Khamis, 2 Jun 2011

5 SYARAT NAK BUAT MAKSIAT

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?" 

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?" 

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?" 

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?" 

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?" 


"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."


Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.








Isnin, 30 Mei 2011

AKIDAH AKHIR ZAMAN


"kamu ingat,menyanyi itu satu ibadah"
"dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim,kamu boleh mulakan persembahan kamu sekarang.."
"alhamdulillah,syukur kepada tuhan saya dapat membuat yg terbaik pada persembahan tadi..."

Inilah antara lafaz2 yg keluar daripada mulut org islam sendiri...adakah tepat apa yang mereka katakan??adakah betul apa yg mereka perkatakan...?
itulah apa yg saya dpt dengar dari sebuah rancangan realiti tv yg semakin hangat sekarang ini iaitu akademi fantasia musim 9...


akidah ialah antara elemen yg sangat penting dan sensitif yg kita perlu pelihara dengan sebaiknya...sekali kita berkata atau membuat sesuatu yg memesongkan akidah kita, kita wajib memperbaharui syahadah kita...sebeb itulah kita disuruh utk mendirikan solat kerana solat itu akan memperbaharui syahadah kita...mungkin kita tdk tahu,atau orang lain pun tdk tahu bahawa akidah kita telah tergelincir sedikit daripada landasannya, tapi itu antara kita dengan Allah S.W.T...

Sama-samalah kita muhasabah kembali kesilapan kita...setiap manusia tidak lari dalam melakukan kesilapan dari segi perbuatan, perkataan mahupun taqrir...


ramai penyanyi perempuan dilahirkan antara tanda2 akhir zaman...




kanak menjadi pujaan dalam perkara yg tdk sepatutnya...


inilah realiti di negara kita...malaysia yg kita cintai...


ya Allah, selamatkan kami di akhir zaman ini ya Allah...
peringatkan kami tentang azab-Mu ya Allah...
kembalikan hati2 kami ke jalan yg Engkau redhai...

Ahad, 17 April 2011

KENAPA KITA DIUJI?

KITA BERTANYA: KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB: “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”- Surah al-Baqarah ayat 286

Jawapan orang cerdik: Ya Allah, Jika ujian ini amat berat, berilah kekuatan untuk aku menghadapinya

KITA BERTANYA: KENAPA RASA SEDIH DAN KECEWA?

QURAN MENJAWAB:“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.”
- Surah ali-Imran ayat 139

Jawapan orang cerdik: Aku tidak pedulikan atas keadaan susah atau senangku kerana aku tidak tahu manakah diantara keduanya yang lebih baik dariku


KITA BERTANYA: APAKAH YANG HARUS AKU LAKUKAN?

QURAN MENJAWAB: “Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”- Surah ali-Imran ayat 200


Jawapan orang cerdik: Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku
dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu.

Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai.


Rasullullah s.a.w mengingatkan kita dengan sabdanya:

“Orang yang cerdik adalah orang yg menjalani kehidupan seiring dengan kehendak agama dan membuat persiapan untuk hari esok manakala orang yang b0doh adalah orang yang menuruti keinginan nafsunya dan berangan-angan Allah akan mengampunkannya.”
(Riwayat at-Tirmizi)



Allah SWT mengingatkan seluruh manusia supaya sentiasa berdoa untuk dimatikan dalam Islam dan bersama-sama dengan orang-orang yang soleh.

Firman Allah SWT:

“Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi.

Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh”. (Yusuf, ayat 101)