Selasa, 30 September 2008

Ramadan Pergi Semakin Sepi?Syawal Tiba Menyuci Diri?

Hmmm,sudah puas membidas sikap 'tak pela...' dalam hal ambil-mengambil hak orang (baca:CURI),belum masuk bab pinjam tak segan,suruh pulang asyik lupa.....Sebenarnya Ramadan tahun ini penulis rasa kesunyian(tahun lepas pelik sikit,ketidaktenteraman) sebab banyak tertinggal aktiviti yang dijalankan.Antaranya Majlis Restu Ilmu(beserta 3 slot ceramah yang best!) dan pertandingan dalam program Ihya' Ramadan(orang nak periksa katakan...).Tak dilupakan kembara menimba ilmu di bumi kelahiran blog ini.

Tajuk pos ini berkaitan dengan ceramah yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Ahmadi Bin Abas, merangkap P.K HEM yang disayangi sekolah kami.Sedar tak sedar,kita sudah di penghujung Ramadan....Zaman Nabi waktu inilah orang menangis(bukan sebab tak dapat balik kampung) kerana habislah segala keberkatan yang dibawa Ramadan."Sealim-alim orang takkan solat terawih waktu malam di bulan selain Ramadan,"kata ustaz berseleroh.Tambahnya lagi belum tentu dipanjangkan usia menjengah Ramadan yang mendatang(takziah juga pada saudara Muhd. Khafizi B. Ahmad Noh yang kehilangan ayahanda tika Ramadan dan menjelang PMR)

"Hidupkanlah Ramadan terutamanya pada 10 malam yang terakhir,"kata ustaz.Semua sedia maklum betapa besarnya fadilat Malam Al-Qadr,yang dijanjikan ganjaran bersama 1000 bulan.
"Tak lupa,Syawal perlulah disambut dengan sederhana tetapi bersesuaian dengan syarak. Antaranya bertakbir dan saling menziarah untuk mengukuhkan silaturrahim,"tambahnya lagi. Jangan lupa untuk menunaikan zakat fitrah,bak kata ustaz"Tak ada orang yang jadi miskin sebab berzakat dan bersedekah".

Kalau ustaz Ahmadi berceramah tentu tak kering gusi kita mendengar penyampaian yang bersahaja.Kesimpulannya?Jadikanlah Ramadan yang pergi sebagai madrasah membina jati diri dan Syawal yang tiba muhasabah pada fitrah yang dibina setelah sebulan bermujahadah (tengoklah ni)

P/S: Kullu 'am wa antum bikhair,salam lebaran daripada krew BLOG BADAR SBPI SABAK BERNAM.Jawapan untuk teka-teki itu ialah....:
Azan Maghrib menandakan masuk waktu berbuka puasa......



video

Tak Tau Nak Cakap Lagi..........

Ini 'serangan'!!!Awas semua,boleh tahan pedas ke ni? Tak pe,3 rasa....
Selama penulis mengharung 5 Ramadan di Intersaber ni,macam-macam dah rasa.Tentulah banyak yang manis,sikit-sikit masin(bulan puasa ni cepat 'exhausted' kata orang Melayu).Tak kurang juga yang masam(pada yang tak cukup tempat nak berbuka dekat Cafe D'Ria) apatah lagi yang pahit sekali(dan paling sulit sekali untuk dinukilkan!)

Yang pertama,pasal aurat.Kadang-kadang sebab sesama kawan malu nak tegur.Di alam mayalah tempat mencurah perasaan(khususnya muslimin).Walau aurat sesama kita antara pusat dengan lutut,janganlah meronda satu asrama pakai seluar pendek je(lagi singkat dari lutut)... apabila main dekat padang(ada ke tak budak perempuan pun...) pakai seluar pendek tak sampai lutut pun.Saya teringat pesan Ustaz Aqil Hayy"Orang pernah tanya saya orang Arab main bola pun pakai seluar pendek.Lalu saya jawab yang bernama taqwa bukan pada orang Arab sahaja.Asal hamba Allah yang muslim dan mukmin serta patuh pada perintah dan larangan-Nya".Untuk puteri muslimat sekalian,jaga volume suara tuan puteri walaupun semerdu buluh perindu.Jangan sembarangan dedahkan gambar-gambar saudari sekalian,khususnya masa dalam asrama(terutamanya yang terkandung dalam pendrive).Semua itu belum halal bagi kami di seberang dewan makan....

Selain itu,isu 'atwaluhu yaddan'(kinayah yang bermaksud panjjjjang tanganya....). Praktikalnya senang, baju dekat ampaian belakang macam butik,boleh pilih pakai pergi riadah... atau selipar orang dekat depan dorm atau SURAU banyak macam kedai kasut.Semua boleh dipilih TANPA IZIN TUANNYA.

Fenomena ini memang kecil macam api,tapi resmi api bila besar jadi lawan.Ad-din an-nasihah,kata Nabi tetapi berbalik pada TEPUK DADA TANYA IMAN!Belajar agama dari ustaz dan ustazah serta rajin solat berjemaah di surau jadi hampas dek maksiat yang dipandang adat!Tak percaya bacalah ni.....

Sabtu, 13 September 2008

Untukmu Sahabat

Tika Ramadan tiba
kau terlantar atas cadar putih
hiba

Merenung ke luar jendela
"Apatah ada sekelumit cahaya
dalam kelam langit
tak bermaya?"
Moga Ramadan datang
dengan rahmat
keampunan
dan penawar buatmu

Usah kau tangisi deritamu
kami di sini rindu
ceria tawamu dahulu......

(untuk saudari Hafizah Bt. Hassan,yang kini berjuang melawan kanser tulang belakang di HUSM Kubang Kerian.Marilah kita doakan kesihatannya bertambah baik kelak)

Ku Mengharapkan Ramadan......

Reda

ALLAH

Menanti

Anda

Di

AKHIRAT

Nanti.......

Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada seorang teman yang memberikan teka-teki ini.
Menurut tinjauan media,terdapat satu lagu yang cukup digemari sekarang.Ia bukan sahaja mendapat tempat pertama dalam carta-carta radio,bahkan ratusan juta manusia cukup menggemarinya,malah menantikan siarannya ke udara.Apakah lagu yang cukup terkenal dan digemari ramai itu???
(untuk menjawab,buat ulasan tentang tajuk ini dan jawapan akan dikeluarkan di akhir bulan September insya-Allah)
nota:yang dah tahu jawapan sebenar tu,simpan rahsia jap boleh tak.....
lihat ini!