Ahad, 23 November 2008
Tanyalah Diri Anda
A : Sudah tentu? solat itu tiang agama
dan berdosa jika kita meninggalkannya.
B : Solat gak le.. itu pun kalau mak
ayah suruh..atau join kawan.. tp ikot
mood le..
C : Kalau solat pun tak khusyuk.. baik
tak payah?
Soalan2: Adakah anda berpuasa di bulan
Ramadhan??
A : Itu juga kewajipan umat islam..maka
wajib dilakukan kerana Allah..
B : Ofcoz la posa? malu la kat orang
kalau tak posa.. tak posa takleh raya.
C : Aku solat pun tak.. posa wat pe??
Soalan3: Jika anda seorang wanita,
adakah anda memakai tudung??
A : Pakai tudung tu kewajipan & maruah
seorang wanita Islam.. so.. faham2 lah ye..
B : Tudung tu pakai kat sekolah je.. kat
luar tayang rambut rebonding lah..
C : Tudung?? Tak trendy laa.. wat malu
je.. jatuh la saham aku?
Soalan4 : Apakah aurat bagi lelaki??
A: Diantara pusat & lutut. Budak dejah 1
pun tau..
B : Antara pusat n ketiak kot? tak pasti..
C : ntah.. tak kesah le.. apa guna
spender mahal n bulu peha panjang kalau
tak tayang??
Soalan5 : Apa pndapat anda ttg wanita
bpakaian seksi & fit??
A : Jelas dia tidak sayangkan agama &
tidak ingin menjaga maruah diri & Islam.
B : Tanya la dia.. mane tahu kain mahal
n tak mampu beli banyak. so tpaksa pinjam
baju adik
C : Standard la tu. Takpe tak tutup
aurat yang penting hati mesti baik..
Soalan6 : lelaki & wanita boleh
bersentuhan tak??
A : Haram? batal wuduk.. bukan mahram so
jangan le..
B : Ala ? stakat salam tu takpe lah
C : Open la sket.. ape guna ade kapel
kalau tak leh sentuh?? Stakat pegang tu
takpe la.
Sabtu, 22 November 2008
Lelaki idaman muslimah
Kerana matanya sunyi dari melihat
perkara-perkara maksiat dan laghah
Kerana kedua matanya terpelihara dari
memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang
dalam memerhati keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik
dalam melihat kesengsaraan umat Islam
di Palestin, Bosnia, Ambon dan seumpamanya
Biarlah dia seorang yang bisu
Bisu dari pujuk rayu yang bisa mengoncang keimanan
Bisu dari mengungkapkan ungkapan yang bisa meracun fikiran
Bisu dari perkataan yang bisa mengundang kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah
membangkang kemungkaran
dan dia lantang
menyuarakan kebenaran
Biarlah dia seorang yang bakhil
Bakhil dalam memberi senyuman
pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa
untuk membuat temujanji
dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya
kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah
meluangkan masanya untuk beribadah
dengan Khaliqnya
Dia begitu pemurah
untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup
menggadaikan hartanya
bahkan nyawanya
demi melihat kalimah syahadah
Khamis, 20 November 2008
Hadiah Malam Jumaat (Pengalaman Salih Al Mazi)
Di situ Salih duduk sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur memandangkan waktu subuh masih lama lagi.
Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing. Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual sesama mereka. Al Mazy ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai baju kotor serta tidak berkumpul dengan ahli-ahli kubur yang lain. Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah kerana sedih. Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam yang ditutup dengan saputangan. Seolah-olah erti cahaya yang gemerlapan. Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa talam-talam itu,
tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam kuburnya.
Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang hingga tinggallah si pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa. Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk
semula ke dalam kuburnya. Tapi sebelum dia masuk Al Mazy yang bermimpi segera menahannya untuk bertanyakan keadaannya. "Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau terlalu sedih mengapa?" tanya Salih
Al Mazy. "Wahai Salih, adakah engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?" tanya pemuda itu. "Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam itu?" tanya Al Mazy
lagi. Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang terdiri dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan doa.
Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari Jumaat. Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar. Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah berkahwin dengan suami baru. Akibatnya dia lupa untuk bersedekah untuk anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang mengingati si pemuda. Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila melihat orang-orang lain
menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak menerimanya. Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda. lalu ia bertanya nama dan alamat ibunya agar ia dapat menyampaikan berita keadaan anaknya.
Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya. Kemudian Al Maizy terjaga. Pada sebelah paginya Al Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut. Setelah mencari kesana kemari beliaupun berjumpa ibu
si pemuda tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya. Ibunya menangis mendengar keterangan Al maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzah. Kemudian ia berkata :"Wahai Salih !
Memang betul dia adalah anakku. Dialah belahan hatiku, dia keluar dari dalam perutku. Dia membesar dengan minum susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur ketika kecilnya." Al
Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis penuh penyesalan kerna tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama ini. "Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu."
kata Al maizy lalu bangun meninggalkan wanita tersebut. Tatkala dia cuba untuk melangkah si ibu menahannya agar jangan pulang dahulu.Dia masuk kedalam biliknya lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham. "Wahai Salih, ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk
anakku, cahaya mataku. Insya Allah aku tidak akan melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untukya selama aku masih hidup." Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada
fakir miskin sehingga tidak sesen pun dari seribu dirham itu yang tinggal. Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya oleh ibu pemuda tersebut. Pada suatu malam Jumaat di
belakang selepas itu, Al Maizy Berangkat ke masjid jamik untuk solat jamaah. Dalam perjalanan sebagaimana Biasa ia singgah di perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2. Si pemuda yang dulunya kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan sangat gembira. Pemuda tersebut mendekati Salih Al Maizy se raya berkata : "Wahai tuan Salih, aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas
kebaikanmu itu. " "Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat." katanya lagi. "Eh, Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?" tanya Al Maizy. "Ya, Tahu." "Apa tandanya?"
"Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata "Selamat pada hari yang baik ini, yakni hari Jumaat." Salih Al Maizy terjaga dari tidurnya.Ia cuba mengingati mimpinya dan merasa gumbira kerana si
pemuda telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doa dari ibunya. (Petikan kisah Wali-Wali Allah (2) terbitan syarikat Nur ulhas).
Rabu, 19 November 2008
Sesiapa Yang Ingin Tahu???
Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.” Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” - (Surah Yusuf, ayat 24)
- Ikhlas kepada Allah. Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.
- Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.
- Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”
- Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.Jika anda mampu...
Istiqamah?
Dato’ Hj Dusuki Ahmad dalam bukunya Kamus Pengetahuan Islam mencatatkan bahawa istiqamah itu ialah: “tetap hati, tekun dan terus-menerus menggiatkan usaha untuk mencapai cita-cita.” Menurut definisi ini, kita fahami bahawa individu yang mudah lemah semangat, mudah patah hati, mudah kecewa, kerja sambil lewa, tidak tetap pendirian, pemalas dan suka ponteng adalah individu yang tidak istiqamah.
Sebenarnya istiqamah itu lebih meluas pengertian, konteks dan kehendaknya dari sekadar kosisten. Sebagaimana pengertian akhlak dan etika. Akhlak itu lebih syumul, murni dan berpahala serta didorong oleh iman, manakala etika hanya sifat yang dibiasakan pada waktu dan ditempat tertentu tanpa dikaitkan dengan iman. Etika belum tentu kekal menjadi pakaian diri berbanding dengan akhlak yang telah sebati.
Istiqamah itu merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia, baik rohaniah atau jasmani, baik hablumminallah (hubungan dengan Allah) mahupun hablumminannas (hubungan dengan manusia). Istiqamah yang paling utama adalah istiqamah di dalam aqidah dan keimanan. Hati mukmin tidak akan goyah dan goyang walau diuji seberat mana sekalipun.
Imannya sama sekali tidak dicelahi penyakit syak, zdan dan waham iaitu kategori penyakit ragu-ragu dan kurang yakin. Pendek kata, mukmin itu tetap dan lurus di dalam keimanannya.
Firman Allah s.w.t.: “Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan “Tuhan kami ialah Allah” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): ‘Janganlah kamu berasa sedih, dan bergembiralah kamu dengan (memperolehi) syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu’.” Surah Fussilat:30
Selasa, 18 November 2008
HAMAS : Pesanan Buat Umat Islam di Malaysia
pesanan Dr Khalil al-Haya mewakili HAMAS di Palestin untuk umat Islam di
Malaysia. Beliau telah berada di Malaysia pada tarikh 11 Mei-17 Mei 2006 untuk
siri kempen "Bersama Menyokong Rakyat Palestin dan kerajaan HAMAS".
Pesanan ini telah diterjemahkan oleh Maszlee Malik di atas permintaan Dr Khalil)
Alhamdulillah, Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk
berjihad. Kami telah dipilih untuk menjadi barisan hadapan kepada umat Islam.
Kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta,
anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid al-Aqsa.
Kami juga telah dipilih oleh Allah SWT untuk mewakili umat Islam di seluruh
dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam
dan juga masjid ketiga suci mereka. Kami juga telah dipilih oleh Allah untuk
menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan kami berbanding kehidupan
dunia. Selama lebih daripada 60 tahun, kami hidup di medan pertempuran. Selama
waktu itu jugalah kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi.
Mengapa?, hanya kerana kami mengucapkan La Ilaha Ila Allah, dan kerana kami
mempertahankan bumi serta masjid kami.
Pelbagai bentuk kesengsaraan telah rakyat Palestin lalui. Pengusiran dari
rumah, kampung halaman, dan juga tanah watan. Dibunuh, diseksa, ditembak,
dibom, dibantai, disembelih dan apa-apa lagi perbuatan tidak bertamadun yang
boleh diungkapkan, telah kami lalui. Generasi berganti generasi, umat Islam di
Palestin tetap sabar dan komited untuk terus kekal dan mempertahankan tanah air
mereka. Ianya adalah jihad, ianya adalah kemuliaan, ianya adalah bukti yang
ingin kami bawa sebagai mahar ke syurga nanti. Semoga Allah menerima
pengorbanan kami ini.
Ketika di waktu awal penjajahan, kami, saudara anda dari gerakan Islam
telah menjadi barisan utama perjuangan. Selepas beberapa waktu, gerakan Islam
telah dibantai penjajah. Pembantaian itu walau bagaimanapun tidak cukup untuk
melemahkan kami. Sehinggalah di zaman Jamal Abdul Naser, sepertimana
saudara-saudara kita di Mesir dibantai, kami juga turut menerima kesannya.
Semenjak tarikh tersebut,gerakan Islam terpaksa kembali ke bawah tanah. Kami
telah menumpukan usaha untuk pembinaan semula struktur perjuangan. Usaha
pendidikan, dakwah, tarbiyyah dan kebajikan telah menjadi agenda utama kami.
Kami laluinya dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Sehinggalah di pertengahan
80′an. Apabila arus sekular telah mula jemu dengan perjuangan. Ketika arus
sekular yang asalnya memandu perjuangan rakyat Palestin telah mula lesu. Kami
mula memunculkan diri sebagai peneraju perjuangan rakyat Palestin. Perjuangan
kami berbeza dengan perjuangan sebelum ini. Perjuangan kami adalah berteraskan
Islam dan kami membawa mesej ummah. Perjuangan kami bukan hanya sekadar ingin
memerdekakan sekeping tanah, tetapi untuk memandu kebangkitan umat Islam semula
dan meninggikan syiar Islam di muka bumi ini.
HAMAS, semenjak hari pertama penubuhannya telah menjadikan jihad sebagai
jalan utama untuk memerdekakan bumi Palestin. HAMAS juga telah menjadikan Islam
sebagai landasan perjuangannya. HAMAS juga telah memberikan nyawa ahli-ahli
mereka untuk tujuan tersebut. HAMAS juga telah berjanji dengan rakyat Palestin
dan juga kepada umat Islam untuk terus komited dengan perjuangan mereka. HAMAS
juga berjanji untuk memerdekakan masjid al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang
dengan kuku dan gigi sahaja. Itulah janji kami.
Selepas hampir 20 tahun berjuang, Allah memberikan hasilnya kepada
perjuangan HAMAS. Kami diberi kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah mereka.
Kemenangan ini, walaupun indah, namun ianya merupakan ujian yang getir bagi
kami. Kemenangan tersebut merupakan era baru perjuangan HAMAS. Kami terpaksa
menambahkan satu lagi ruang di dalam perjuangan kami, iaitu ruangan politik
pemerintahan. Semakin bertambahnya beban, semakin tingginya perngorbanan.
Buat umat Islam di Malaysia, andalah saudara kami yang paling hampir
di Malaysia. Hati-hati kita telah diikat dengan fikrah dan aqidah yang sama.
Kita telah dihimpunkan di dalam ikatan kerohanian yang jitu. Kita telah
ditakdirkan untuk bersama di dalam perjuangan dengan manhaj yang sama. Kami
adalah wakil anda di Palestin. Kemenangan kami adalah kemenangan anda.
Pemerintahan kami adalah pemerintahan anda. Kerajaan HAMAS adalah kerajaan umat
Islam dan hadiah buat perjuangan pecinta Islam di seluruh dunia. Tidakkah anda
sedar perkara ini?, jika anda tidak sedarkan perkara ini siapakah lagi yang
akan menyedarinya???
Umat Islam di Malaysia sekelian, menjadi pemerintah bukanlah sesuatu yang
mudah. Apatah lagi memerintah di dalam fasa penjajahan dan peperangan. Apatah
lagi jika pemerintahn itu hanyalah memerintah sebuah negara yang tidak
berdaulat dan dinafikan kedaulatannya. Apatah lagi apabila memerintah sebuah
negara yang menjadi sasaran keganasan penjajah Zionis yang didokongi oleh kuasa
besar dunia yang zalim. Apatah lagi pemerintahan tersebut adalah mewarisi
pemerintahan sebelumnya yang meninggalkan beban hutang sebanyak USD 3 billion
di dalam akaun kerajaan. Inilah realiti kerajaan yang kami terajui. Inilah juga
realiti kerajaan yang diterajui oleh HAMAS di Palestin. Inilah realiti kerajaan
yang mewakili anda semua di seluruh dunia.
Sehingga kini, para pegawai kerajaan, termasuk para menteri, tidak menerima
gaji semenjak 3 bulan yang lalu. Tahap pengangguran telah mencapai 31% di Gaza
dan Tebing Barat. Bekalan makanan dan petrol semakin berkurangan. Ubat-ubatan
di hospital semakin kehabisan. Baru-baru ini, tiga orang bayi telah meninggal
di hospital di Gaza kerana ketiadaan ubat-ubatan yang mencukupi.
Pelajar-pelajar tidak akan dapat menduduki peperiksaan kerana kehabisan kertas
di sekolah-sekolah di Gaza dan Tebing Barat. Hatta, persidangan parlimen
(Majlis Legaslatif) kami di Gaza hampir-hampir dibatalkan kerana kekurangan
kertas.
Mengapa ini semua?, ianya adalah kerana keberkesanan tekanan yang dikenakan
ke atas rakyat Palestin oleh rejim Zionis, AS dan juga EU. Tekanan yang
dikenakan hanya semata-mata rakyat Palestin telah memilih calon yang mereka
inginkan di dalam pilihanraya yang lalu. Tekanan yang dikenakan kerana kami
enggan menurut ugutan mereka supaya mengiktiraf penjajahan Zionis. Tekanan juga
dikenakan kerana kami ingin mempertahankan diri kami daripada dibunuh oleh pihak
penjajah. Sampai bilakah tekanan ini akan berakhir?
Wang hasil kutipan cukai kami yang berjumlah USD 55 juta sebulan tidak
pernah dipulangkan kepada rakyat Palestin.Rejim Zionis telah mengambilnya dari
kami dan tidak pernah dipaksa untuk memulangkannya kepada kami. Mengapa tiada
kuasa yang memaksa rejim Zionis untuk memulangkannya. Mereka juga telah menutup
laluan udara, darat dan laut kepada tanah Palestin. Ekonomi kami berada di
tangan rejim Zionis kerana perjanjian gila dan bodoh yang telah dipersetujui
oleh kerajaan sebelum ini. Walau bagaimanapun, kami tidak mengharapkan itu
semua.
Kami yakin, saudara-saudara seislam kami masih dapat membantu kami. Kami
yakin saudara seaqidah kami akan dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan
mencukupinya. Kami yakin juga, saudara seaqidah kami di seluruh dunia akan
dapat membuatkan kami terus hidup dan tidak bergantung kepada bantuan-bantuan
daripada negara-negara bukan Islam, apatah lagi dari rejim Zionis.
Persoalannya, di manakah saudara-saudara kami? Di manakah mereka di kala kami
memerlukan mereka?
Wahai umat Islam di Malaysia. Kami mengharapkan agar anda mengepalai kempen
untuk menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini. Kami hanya mempunyai
dua pilihan. Pertamanya, tunduk kepada tekanan AS dan EU lantas mengiktiraf
Israel demi menghilangkan kesengsaraan rakyat. Pilihan yang kedua adalah
teruskan berjuang dan tidak sekali-kali tunduk kepada tekanan. Kami telah
memilih pilihan yang kedua. Kami akan terus berjuang ke titisan darah terakhir
kami. Kami tidak akan sekali-kali mengiktiraf penjajah. Kami tidak akan
sekali-kali tunduk kepada tekanan. Malangnya rakyat hanya boleh bertahan selama
enam bulan. Tiap-tiap hari, rakyat mengadakan perarakan menyokong kerajaan dan
menggesa agar kerajaan HAMAS tidak tunduk kepada tekanan. Kami yakin, rakyat
akan terus menyokong, tetapi sampai bila?, perut mereka akan kosong. Kami tidak
akan membiarkan rakyat kami kelaparan dan sakit tanpa rawatan. Kami perlukan
bantuan anda untuk melakukannya. Mahukah anda melihat kerajaan HAMAS di
Palestin membiarkan rakyatnya kelaparan?
Umat Islam di
Malaysia sekelian,
Kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan
sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan
prinsip Islam akan terus dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan
anda.
Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya
menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di
atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan
kebisuan anda semua. Kai tidak akan memaafkannya.
Umat Islam di
Malaysia,
Kami mengharapkan agar anda bersikap pro-aktif. Kami mengharapkan agar anda
menyumbang USD 1 (RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan rakyat
Palestin.
Kami juga mengharapkan agar anda melobi kerajaan anda yang menjadi
pengerusi OIC untuk melakukan sesuatu.
Kami juga berharap dari anda untuk melakukan kempen kesedaran, dan libatkan
masyarakat Malaysia, termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan Islam untuk turut
membantu rakyat Palestin.
Kami juga inign melihat anda menjadi juara di peringkat antarabangsa di
dalam kempen kesedaran ini.
Banjiri media anda dengan isu Palestin dan al-Aqsa(bukan dengan hiburan semata-mata!!) . Halakan mereka untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin.
Kepalailah usaha serantau untuk tujuan tersebut, andalah
harapan kami.
Dan akhir sekali, kami mengharapkan agar anda tidak melupakan kami di dalam
doa-doa anda sekelian. Berdoalah agar kami thabat di dalam perjuangan.
Berdoalah agar kami tetap di dalam perjuangan kami. Berdoalah agar kami
dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga, agar kita dapat bersama-sama bersolat
di dalam Masjid al-Aqsa satu hari nanti, di mana pada waktu itu, bendera Islam
akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi
ini…
Allah Akbar!!!
Saudaramu,
Khalil Ismail
al-Haya
Ketua Whip HAMAS
di Majlis Legaslatif Palestin,
Ahad, 16 November 2008
Cerminan Kehidupan
Senyuman adalah ibarat perhiasan batin, yang membantu mengindahkan perhiasan zahir yang kurang cantik.
Dengan senyum, kemanapun kita pergi,bersinarlah cahaya kegembiraan. Tidak ada urusan yang berat dalam dunia ini. Semuanya dapat diatasi.
Senyumlah, supaya alam turut tersenyum kepada anda.
Teranglah bahawa senyuman doktor ialah malaikat rahmat yang turun ke bumi.
Senyuman itu kelopak, ketawa itu bunga yang sempurna kembang.
Jangan tertawa melihat orang jatuh, kerana jarang seseorang itu jatuh dengan sengaja kerana ia sakit. Tetapi bersyukurlah kepada Tuhan, jika tidak jatuh dalam perjalanan yang sulit.
Bicaranya ...ialah senyum.
Dibawanya senyum matanya,dirasakan hari hujan.Dibawanya gelak pipinya,dirasakan hari panas.
Jangan engkau tertawa di tempat yang tidak menghairankan, jangan berjalan tanpa mempunyai maksud, jangan bertanya tentang yang tidak perlu padamu, jangan sia-siakan hartamu dan memperbaiki harta orang lain, yang dikatakan hartamu ialah yang engkau pergunakan buat amal, dan harta orang lain ialah yang engkau tinggalkan.
Berapakah harga ketawa yang diakhiri dengan ratap dan tangis? Tentu tidak semahal harga sedu-sedan yang diakhiri dengan senyum-simpul.
--HAMBA ALLAH, TUHAN YANG MAHA ESA--
Solat?!
Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat kita bertemu lagi dalam cuti persekolahan kali ini. Tergeraknya hati saya untuk menulis 'benda' ini kerana saya teringat satu firman Allah S.W.T. yang berbunyi begini :
(حَتَّىٰٓ إِذَآ أَتَوۡاْ عَلَىٰ وَادِ ٱلنَّمۡلِ قَالَتۡ نَمۡلَةٌ۬ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّمۡلُ ٱدۡخُلُواْ مَسَـٰكِنَڪُمۡ لَا يَحۡطِمَنَّكُمۡ سُلَيۡمَـٰنُ وَجُنُودُهُ ۥ وَهُمۡ لَا يَشۡعُرُونَ (١٨
(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Wadi an-Naml", berkatalah seekor semut: Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari. (18) ~Surah an-Naml
Sedangkan semut pun berpesan-pesan sesama mereka, inikan pula kita, manusia, sebaik-baik makhluk ciptaan Allah.
(لَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ فِىٓ أَحۡسَنِ تَقۡوِيمٍ۬ (٤
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). (4)
Jadi, saya benar-benar berharap agar kita dapat sama-samabermuhasabah dan merenung kembali apa yang telah kita lakukan. Sebenarnya nak ckp pasal solat je, tapi camna tah.... boleh masuk macam-macam pulak psal berpesan-pesan ni. hehe. Begini..... Kadangkala, saya cukup risau dengan tabiat pelajar-pelajar SBP ni. Depa ni ada satu sikap suka untuk meng-Qada'kan tidur depa ni. Apa yg menimbulkan kerisauan saya ialah tabiat ini kadangkala merosakkan diri depa sendiri. Cuba tanya depa pasal waktu solat depa. Kadang-kadang depa bangga cakap pasal waktu solat depa.
"Alah.... aku pkul 10 baru bgn. Subuh
tu.... faham-fahamla... hahaha.....""Asar aku standard pkul 6.30 baru sembahyang.....biasalah tu..."
...... Kalau yg sedang baca ni pelajar Intersaber, saya nak berpesanlah... Kalau kat sekolah, kita ada Ust Ahmadi, Ust Amir dan bebudak BADAR nak ingatkan kita.Tapi, yang paling mengecewakan ialah budak BADAR pun semakin cenderung ke arah itu. Janganlah kat sekolah je kita solat kat surau, tapi cuba terapkan amalan ni kat rumah plak. InsyaAllah kita akan berjaya di dunia dan akhirat.
قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ (١) ٱلَّذِينَ هُمۡ فِى صَلَاتِہِمۡ خَـٰشِعُونَ (٢
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. (1) Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. (2)~al-Mu'minuun~
Siapa lagi orang yang berjaya ni? Ni ha....
(وَٱلَّذِينَ هُمۡ عَلَىٰ صَلَوَٲتِہِمۡ يُحَافِظُونَ (٩
Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya. (9)~al-Mu'minuun~
wallahua'lam...
nota:ungkapan puitis saudara Kamil mengenai perkara ini...
Nak makan tahu cari D.M,nak solat tak tahu cari surau...