhadapnya, serta amat tekun dalam menuntut ilmu pengetahuan. Beliau memulai dengan belajar menghafal Al Quran, Bahasa Arab, Hadis, Sejarah Nabi serta para sahabat dan para tabi'in. Untuk memperdalamkan ilmunya, beliau pergi ke Basrah dan berguru dengan Imam As Syafie.

Beliau juga pergi menuntut ilmu ke Mesir dan Yaman. Di antara guru beliau ialah Yusuf Al Hassan, Ibnu Human dan Ibnu Abbas. Beliau banyak mempelajari dan meriwayatkan hadis tetapi tidak mengambilnya, kecuali yang sudah jelas sahihnya. Kitab karangan beliau yang terkenal ialah `Musnad Ahmad Hambali '. Beliau mula mengajar ketika berusia 40 tahun. Pada masa pemerintahan Al Muktasim ( Khalifah Abbasiah ) beliau telah dipenjarakan kerana tidak bersependapat dengan fahamam yang mengatakan bahawa Al Quran itu adalah mahkluk. Beliau dibebaskan pada masa pemerintahan Khalifah Al Mutawakkil. Imam Ahmad wafat di Baghdad dalam usia 77 tahun.

BIDADARI UNTUK UMAR R.A.

Umar Al-Khattab r.a. adalah salah satu dari sahabat Rasulullah SAW. Semenjak ia memeluk Islam kaum muslimin seakan memperoleh suatu kekuatan yang sangat besar. Sejak itulah mereka berani solat dan tawaf di kaabah secara terang-terangan. Umar r.a. adalah seorang yang warak, ia sangat teliti dalam mengamalkan Islam. Umar r.a. mempelajari surah Al-Baqarah selama 10 tahun, ia kemudian melapor kepada Rasulullah SAW
"Wahai Rasulullah SAW apakah kehidupanku telah mencerminkan surah Al-Baqoroh, apabila belum maka aku tidak akan melanjutkan ke surah berikutnya".

Rasulullah SAW menjawab, "Sudah..."!. Umar r.a. mengamalkan agama sesuai dengan kehendak Allah SWT. Karena kesungguhannya inilah maka banyak ayat di Al-Qur'an yang diturunkan Allah SWT berdasarkan kehendak yang ada pada hatinya, seperti mengenai pengharaman arak, ayat mengenai hijab, dan beberapa ayat Al-Qur'an lainnya.

Rasulullah SAW seringkali menceritakan kepada para sahabatnya mengenai perjalanannya mi'raj menghadap Allah SWT. Beliau SAW sering pula menceritakan bagaimana keadaan syurga yang dijanjikan Allah SWT kepada sahabat-sahabatnya. Suatu hari ketika Rasulullah SAW dimi'rajkan menghadap Allah SWT malaikat Jibril AS memperlihatkan kepada Beliau SAW taman-taman syurga. Rasulullah SAW melihat ada sekumpulan bidadari yang sedang bercengkerama. Ada seorang bidadari yang begitu berbeza dari yang lainnya. Bidadari itu menyendiri dan tampak sangat pemalu.Rasulullah SAW bertanya kepada Jibril AS, "Wahai Jibril AS bidadari siapakah itu?".
Malaikat Jibril AS menjawab,
"Bidadari itu adalah diperuntukkan bagi sahabatmu Umar r.a.Pernah suatu hari ia membayangkan tentang syurga yang engkau ceritakan keindahannya. Ia menginginkan untuknya seorang bidadari yang berbeza dari bidadari yang lainnya. Bidadari yang diinginkannya itu berkulit hitam manis, dahinya tinggi, bahagian atas matanya berwarna merah, dan bahagian bawah matanya berwarna biru serta memiliki sifat yang sangat pemalu. Oleh sebab sahabatmu itu selalu memenuhi kehendak Allah SWT maka saat itu juga Allah SWT menjadikan seorang bidadari untuknya sesuai dengan apa yang dikehendaki hatinya."

Isnin, 18 Ogos 2008

Politik dalam Isra' dan Mi'raj

Hah,jangan terkejut pulak!Islam ialah ad-din.Ad-din itu panduan hidup.Pasti Islam itu lengkap, bukan setakat bab taharah dan ibadah,termasuklah politik(siyasah syari'ah), ekonomi (muamalah) serta perundangan dan jenayah.Fahaman yang memisahkan unsur saya sebutkan tadi itulah fahaman sekularisme,Islam Liberal ,pluralisme dan macam-macam ada untuk menjatuhkan Islam yang kita bicarakan di kesempatan lain.

Ulama' telah ijmak bahawa peristiwa Nabi Muhammad S.A.W mengimamkan semua nabi dan rasul menandakan peralihan kepimpinan dunia dan legasi dakwah Islamiah daripada rasul terdahulu, iaitu Nabi Isa a.s kepada Nabi Muhammd S.A.W.Hal ini bertepatan dengan firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud kedatangan Nabi Muhammad merupakan rahmat buat sekalian alam.

Sebagai umat yang mengaku mencintai Nabi(tak sekadar pada Maulidur Rasul yang dibuat oleh Abu Jahal juga)kita khususnya para pemimpin perlu menghayati sifat yang ada pada Nabi, yang membuatkan Nabi digelar sebagai pemimpin terunggul oleh sarjana Barat,Michael H. Hart. Mari kita merenung peristiwa menggali parit sebelum perang Khandaq.
  1. Nabi pemimpin 'turun padang'.Nabi sendiri menggali parit itu bersama-sama sahabat yang lain.
  2. Nabi penyelesai masalah.Semasa menggali,mereka terjumpa sebongkah batu besar yang sukar dipecahkan.Akhirnya,kudrat Nabi dengan izin Allah telah berjaya memecahkan batu itu.
  3. Nabi pemimpin yang prihatin.Seorang sahabat telah menjemput Nabi makan bersamanya kerana terlihatkan perut Nabi yang diikat dengan batu-batu kecil.Nabi menolak jemputan tadi sebaliknya menjemput seluruh mujahidin Khandaq makan di rumah sahabat tadi. Seekor anak kambing yang dimasak oleh sahabat tadi dengan mukjizat Nabi mampu mengenyangkan semua mujahidin Khandaq tadi.
Kata Nabi,setiap daripada kita ialah pemimpin.Adakah kita mencapai piawai yang ditetapkan Nabi dalam menjaga amanah kebajikan dan kemaslahatan umat Islam?


Selasa, 3 Jun 2008