Dari sudut saintifiknya,Isra' dan Mi'raj mengajar kita tiga bidang ilmu:
- Bidang perubatan.
Apa yang kita tidak sedari,Allah mengajar dua ilmu perubatan.Kini kita menyebutnya sebagai ilmu psikologi dan fisiologi.Malaikat mencuci hati Nabi dengan air zamzam,menunjukkan hati manusia ini secara fitrah adalah bersih dan suci,tertarik dengan benda yang bersi dan suci,dan PERLU DISUCIKAN .Caranya tak lain,taqarrub pada ALLAH.
Ilmu fisiologi yang saya maksudkan pula ialah pembedahan yang berlaku pada Nabi.Ingat para bakal doktor muslim(khasnya sekolah kita,amin),dulang yang digunakan diperbuat daripada emas.Kajian menunjukkan logam emas dan perak sesuai digunakan sebagai alat bedah kerana sifatnya yang menyebabkan mikroorganisma tidak dapat hidup di atas permukaannya(betulkan kalau saya silap!).
- Fizik
Ini dia bukti saintifik,Nabi boleh bergerak pada jarak sebegitu jauh dalam masa semalaman pada kelajuan cahaya.Jangan lupa buraq yang ditunggangi Nabi,berasal daripada perkataan 'barqun' yang bermaksud kilat(kilat kan cahaya!)
- Aeroangkasa
Inilah peranan kita,generasi muda Islam untuk membugar semula kunci keilmuan yang terkandung dalam Al-Quran,As-Sunnah dan Sirah Nabawiyah untuk menegakkan umat Islam sebagai khaira ummah,seperti yang disebut dalam Al-Quran.Sekian,wallahua'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan