Khamis, 4 Disember 2008

..::Tolong Forwardkan?!::..

Baru-baru ini, ana dapat satu mesej kat friendster ana.


ini adalah benar...
sila baca sehingga habis...dan tlg sebarkan kepada seberapa byk org Islam
yg boleh...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ini adalah surat wasiat dari
penjaga makam Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad Maeine (Saudi Arabia).


pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di makam Rasulullah SAW. selepas
membaca lalu hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi didatangi Rasulullah SAW
lalu bersabda kepada hamba, dalam 60 000 orang yang meninggal dunia di zaman ini
tiada seorang pun yang matinya dalam keadaan beriman.

(a)isteri tidak mendengar kata suami.
(b)orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.
(c)orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan.

Oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu menyedarkan kepada orang Islam
ini supaya membuat kebajikan,kerana hari penghabisan(Qiamat) akan tiba di mana
bintang akan terbit dari langit, sesudah itu matahari akan turun di atas kepala.


PESANAN HAMBA INI
(a) berselawat - untuk junjungan Nabi kita Muhammad SAW.
(b) bertaubatlah - dengan segera sementara Pintu Taubat masih
terbuka.
(c) Bersembahyanglah
(d) berzakat - jangan ditinggalkan.
(e) Menunaikan Fardhu haji - bila berkemampuan.
(f) Jangan menderhaka kepada kedua ibu bapa.

UNTUK MAKLUMAN 1. seorang saudagar dari bombay telah menerima surat ini dan
beliau telah mencatak sebanyak 20 salinan dan mengirimkan kepada orang lain, dia
kemudiannya dianugerahi Allah dengan mendapat keuntungan yang besar dalam
perniagaannya.

2. seorang hamba Allah telah menerima surat ini tetapi tidak
mengendahkannya dan menganggap wasiat ini palsu, maka selang beberapa hari kemudian anaknya meninggal dunia.

3.Pada tahun 1977 Tun Dato Mustapha bekas Ketua Menteri Sabah menerima
wasiat ini kemudian mengarahkan setiausahanya mencetak sebanyak 20 salinan dan
menghantarnya kepada orang lain, maka selang beberapa hari kemudian dia telah
mendapat hadiah dari kebajikan masyarakat di malaysia timur.

4. tan sri ghazali jawi, bekas menteri besar perak secara tidak langsung
dipecat dari jawatannya kerana apabila beliau menerima wasiat ini beliau terlupa
mencetak 20 salinan untuk disebarkan kepada orang lain tetapi beliau telah
menyedari kesilapannya lalu beliau mencetak semula wasiat ini dan mengirimkannya
kepada orang lain, beberapa hari kemudian beliau telah dilantik menteri Kabinet
Perdana Menteri.

5. Zulfikar Ali Bhuno telah menerima surat wasiat ini dan tidak percaya
akan kebenarannya juga menganggap palsu lalu membuangnya ke dalam tong sampah.
seminggu kemudian beliau telah dijatuhkan hukuman pancung sampai mati.


6. di Terengganu, seorang pekerja bengkel kenderaan telah menerima wasiat
ini dari pengirim yang tidak dikenali yang datangnya dari Perak lalu beliau
membuat sebanyak 20 salinan seperti yang dituntut. Alhamdulillah dia
dianugerahkan oleh Allah seorang gadis berakhlak mulia seperti yang dituntut
oleh Islam. baginya anugerah ini paling agung dan tidak ada tandingannya.


7. Di Terengganu juga, seorang hamba Allah telah menerima surat ini dari
orang yang tidak dikenali tetapi beliau tidak mengendahkannya dengan mengatakan
ianya bohong belaka dan sengaja mengada-adakan untuk menakutkan orang yang
membacanya. Beberapa hari kemudian dia telah mendapat penyakit ganjil dan
penderitaanya amat menyedihkan. setelah tiga minggu mendapat rawatan rapi di
hospital, penyatkitnya sukar juga diubati oleh doktor. Akhirnya beliau teringat
akan wasiat ini dan mengedarkannya kepada orang lain. Semingu kemudian barulah
beliau beransur sembuh sehingga sekarang.

Banyak lagi contoh-contoh orang yang menerima wasiat ini tetapi tidak
mempercayainya dan tidak mengedarkannya atau menyampaikan kepada orang lain.
dimana mereka mendapat malapetaka. setelah kejadian yang menggembirakan dan
menyakinkan ini anda jangan lupa menyampaikan 20 salinan wasiat dalam masa 96
jam dari masa anda menerimanya. InsyaAllah anda akan memperolehi sesuatu dari
YANG MAHA KUASA dengan penuh keyakinan pasti ia akan menerangi hidup anda dengan
nikmat kebahagiaan hidup. INSYAALLAH.

PERHATIAN setelah membaca wasiat ini hendaklah ditulis atau dicetak
dan disampaikan kepda orang lain sebanyak 20 salinan. sekiranya telah dilakukan anda akan dianugerahkan sesuatu nikmat atau hajat anda akan dikabulkan oleh
ALLah.


kata sheikh ahmad lagi. jika apa yang hamba katakan ini tidak benar,
biarlah hamba mati dalam kekufuran dan hamba tidak mendapat perlindungan dan
syafaat Rasulullah SAW naaauzubillah. oleh itu hendaklah ditulis atau dicetak
dan disampaikan kepada orang lain. insyaAllah dalam masa 2 minggu anda
akan berolah kebahagiaan dan ingatlah lakukan ini dengan hati yang ikhlas dan
janganlah diabaikan atau dibiarkan TLG SEBAR KAN KPD UMAT ISLAM....SEBAR KAN 20
WASIAT NI KPD UMAT ISLAM... "TOLONGLAH BERTAUBAT WAHAI UMAT ISLAM DISELURUH
DUNIA...

ehem..ehem...

Mesej ini betul ke tidak? Wallahua'lam.

Tapi bukan pesanan yang cuba disampaikan oleh penulis mesej ini yang saya pertikaikan, cuma seharusnya, kita sebagai umat Islam tidak patut percaya dengan 'kuasa' surat berantai.

Dakwah boleh disampaikan kepada orang ramai, tapi ingat! Niat tidak menghalalkan cara. Biarpun pada asalnya kita ingin melakukan satu pekerjaan yang murni, berdakwah, namun sekiranya cara yang digunalkan salah, pekerjaan ini tetap salah.

Emmm... Beginilah. Antum tahu kisah Sunan Kalijaga?Beliau merupakan salah seorang daripada wali songo. Sebelum beliau menjadi wali, beliau sering mencuri harta di gudang untuk dibahagikan kepada rakyat miskin. Perbuatan ini akhirnya diketahui, dan bapanya telah menghalau beliau dari kampung. Beliau telah masuk ke hutan hutan Jatiwangi... dan dipendekkan cerita... beliau terjumpa dengan Sunan Bonang.


Sunan Bonang berkata kepada Raden Said (nama sebenar Sunan Kalijaga),
“Jika kau mencuci pakaianmu yang kotor dengan air kencing, apakah
tindakanmu itu benar ?”

(setelah mendapati kisah Raden Said yang mencuri untuk dibahagikan kepada orang yang membutuhkannya.hehe)

“Sungguh perbuatan bodoh,” sahut Raden Said. “Hanya menambah
kotor dan bau pakaian itu saja.”

Lelaki itu tersenyum, “Demikian pula amal yang kau lakukan. Kau bersedekah dengan barang yang di dapat secara haram, merompak atau mencuri, itu sama halnya mencuci pakaian dengan air kencing.”


Kesimpulannya (kalau masih tidak faham), mencuci pakaian adalah satu perbuatan yang betul. Akan tetapi, membasuhnya dengan air kencing(?!), adalah satu perbuatan yang tidak betul (menambah kotor dan bau pakaian)! Dan dalam konteks kita sekarang ini, berdakwah memang adalah satu perkara yang wajib, tetapi sekiranya kita menggunakan cara yang salah dalam mengerjakannya, maka... fikir-fikirkanlah...

Dan ingatlah! Andainya antum mendapat mesej yang tidak diketahui kebenarannya, elakkan daripada terus memforwardkannya. Lebih baik sekiranya ditanyakan dahulu kepada orang yang berilmu akan kebenaran mesej tersebut.

Sekarang ini, maklumat berada di hujung jari kita(nak berinteraksi dengan mufti pun senang). Sekiranya kita menggunakannya dengan cara yang betul, Insyaallah, kita akan mendapat keberkatan daripadanya. Akan tetapi, sekiranya kita menggunakannya dengan cara yang salah, nauzubillah, kita bimbang dengan azab Allah di akhirat kelak.

Wallahua'lam.

1 ulasan:

  1. surat tersebut adalah palsu. boleh rujuk kajian yg dijalankan oleh al-ahkam.net

    -mazanizam

    BalasPadam