Ahad, 14 Disember 2008

Nota Pilu di I'dul Adha

Rasanya belum terlambat bagi kami mengucapkan takziah atas para mangsa tanah runtuh Bukit Antarabangsa.Semoga dilimpahkan kesabaran dan kesejahteraan dalam menghadapi musibah yang mendatang,tambahan pula menjelang sambutan I'dul Adha.
Tika inilah jelas tergambar di mata masyarakat,baik mangsa,anggota penyelamat,dan orang awam lain,apa itu korban,siapa berkorban,yang mengorbankan dan yang terkorban(nanti saya jelaskan).Sesungguhnya natijah daripada amalan qurban(menumbangkan lembu seekor tu...) telah memberi impak yang besar kepada umat Islam di Malaysia(kadang kala alpa dek 'Melayu mudah lupa' bak kata blogger ini) menjadi lebih prihatin terhadap isu semasa seperti kemalangan jalan raya yang semakin parah di negara kita.Namun yang lebih parah keimanan kita,yang menyebabkan tragedi seumpama itu sering berulang.
Apa kaitan tanah runtuh dengan iman ya?Mari kita renungkan kata-kata hikmah ini
'Mukmin tidak akan jatuh dalam satu lubang untuk kali kedua'

Sebagai ad-din yang syumul,Islam menggariskan hubungan manusia dengan ALLAH,hubungan manusia dengan manusia,dan hubungan manusia dengan alam ciptaan Yang Maha Pencipta.Harmoninya Islam bak hubung kait antara paksi x,paksi y dan paksi z dalam graf matematik.


Secara analogi,dalam menjadi mukmin yang mendambakan reda Ilahi,seharusnya Mukmin tersebut membentuk graf linear dengan nilai di semua paksi tadi(atau hubungan kita dengan semua unsur tadi) meningkat secara seragam dari titik asalan(iaitu sedar dirinya tidak punya apa-apa melainkan hak mutlak Khaliq).Kalau masih tak sedar diri,bagaimana hendak mencapai ma'rifatullah.Maka tersebarlah di bumi ALLAH bernama Malaysia ini gejala rasuah,ketamakan dalam merebut harta dunia,hingga terlupa pada balasan Akhirat kelak.Robeknya iman tatkala berhala Al-Ringgit dihulur dari Sang Durjana Pemberi Rasuah pada Si Lemah Iman Pemakan Rasuah!(bacalah cerpen Cahaya Pada Jiwa karya Faisal Tehrani!)

Nah,ini dia
!Pabila alam bersuara memetik Ustaz Hasrizal,batu yang takutkan ALLah sedang berbicara dengan manusia dengan bahasa batu(macam dialog dalam Ayat-Ayat Cinta pula ^_^).Mungkin juga ada mesej tersirat pada umat Islam Malaysia,hentikanlah maksiat yang berleluasa sebelum tsunami kedua melanda Malaysia yang secara geografi,aman dari bencana alam yang serius.

Pada yang menjadi mangsa,usahlah menuding jari pada qada' dan qadar yang berlaku.Orang Inggeris cakap "maybe there are blessings in disguise".Madah untuk anggota penyelamat pula, jadikan pengorbanan anda bertugas di I'dul Adha sebagai ibadah,daripada mengecop mangsa tanah runtuh sebagai 'bodoh'.Dalam ledakan emosi yang berbaur itu,ingatlah ALLAH,seperti firman-Nya
"Sesungguhnya dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang..."
nota:baca sekali cerpen di Mingguan Malaysia hari ini,ini pengarangnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan