SOALAN:Jelaskan hukum penggunaan minyak wangi beralkohol dalam solat.
JAWAPAN:Harus dan sah solat,walaupun menggunakan minyak wangi beralkohol.Ini kerana bukan semua alkohol adalah najis.Para ulama menyebut alkohol najis berdasarkan hadith Nabi yang memberi isyarat bahawa arak itu najis.Ia diambil dari ayat al-Quran yang menyebut:
Dan dari hadith oleh Abu Tha`laba al-Khushani di dalam Sohih al- Bukhari dan Muslim:`Arak, tenung dan tilik nasib, lemparan kayu nasib adalah kekotoran [`rijs`] dari hasil kerja syaitan`.[Al-Maidah:90]
`Wahai Nabi Allah, kami tinggal di tanah Ahli Kitab, bolehkah kami makan dan minum di dalam bekas mereka? `Nabi membalas: `sekiranya kamu mendapati bekas selain bekasan mereka,maka jangan menggunakannya,sekiranya kamu gagal mendapatkan selainnya,maka hendaklah kamu basuh bekas itu dahulu dan kemudian makanlah menggunakannya`.
Imam An-Nawawi (Syarah Sohih Muslim 13/13:86) dan imam As-Shawkani(Naylul Awtar,1/71)menyebut, `maksud larangan makan menggunakan bekas-bekas mereka menunjukkan apa yang mereka masak dan minum menggunakan arak adalah kerana ia dihukum sebagai najis`.Hasilnya kesemua ulama empat mazhab sebelum itu pun telah menyebut bahawa arak adalah najis.
1) Mazhab Hanafi, menurut kitab al-Fiqh al-Islami wa adillatuh (6/158) menyebut bahawa jika terdapat setitik arak sebesar syiling di baju seseorang, maka solatnya menjadi batal.
2) Mazhab Maliki, disebut oleh Ibn Rushd dalam Bidayat al-mujtahid (2/125): “Tiada satu jenis pun dari alkohol, bangkai dan najis boleh digunakan kecuali untuk tujuan perubatan."
3) Mazhab Shafi’i, arak disebut najis sebagaimana disebut oleh Imam An-Nawawi di dalam al-Majmu’ 2/569-570 (dipetik dari Imam al-Ghazali).
4) Demikian juga menurut mazhab Hanbali (Ibn Quddama, al-Mughni, 9/152).
Benar 70 peratus atau lebih dalam arak adalah alkohol, tetapi ia jenis denatured alcohol yang telah diproses untuk tujuan memberikan kemabukan. Adapun alkohol yang terdapat di dalam minyak wangi adalah bukan jenis ethanol yang sama dengan apa terdapat di dalam arak, ia menggunakan absolute ethanol iaitu sejenis alkohol dengan hanya sedikit air dan campuran lain.Hasilnya kesan penggunaanya juga berbeza dari kesan arak, malah ia tidak lagi digelar arak, barang siapa yang meminumnya pula, ia mungkin boleh membawa seseorang itu kematian dengan segera!
MELAWAK TENTANG HUKUM AGAMA
SOALAN:Apa hukumnya jika seseorang membuat lawak tentang hukum hakam, sebagai contoh dalam isu aurat dikatakan:" Tak mengapa, pandangan pertama tak berdosa, tapi kami pandang lama sahaja?"
JAWAPAN:Ia adalah satu perkara yang amat menyedihkan, ia sebenarnya hasil dari sikap sebahagian umat Islam hari ini yang jahil tentang hukuman bagi tindakan mereka.
Berkenaan larangan melihat kali kedua kepada aurat ini diriwayatkan dalam beberapa buah hadith, antaranya hadith:
–Iaitu, jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya.“Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!“ (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi)
Demikian juga kata Baginda s.a.w. kepada Ali k.w.j:
Demikian juga seperti ucapan alhamdulillah bagi seorang artis yang berpakaian separuh bogel apabila berjaya meraih sesuatu anugerah di media. Perbuatan tersebut juga mempermainkan hukum dan lafaz Islam di tempat yang tidak sewajarnya.Seperti juga seorang perompak membaca Bismillah ketika memulakan rompakannya, atau seorang peminum arak yang mengucapkan alhamdulillah apabila selesai minum arak. Semua ini menambahkan lagi dosa disebabkan wujud unsur penghinaan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada ucapan zikir dan hukum.“Jangan kamu ikuti satu pandangan yang lain, kerana yang pertama bagimu diampunkan dan tidak bagi yang kedua."(Riwayat Ahmad, Abu Daud, Albani: Hasan)
Apabila ia adalah sebuah hukum atau ucapan zikrullah, maka adalah tidak harus sama sekali sesiapa juga mempermainkannya atau menyebutnya di tempat yang tidak sewajarnya. Nabi s.a.w. bersabda ertinya:
“Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya ke dalam neraka sejauh antara timur dan barat.” (Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256, no 2998)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan