Mungkin ramai yang tak sedar,di Laos sedang berlangsung Sukan SEA kali ke-25.Jangan tak tahu, pasukan bola Malaysia singkirkan Thailand ke separuh akhir!
Remaja dan sukan ibarat
irama dan lagupadang dan rumput.Apa ertinya main bola atas padang tak berumput,betul tak?
Merealisasikan Sukan Sebagai IbadahPerlu kita fahami pengertian ibadah daripada firman Allah dalam surah Az-Zariyat ayat 56
Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada-Ku
Antara pembahagian ibadah menurut ulama' ialah kepada 2,iaitu ibadah khusus dan ibadah umum.Jika ibadah khusus seperti yang kita ketahui rukun Islam yang 5 beserta perkara yang dianjurkan dalam Al-Quran dan Hadis,ibadah umum ini bersifat infiniti,baik gerak laku seharian seperti makan dan minum membawa kepada aktiviti belajar dan bekerja termasuklah sukan.
Menelusuri sirah Nabi S.A.W,kita akan temui bukti-bukti Rasulullah sendiri bersukan.Baginda pernah mengalah Rukanah Abu Yazid dengan bergusti,bahkan berlumba lari dengan Saidatina Aisyah R.Anha.Saidina Umar R.Anhu sendiri menitipkan kata-kata hikmah ini,
Ajarkanlah anak kamu berenang,menunggang kuda atau memanah!
Garis Panduan Bersukan Menurut IslamIndahnya Islam kerana syariat-Nya bersifat syumul dan menunjukkan contoh serta panduan dalam setiap bidang kehidupan.Secara umumnya saya nukilkan di sini...
- Tidak meninggalkan ibadah wajib seperti solat dan puasa.
- Menutup aurat(baik atlet lelaki mahupun wanita)
- Menjaga batas pergaulan antara lelaki dan wanita
Wahai atlet muslimin dan muslimat,ketahuilah bukan pingat yang kau rebut,atau patriotisme semata yang kau jaga,IZZAH(kebanggaan) Islamlah sebenar yang kau tonjolkan!
Sukan Oh Ahli SukanJika Sukan Asia telah mencipta
Ruqayya Al-Ghasara,bilakah Sukan SEA(rata-rata atlet masih remaja) mencipta atlet Islamik tersendiri?
Bila pula Malaysia Darul Hadhari mahu mencipta atlet seperti itu?
Untuk para pembaca yang aktif bersukan,tepuk dada tanya iman~