93. Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisiNya satu kaum Yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan.94. mereka berkata: "Wahai Zulkarnain, Sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya Kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) Dengan syarat Engkau membina sebuah tembok di antara Kami Dengan mereka?"
Kehebatan kepimpinan Zulkarnain juga terletak kepada skil komunikasinya yang berupaya memahami bahasa kaum yang begitu sukar.Skil sebegini bukan sahaja perlu dikuasai oleh pemimpin,bahkan ulama dan daie(pendakwah) juga perlu mahir berkomunikasi bagi memudahkan pemahaman awam dan mad'u(orang yang didakwah).Realiti hari ini menunjukkan Islam turut 'diserang' di alam maya(seperti artikel sebelum ini)yang memerlukan 'teknodaie' atau protaz(profesional ustaz) tampil membetulkan salah faham terhadap Islam dengan rasional tanpa beremosi.
95. Dia menjawab: "(kekuasaan dan kekayaan) Yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku Dengan tenaga (kamu beramai-ramai) Aku akan bina antara kamu Dengan mereka sebuah tembok penutup Yang kukuh.96. bawalah kepadaKu ketul-ketul besi"; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua Gunung itu, ddia pun perintahkan mereka membakarnya Dengan berkata: "Tiuplah Dengan alat-alat kamu" sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: "Bawalah tembaga cair supaya Aku tuangkan atasnya".97. maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.
Untuk membentuk ummah yang gemilang(tema Maal Hijrah 1430 H),kita juga memerlukan keampuhan teknologi.Teknologi yang ditampilkan Zulkarnain menunjukkan ia bukan sahaja bermanfaat terhadap kaumnya,bahkan menyumbang kepada sejagat apabila tembok berkenaan dapat menghalang kaum Ya'juj dan Ma'juj daripada berleluasa melakukan kezaliman.Hal ini sejajar dengan firman Allah yang pertama:
IQRA'
Semoga huraian yang sedikit ini menjadi pedoman kepada kita untuk 'berhijrah' ke arah kebaikan.
nota:belasungkawa atas kemangkatan Almarhum Tuanku Jaafar,Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.Semoga Almarhum dicucuri rahmat dan digolongkan dalam kalangan orang soleh...
Doa akhir tahun:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Segala puji bagi Allah yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi MUhammad S.A.W dan keluarga Baginda dan sekalian sahabatnya.Ya Allah,sesungguhnya pada tahun ini kami banyak melakukan larangan-Mu,tetapi aku masih belum bertaubat sedang Kau tidak reda dan melupainya.Engkau menangguhkan azab-MU yang ditetapkan ke atasku.Engkau memerintahkan aku bertaubat atas kesalahan itu.Sesungguhnya hari ini aku bertaubat dan memohon keampunan-MU , ampunilah daku.Apa yang aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala,mak aku bermohon daripada Engkau,ya Allah,ya Zaljalali wal Ikram,terimalah permohonan ini dan jangan Engkau hampakan,wahai Tuhan yang Mulia.Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W dan keluarga Baginda dan sekalian sahabatnya.Segala puji bagi Allah yang memelihara dan mentadbir alam.
Segala puji bagi Allah yang memelihara dan mentadbir alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan